HOT NEWS

Pelanggan Tetap Spanar Buruk

Jumaat, 22 April 2011

~10 Insiden Yang Boleh Mengaibkan Lelaki Part 1~

,
Salam jumaat semua..hola2..buat pe tu?..hari ni tak de petua nak bagi tapi budak kedah nk kongsi ada 10 perkara ataupun lebih dikenali sebagai insiden yang boleh mengaibkan lelaki..Banyak sebenarnya yang budak kedah nk kongsi tapi bukan semua dalam 1 entri ni ye..

Ni baru part pertama..Budak kedah nak ceritakan dulu 5 perkara yang boleh mengaibkan lelaki.Tapi budak kedah mula dari perkara ke 10 dulu dan pada entri akan datang,baru budak kedah cerital agi sampai no 1 punya..Mari kita tgk pe 10 perkara tu yg boleh mengaibkan lelaki:

10 Perkara Yang Boleh Mengaibkan Lelaki Part 1:

10)JERAWAT.
Jerawat paling ditakuti terutama lelaki yang sedang meningkat usia remaja.Bimbang kerana saham akan turun atau tidak menarik,kebanyakan lelaki yang sensitif dengan paras rupa bimbang wajah ditumbuhi jerawat.Apatah lagi yang sedang berusaha mencari pasangan,sebiji jerawat yang tumbuh saja sudah cukup mengganggu emosi.


Apa Yang Perlu Dilakukan:
Amalkan gaya hidup sihat dan bersih.Pastikan kulit wajah sentiasa dijaga dengan produk perawatan wajah yang boleh dibeli dipasaran.Andai anda memiliki kulit sensitif,kenalpasti jenis makanan atau perbuatan yang perlu dielak setiap masa.

9)PENDEK.
Lelaki pendek selalu merasa dirinya memiliki kekurangan sedangkan sebenarnyatidak pun.Wanita tidak semuanya memilih lelaki tinggi lampai untuk dijadikan teman.Andai memiliki ciri-ciri fizikal idaman pun,namun pekej diri tak sempuna pun,anda akan tetap dijauhi kan?.

Apa Yang Perlu Dilakukan:
Tonjolkan identiti andayang sebenar dan sentiasa berfikiran positif.mungkin anda tidak memiliki ketinggian ideal tapi anda ada personaliti yang menarik dan memikat.Jangan lupa,wanita sukakan sesuatu yang cute dan comel tau.Anda mungkin akan menjadi pilihan mereka.

8)LUPA HARI ISTIMEWA.
Lelaki tidak ramai yang mempuntyai rutin hidup terancang lebih-lebih lagi menyimpan rekod mengenai perkara penting seperti tarikh lesen memandu tamat bila,jauh sekali hari jadi atau hari istimewa yang patut diraikan.Akibatnya lelaki sering terlepas hari istimewa seperti hari jadi atau sambutan ulang tahun perkahwinan hingga kadangkala boleh melukakan hati isteri atau si dia.

Apa Yang Perlu Dilakukan:
Mulalah menyusun kembali rutin hidup.Dalam kecanggihan dunia teknologi sekrang,banyka gajet yang boleh dimiliki lelaki untuk menyimpan rekod secara sistematik di mana ia boleh mengingatkan anda apabila tiba detiknya.


7)TERBONGKAR.
Lelaki juga penuh dengan rahsia tersembunyi dan tidak diketahui oleh orang lain.Jika rahsia mereka terbongkar,sudah tentu ini akan memalukan mereka sndiri.Bayangkan jika tabiat buruk anda semasa tidur berteman bantal busuk diketahui oleh rakan sepejabat anda,sudah tentu ini akan memalukan anda buat seketika bukan?..

Apa Yang Perlu Dilakukan:
Terangkan secara psikologi kenapa anda tidak boleh tidur tanpa memeluk bantal busuk anda.Tunjukkan anda mempunyai jawapan akademik sikit yang akan mematahkan setiap kata mereka.Katakan juga anda sedang berusaha mengubah cara hidup anda ini..

6)DIKALAHKAN.
Pantang bagi seorang lelaki dikalahkan dalam apa jua perkara terutama pihak yang menang itu adalah wanita..rasa tergugat diri sendiri kan?..Sudah itu pasti dalam diri anda penuh rasa malu,tercabar,tidak puas hati dan dendam..Yela,perempuan mengalahkan lelaki,mana nak letak muka ni beb..

Apa Yang Perlu Dilakukan:
Sentiasa percaya kepada takdir dan tak semestinya anda akan selalu berada diatas.Ada ketikanya anda akan berada dibawah dan jika anda tewas,ucapkan tahniah kepada lawan anda itu.Terima kekalahan dengan hati terbuka dan anggap ini semua cabaran untuk diri anda..

Okaylah,setakat ini dulu budak kedah nak kongsi dengan rakan-rakan semua 5 perkara pertama yang boleh mengaibkan seorang lelaki..Nak tahu lagi 5 insiden yang boleh membuatkan lelaki malu,tunggu kesudahan pada entri akan datang pulak ye..Assalamualaikum semua..Keep in touch with me klau nk tahu ye..Daaa semua.

6 Comments:

  • 22 April 2011 pada 1:41 PTG
    Unknown says:

    lelaki tak suka kekalahan. haha. disebabkan mereka nk menang, mereka sanggup cakap tak serupa bikin. apa kes? tahu cakap je, buatnye tak./ cait

  • 22 April 2011 pada 1:47 PTG
    NurAmal says:

    sebenarnye kan.. no 10 dgn 9 tu... x pe pun... x da bg effect ape2 kot.. huhu~

  • 22 April 2011 pada 2:22 PTG
    si gula says:

    lelaki pendek???kuang3...

  • 27 April 2011 pada 10:54 PG
    Dee says:

    org yg akak suker dr zaman akak kecik2 dulu sampai la skrg bila dh tua2 nih... pendek tauuu... yer lah.. dulu time kecik mana la tau bila besar dia akan tinggi ke pendek ke...tapi sib baik hensemmm.... wakakaka...

  • 28 April 2011 pada 3:09 PTG
    Mr.Kerro says:

    yang baba dikalahkan tu mmg btul..pntg trcabar..hehe tp xsmua ehem :P

  • 28 April 2011 pada 3:21 PTG
    Enchik Nine says:

    Ahh,... Ini subjektif... Yang penting cool jer :D

    myetech9[dot]com @ Enchik Nine

Blogger Chat Room


Mari Tukar Link

Samseng FaceBook


Ai, Takkan Tengok Je.:)
 

~Spanar Buruk~ Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger