HOT NEWS

Pelanggan Tetap Spanar Buruk

Rabu, 20 April 2011

~10 Petua & Nasihat Untuk Menjadi Suami Mithali Part 2~

,
Selamat pagi semua..hola2..hari ni budak kedah nk sambung balik petua dan nasihat untuk menjadi suami mithali yang pernah budak kedah kongsikan sebelum ini..klau tak baca lagi,korang semua blh Klik Kat Sini..petua dan nasihat ni budak kedah kongsikan untuk semua yang bakal menjadi suami dan yang dah pun menjadi suami..yang perempuan nak baca pun dipersilakan juga..hehehe..

Hari tu budak kedah dah kongsikan petua sampai no 4 je kan?..hari ni kita sambung petua ke 5 dan seterusnya pula..baca jangan tak baca ye..sambungan pada petua no 5 pula:
 

5)INGAT TARIKH PENTING.
Ni la masalah suami,,sebelum kahwin bukan main ingat tarikh..tarikh yang tak de kena mngena dgn diorang pun,diorang blh ingt tapi bila lepas kahwin je?..hahaha..sndiri mau ingt beb..Manusia mna yang tak suka dihargai?..tak de kan?..klau ada,sah dia tak betul..Korang mesti suka klau dpt hadiah dari someone special..takkan lupa punya la.Jika suami ni seorang yg prihatin,pe la slhnya bgi kat isteri tu hadiah..rasa gak dihargai kan?..Tak pyah ler bgi mhal2,dpt kad dgn bunga pun memadai dah..tak pyah bgi rumah sebijik..melampau..

6)PENUHI HAJAT ISTERI.
Suami paling sukar nk penuhi hajat isteri.Tak semua hajat boleh dipenuhi oleh si suami..Kalau isteri berhajat nak mesin basuh baru,suami mesti akan fikir 2 atau 3 kali sebelum nak belikan.Tapi,jika anda tidak dapat penuhi hajat isteri dalam masa terdekat,simpanlah hajat si dia dan tunaikan apabila anda mempunyai peluang.

7)BANTU RINGANKAN TUGAS ISTERI.
Suami adakalanya perlu membantu isteri,bukan salah besar dan tak jatuh martabat jika suami membantu isteri,InsyAllah dapat pahala..Tak kesian ke tengok isteri bertungkus lumus nak masak ler,kemas rumah lagi,jaga makan minum lagi..Jika si suami tak pndai masak sekalipun,apa la salahnya tlg isteri goreng ikan ke,masak air ke,jaga anak ke..kan elok tu..ringan beban isteri awak tu..


8)ISTERI BUKAN PEMBANTU RUMAH.
Suami tu kadang2 beranggapan yang isteri ni macam orang gaji je..kesian si isteri yang tak kerja,tak de cuti,tak de gaji..kan kan kan?..Sangat kesian..Suami selalu fikir yang tanggungjawab buat kerja rumah 100 % bagi kat isteri..lempang karang diorang ni..Dalam Islam pun tak de menyebut lelaki tak pyah tlong isteri buat kerja rumah..sedangkan Nabi kita tolong isteri kat dapur..Cuma ajaran Islam mengatakan,isteri wajib:
a)Taat dengan suami dan Tuhan.
b)Menjaga harta suami dan maruah suami.
Isteri akan dijamin masuk syurga jika dia berbuat sebegitu.

9)BAWA ISTERI BEREHAT.
Cuba sekali sekala bawak ler isteri tu pergi makan angin..bukan susah sgt pun..Bawak ler dia kat tempat peranginan yang menarik..Walaupun nampak je macam remeh tpi percayala,InsyAllah isteri akan rasa dihargai.

10)CIUMAN KHAS UNTUK ISTERI.
Cuba tnya diri sendiri,bila last time korang cium isteri korang?..masa nikah dulu je ke?..tak patut le..Tahukah anda bahawa ciuman di dahi atau kucupan dibibirnya dapat menghilangkan segala penat lelah seharian isteri membuat kerja rumah dan kurangkan tekanan pada dirinya.Begitu hebatnya kuasa ciuman si suami kepada isterinya..

So,praktikkanlah yer si suami semua..Amalkan semua perkara yang saya dah kongsi bukan setakat sebelum kahwin je,lepas kahwin pun kena amalkan untuk kekalkan perhubungan sampai ke akhir hayat.Tamatlah sudah segala petua yang budak kedah nk kongsi ni..

1 Comment:

Blogger Chat Room


Mari Tukar Link

Samseng FaceBook


Ai, Takkan Tengok Je.:)
 

~Spanar Buruk~ Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger