HOT NEWS

Pelanggan Tetap Spanar Buruk

Jumaat, 29 April 2011

~10 Insiden Yang Boleh Mengaibkan Lelaki Part 2~

,
Salam jumaat semua..budak kedah petang ni nk sambung balik entry yang separuh jalan pada minggu lepas..ingt lagi tak budak kedah cerita tentang apa?..aha!,yang tau tu,budak kedah sayang korang semua...muhahahahaha..nk kiss tak?..muuuuaaaahhhhh..

Hari tu entry budak kedah berhenti pada nombor 6 tentang insiden yang oleh mengaibkan lelaki kan?..Kali ni kita sambung cerita dari nombor 5 hingga la nombor satu perkara yang boleh mengiabkan/memalukan lelaki..Pada entry lepas budak kedah dapat bnyak komen dari insiden tu..ada yang setuju dan ada yang tak setuju..Budak kedah cuma nk kongsi,tak suruh korang percaya bulat2..

~10 INSIDEN YANG BOLEH MENGAIBKAN LELAKI PART 2~

5)DIHINA.
Wanita yang anda sukai menghina anda dan menolak cinta anda.Begitu juga dengan majikan anda yang selalu memarahi dan menghina anda di depan rakan sekerja lain..malu beb..mana nk letak muka..Sudah tentu muka anda tebal sgt dan rasa macam nk marah je mereka balik..

Apa Yang Perlu Anda Lakukan:
Lelaki tidak boleh menerima jika mereka dihina lebih-lebih lagi dikhalayak ramai.Jangan cepat melenting dan marah,banyakkan bersabar dan fikir balik kenapa anda dihina sebegitu rupa.Lelaki yang bersikap sopan dan penuh kesabaranadalah lelaki yang dipandang tinggi oleh semua.Jika ada kesempatan bersemuka dengan mereka yang menghina anda,katakan dengan lembut dan bincang apa yang perlu dilakukan bagi membersihkan nama anda.


4)KENDERAAN ROSAK DI TENGAH JALAN.
Anda dalam perjalanan bersama pasangan atau majikan dan tiba-tiba di tengah perjalanan,kenderaan yang dinaiki rosak.Teruk anda dikutuk kerana tak periksa kenderaan tu betul-betul.

Apa Yang Perlu Anda Lakukan:
Jangan cepat melenting kerana ini akan memburukkan keadaan.Ambil pendekatan dengan menelefon trak tunda secepat mungkin dan katakan mengenai kenderaan anda..Lelaki pantang kena marah,berangin satu badan..

3)TIDAK CUKUP DUIT.
Jika anda tidak pernah cukup duit pada tengah bulan,mungkin ini adalah perkara biasa dan tidak menghairankan sesiapa pun.Tatapi sungguh memalukan andai selepas menjamu selera bersama kekasih dan ketika nak bayar,anda tak cukup wang.Sudah tentu dunia anda ketika itu gelap seketika,tambahan pula sebelum keluar,anda beria-ia berjanji nak belanja makan.

Apa Yang Perlu Anda Lakukan:
Bersikap jujur dan beritahu pasangan andasituasi sebenar.Dalam perhubungan,tidak semestinya lelaki yang prlu belanja setiap kali keluar bersama.Harus ada tolak ansur dan berjanji anda akan mengeluarkan belanja pada temujanji berikutnya.

2)TERJATUH.
Semasa kecil jika anda terjatuh,pasti ramai akan memujuk anda dan membantu apabila anda menagns kesakitan.Apabila usia sudah meningkat naik,ramai lelaki malu jika terjatuh depan orang ramai.Bagi lelaki,setiap langkah perlu diatur kemas.Lelaki akan memastikan dia tidak tersalah langkah hingga terjatuh lagi.

Apa Yang perlu Dilakukan:
Jika anda terjatuh,buat muka cool dan biarkan saja.Cepat cari alasan kenapa anda terjatuh seperti terpijak tali kasut yang terbuka ikatan.Jangan panik dan malu,berlagak je seperti tiada apa yang berlaku ye.



HA!!!Dah masuk perkara pertama perkara yang mengebabkan lelaki malu/perkara yang mengaibkan lelaki..nak tau apa:
~
~
~
~
~
~
~

1)MENANGIS.
Ini adalah perkara yang ingin dielak oleh hampir semua lelaki.Lelaki menggangap,andai menitiskan airmata segala sifat macho dan gagah hilang.Bagi kebanyakan lelaki,mereka akan berusaha untuk tidak menangis depan orang ramai lebih-lebih lagi wanita.

Apa Yang Perlu Dilakukan:
Tidak salah menangis dan sudah menjadi lumrah manusia untuk berasa sedih hingga menitiskan airmata.Menangislah andai perasaan sudah tidak dapat dikawal lagi.Mungkin dengan menangis ini akan terpancar perasaan kasihan.Wanita cukup terusik andai lelaki menunjukkan rasa belas dan sensitif selain sifat macho dan gentleman.Tidak semestinya menangis itu adalah perbuatan yang memalukan.

Ok semua,tamatlah sudah entry budak kedah tentang 10 Perkara yang mengaibkan lelaki untuk budak kedah kongsi dengan semua.Baca jangan tak baca..kalau korang nk share dengan pakwe korang pun takpe..dialu-alukan sangat..Sekian,wassalam..

3 Comments:

Blogger Chat Room


Mari Tukar Link

Samseng FaceBook


Ai, Takkan Tengok Je.:)
 

~Spanar Buruk~ Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger