HOT NEWS

Pelanggan Tetap Spanar Buruk

Ahad, 29 Julai 2012

Info, Tips Dan Kebaikan Makanan Bahagian 2

,
Assalamualaikum semua. Hari ini Spanar Buruk nak buat sambungan lagi pelbagai tips, info dan kebaikan makanan untuk rakan blogger sekalian. Tips berguna ni boleh la korang semua manfaatkan dan share dengan rakan-rakan lain ok..



Mangga Sebagai Antibiotik
Buah mangga bukan sahaja mengandungi banyak air, berbau harum dan manis malah ia terbukti dapat meredakan batuk, membantu perjalanan darah selain dapat memperkuatan limpa. Buah mangga juga mengandungi banyak karbohidrat, glukosa, mangiferin, asam organic, vitamin A, B1, B2 dan C manakala ekstrak buah mentah, kulit batang, batang dan daun memiliki khasiat antibiotik yang boleh melawan penyakit.


Sayuran Hijau Penambah Darah
Murah dan sihat!. Namun masih jarang yang mencuba mengambilnya sebagai santapan wajib dalam menu harian masing-masing. Fungsi penambah darahnya diperoleh melalui kandungan zat besi dan klorofil yang bertindak sebagai agen pembentukan sel darah merah. Sayuran ini juga lebih digalakkan untuk diambil mentah-mentah bagi mengekalkan kandungan vitamin C yang tinggi di dalamnya.


Kebaikan Lemak Koko
Lemak koko ialah lemak semulajadi yang diperkaya dengan asid setrik iaitu asid lemak tepu. Walaupun umum mengetahui asid lemak tepu mampu meninggikan paras kolesterol namum asid sterik di dalam lemak koko adalah berbeza kerana kajian telah membuktikan bahawa ia tidak memberi kesan ke atas paras kolesterol di dalam darah malah dalam masa yang sama, lemak koko juga mengandungi 38.2% asid oleik iaitu sejenis asid lemak tidak tepu yang berperanan untuk merendahkan paras kolesterol di dalam darah anda.


Amalkan Timun Mentah
Timun mentah atau mentimun bersifat menurunkan suhu di dalam badan, menurunkan kolesterol dan tekanan darah tinggi, meningkatkan stamina serta memperlahankan proses penuaan. Disebabkan timun begitu mudah diperoleh, manfaatkanlah fungsinya kerana timun memang sedap di makan begitu sahaja ataupun dibuat ulam malahan timun juga mengandungi 0.65% protein, 0.1% lemak dan 2.


Diet Asas Dengan Air Kosong
Cubalah sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari sebagai diet awal yang paling asas. Walaupun peranannya sering dipandang mudah, namun fungsinya sangat besar bagi tubuh dalam menyingkirkan toksik melalui sistem perkumuhan dan seterusnya memastikan buah pinggang sihat selain meningkatkan metabolisme badan. Air juga 100% bebas kalori, kafein, bahan kimia dan merupakan pilihan yang sangat ideal untuk menahan selera makan.


okay la setakat itu sahaja perkongsian Spanar Buruk dengan kalian semua. Harap entri ini dapat memberikan manfaat kepada korang ye. Nak share dengan kawan lain?. Amatlah dialukan. Tunggu entri Spanar Buruk yang akan datang ok. Keep in touch with me ye =) sayang korang. Assamalualaikum semua.

Read more

Rabu, 25 Julai 2012

Info, Tips Dan Kebaikan Makanan

,
Assalamualaikum semua.. Hola hola Spanar Buruk dah kembali lagi.. Kali ini Spanar Buruk nak share dengan korang semua tips dan petua yang Spanar Buruk dah lama peramkan dalam peti sejuk.. Hahahaha sadisnya tips tu kna simpan dalam peti lama2 kan?.. Nak tau petua dan tips apa yang Spanar Buruk nak share dengan korang semua?.. Jum baca sampai habis ye entri ni kalau nak tau khasiat dan petua tu..


Kismis Meningkatkan Daya Fikir
Kismis adalah salah satu daripada makanan yang sangat berkhasiat. Amalan pemakanan kismis juga boleh membantu seseorang untuk mendapatkan bekalan oksigen yang secukupnya kerana kandungan zat besinya amat diperlukan untuk menggalakkan pertumbuhan darah bagi memastikan bekalan oksigen dapat dibekalkan secukupnya ke dalam otak. Ini penting kerana kekurangan oksigen pada otak boleh menyebabkan seseorang itu mudah lupa, mengantuk,lambat serta lemah daya fikiran.


Aprikot Pulihkan Perokok
Apricot kaya dengan beta karoten, sejenis bahan anti pengosida dalam vitamin A, dan berkalori remdah. 3 biji buah apricot membekalkan beta karoten lebih 50% daripada keperluan seharian dengan hanya 50 kalori. Buah apricot sesuai diamalkan oleh mereka yang berhajat untuk berhenti merokok kerana ia berperanan menghilangkan kesan nikotin, sekaligus mempercepatkan proses pemulihan dan penyembuhan. Kandungan beta karoten dalam buah apricot juga membantu menghindarkan pengerasan dalam saluran darah yang menjadi punca penyakit jantung koronari.


Jeruk Sebagai Penahan Strok
Pastu ramai yang setuju bahawa kandungan vitamin C di dalam jeruk boleh mengurangkan risiko dari terkena penyakit strok. Penelitian terbaru oleh Jurnal Strok dari Finland mendapati individu yang mempunyai paras vitamin C yang kurang dalam aliran darah berisiko terkena penyakit ini, namun dalam masa yang sama anda juga perlu mengurangkan makanan bergoreng serta tinggi kandungan kolesterolnya.


Limau Nipis Legakan Batuk
Tumbuhan pelbagai guna yang diminati dalam bentuk jus rupanya dapat melegakan batuk. Anda hanya memerlukan sebiji buah limau nipis segar dan sedikit madu dengan kandungan madu yang sama banyak dengan air perahan limau yang telah dicampurkan kedua-duanya sehingga sebati sebelum diminum. Untuk mendapatkan kesan yang lebih baik, ramuan ini perlu diminum begitu saja sebanyak dua kali sehati tanpa campuran bahan lain termasuk air masak.


Asam Jawa Ubatkan Luka
Asam jawa turut popular di dalam perubatan tradisional untuk mengubati pelbagai masalah tubuh seperti mengubati luka, mengurangkan panas badan, menyembuhkan batuk, sakit anak tekak serta kering tekak yang menyebabkan suara serak selain dapat member tenaga tambahan terutama ketika mengalami lemah anggota. Anda hanya perlu mebancuh air atau menyediakan jus daripada asam jawa yang dicampurkan dengan gula batu bagi mendapatkan hasilnya.


Okay la setakat itu sahaja untuk kali ini.. Spanar Buruk ada tips lain yang akan Spanar Buruk kongsikan pada entri akan datang.. Tunggu ye semua jangan lupa untuk selalu singgah blog Spanar Buruk untuk mengetahui entri dan tips terbaru daripada blog Spanar Buruk.. Kalau ada yang nak share tips ni kepada sesiapa pun, amatlah dialukan ok..


Read more

Sabtu, 21 Julai 2012

Ramadhan Kembali Lagi : Selamat Berpuasa Untuk Rakan Sekalian

,
Assalamualaikum semua. Alhamdulillah ramadhan kembali lagi dan Alhamdulillah kita masih dipertemukan sekali lagi. Sudah pastinya ramai yang tidak sabar untuk mempersiapkan diri menambah amal ibadah. Bukan la Spanar Buruk nak kata bulan-bulan yang bukan ramadhan ni kita tidak mempersiapkan diri tetapi bulan ramadhan ni kita rasakan lain. Bulan ramadhan ni kita ada lebih banyak masa untuk mendekatkan diri dengan Allah kan?. Kenapa Spanar Buruk cakap macam tu?.

Ye la bulan ramadhan ni korang tak kuar lunch atau minum petang mahupun sarapan pagi jadi masa korang semasa keluar lunch,sarapan atau minum petang tu semua boleh la dihabiskan di atas tikar sejadah kan?. Dengan itu bolehlah korang semua betul-betul pulun melakukan amal ibadah tapi itu tidak bermakna segala kerja di pejabat perlu ditinggalkan semata-mata untuk pulun melakukan amal ibadah. Perkerjaan juga adalah satu ibadah yang dituntut dalam agama. Perlulah dibahagikan masa dan seimbang antara pekerjaan dan amal ibadah kepada Yang Maha Esa.


Spanar Buruk tak mahu la berceloteh terlalu panjang. Spanar Buruk nak ucapkan selamat menyambut ramadhan al-mubarak kepada kawan-kawan blogger Spanar Buruk tidak kira di mana saja korang berada sama ada di Bandar, di kampung atau di luar negara (sekiranya ada blogger Malaysia di luar Negara sedang membaca entri ini). Dan jangan lupa, belilah makanan untuk berbuka dengan kadar minima dan mengikut keperluan, bukannya kemahuan ye dan mulakan berbuka dengan kurma ye kawan-kawan. Segerakan berbuka dan lewatkan sahur tu, ingt ye semua =)

Kat sini Spanar Buruk ada bagi Niat Puasa dan Doa Semasa Berbuka nanti. Pada yang memang dah sedia hafal tu, Alhamdulillah dan pada yang masih tak berapa ingat ni, niat dan doa berbuka di bawah buleh jadi rujukan. Share antara kawan2 ok, ingat mengingati satu sama lain.


Read more

Rabu, 18 Julai 2012

Pencarian Super Bloglist 2nd Half Year 2012 by Blog Fadzmie

,
Assalamualaikum semua. Hola hola hola. Hari ni Spanar Buruk dipanggil oleh tuan tanah dan diajak oleh beliau untuk mengejoin Pencarian Super Bloglist 2nd Half Year 2012by Blog Fadzmie. Dah lama Spanar Buruk tak join apa-apa kontes, giveaway atau segmen apa sekalipun. Mati kutu nak buat entri bila dah nak dekat bulan puasa ni heheheheh. Terima kasih banyak-banyak la kepada Encik Fadzmie sebab pertama sudi singgah blog picisan saya yang tak seberapa ni dan sudi untuk ajak saya join Pencarian Super Bloglist 2nd Half Year 2012 by Blog Fadzmie. Thanks bro =)



Oh tepi pantai cantik sungguh pemandangan bila tengok laut hati tenang umpama sedang menikmati mekdi. Apa Spanar Buruk merapu ni sepak kang Spanar Buruk ni. Ok2 sori ye bos, berbalik kepada tajuk asal iaitu Pencarian Super Bloglist 2nd HalfYear 2012 by Blog Fadzmie ni, thanks sekali lagu Encik Fadzmie sebab sudi ajak saya.

Tahniah la kepada Encik Fadzmie sebab akhirnya Berjaya juga nak buat Pencarian SuperBloglist 2nd Half Year 2012 by Blog Fadzmie. Spanar Buruk tengok ramai yg support Encik Fadzmie walaupun pertama kali nak buat Pencarian Super Bloglist ni. Tapi kan Encik Fadzmie, Spanar Buruk takde twitter la. Ramai orang minta twitter saya tapi apakan daya, tak buleh la nak tolong follow, Cuma buleh tolong like kat fb je =( .

Untuk pengetahuan Encik Fadzmie, Spanar Buruk dah letak link blog Encik Fadzmie kat bloglist saya dan siap letak banner lagi kat sidebar sebab takut terlupa tentang PencarianSuper Bloglist 2nd Half Year 2012 by Blog Fadzmie Hehehehe. Okay la Encik Fadzmie, setakat itu saja untuk kali ini. Encik Fadzmie kalau ada ternampak mana2 blog buat segmen ke apa, panggil saya tau. Ok bye dan Assalamualaikum =)

Read more

Selasa, 17 Julai 2012

Tips Cuti – Mengemas Beg Untuk Percutian

,
Assalamualaikum semua.. Hari ni Spanar Buruk nak kongsi dengan kawan-kawan semua tips bercuti yang boleh korang semua praktikkan sebelum korang bercuti.. Spanar Buruk tau mesti ada antara korang anggap waktu paling kelam kabut adalah ketika nak kemas barang dan mesti beg korang tu macam sardine kan?.. Penuh padat sendat dan mampat sampai nak sumbat barang lain pun tak boleh.. Kat sni Spanar Buruk nak bgi korang tips jadi korang boleh la amalkan pasni ye..


Letak Barang Paling Berat Di Bahagian Bawah Beg
Meletakkan barang paling berat di bahagian bawah beg adalah untuk mengurangkan bebanan. Jika mahu membawa barang seperti computer riba atau kamera, pastikan barang berkenaan diletakkan di dalam bekas khas yang tahan lasak sebelum memasukkan pakaian di dalam beg.

Barang Kelengkapan
Barang kelengkapan seperti syampu, sabun, tuala dan ubat gigi diletakkan di dalam botol atau bekas bersaiz kecil. Selain dapat menjimatkan pemakaian, ia dapat juga menjimatkan ruang dalam beg pakaian anda.


Gulung Pakaian
Gulung semua pakaian yang hendak dibawa sebelum meletakkan pakaian  tersebut ke dalam beg. Selain dapat menjimatkan ruang, pakaian yang digulung juga dapat dikurangkan kedutan pada baju. Bagi pakaian jenis kapas yang ringan dan nipis, anda boleh gulung sekecil mungkin. Namun harus diingatkan supaya meninjau dulu cuaca dan iklim tempat yang dituju bagi menentukan jumlah pakaian yang hendak dibawa. Pastikan ketika pergi dan pulang bercuti, anda memakai pakaian yang mengambil ruang penyimpanan yang banyak atau berat seperti jaket dan jeans.

                                        
Penyediaan Beg
Sediakan beberapa beg plastik untuk menyimpan pakaian kotor supaya ia dapat diasingkan daripada pakaian bersih. Situasi ini boleh berlaku sekiranya anda bercuti di pulau atau kawasan pantai.

Asingkan Barang
Asingkan barang amat penting seperti dompet, passport, dokumen perjalanan lain di dalam beg bagi memudahkan anda mengambil ketika diperlukan. Jadi anda tidak perlu lagi menyelongkar beg yang berisi barangan dan pakaian lain.


Barangan Lebih
Jika membawa barangan lebih seperti kasut, bungkus dengan plastik supaya dapat menjimatkan ruang. Apabila membawa bantal, bawa bantal tiup yang ringan dan praktikal. 


Read more

Ahad, 15 Julai 2012

Istilah-Istilah Berkaitan Babi

,
Dalam Bahasa Melayu, perkataan babi atau khinzir jelas menggambarkan haiwan berkaki empat ini sama ada daging babi, bulu babi ataupun kulit babi. Tetapi di dalam Bahasa Inggeris, kita mungkin terkeliru dengan pelbagai istilah yang digunakan untuk menggambarkan haiwan ini. Contohnya:

1. Pork : Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.

2. Swine : Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.

3. Pig : Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang 50kg.

4. Hog : Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50kg.

5. Porcine : Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal dari babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan penggunaan sumber yang berasal dari babi.


Gambar Hiasan Jek

6. Boar : Babi liar.

7. Sow : Istilah untuk babi betina dewasa yang jarang digunakan.

8. Lard : Lemak babi yang biasanya digunakan untuk membuat minyak masak dan membuat sabun.

9. Bacon : Istilah yang digunakan untuk daging babi salai, atau daging babi yang diperap dengan  garam. Istilah bacon juga digunakan untuk daging salai haiwan selain babi.

10. Ham : Daging paha babi yang biasanya telah disalai atau diasapkan.


Gambar Hiasan Jek

Daripada pelbagai istilah Bahasa Inggeris yang menggambarkan haiwan babi, istilah Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan penggunaan sumber yang berasal daripada babi. Mungkin ramai orang melayu yang tidak mengetahui bahawa label yang bertulis “This product contain substance from porcine” bermaksud “Produk ini mengandungi bahan dari babi”, atau label yang menyatakan “The source of gelatin capsule is porcine” bermaksud “Kapsul dari gelatin babi”.


Read more

Jumaat, 13 Julai 2012

Waktu Dan Tempat Dimakbulkan Doa

,


16 WAKTU DIMAKBULKAN DOA

©       MALAM JUMAAT ATAU SIANGNYA                       
©       MALAM HARI RAYA AIDIL FITRI
©       MALAM HARI RAYA AIDIL ADHA
©       MALAM 10 MUHAMRRAM
©       MALAM NISFU SYA'ABAN
©       MALAM 'LAILATUL QADAR'
©       MALAM SEPERTIGA MALAM YANG YANG AKHIR
©       KETIKA HENDAK BERBUKA
©       ANTARA AZAN DAN IQAMAH
©       PADA WAKTU KHATIB DUDUK ANTARA DUA KHUTBAH
©       SETELAH SELESAI SOLAT FARDHU
©       ANTARA ZOHOR DENGAN ASAR
©       SELEPAS KHATAM AL-QURAN
©       KETIKA MULA-MULA TURUN HUJAN TERUTAMA SELEPAS KEMARAU
©       SETELAH MELAKUKAN AMAL SOLEH
©       SELEPAS BERSEDEKAH KEPADA FAKIR MISKIN



16 TEMPAT DIMAKBULKAN DOA

©       KETIKA MELIHAT KAA'BAH
©       DITEMPAT MELAKUKAN TAWAF
©       DISISI MULTAZAM
©       DIBAWAH PANCURAN EMAS
©       DISISI TELAGA ZAMZAM KETIKA TENGGELAM MATAHARI
©       DIBELAKANG MAKAM IBRAHIM
©       DIATAS BUKIT SOLAT
©       DIATAS BUKIT MARWAH
©       DITEMPAT SA'I
©       DI ARAFAH TERUTAMA SELEPAS ASAR MENJELANG MATAHARI HENDAK MASUK
©       DI MUZDALIFAH
©       DI MINA
©       DISISI JAMRAH AL-ULA
©       DISISI JAMRAH AL-WUSTO
©       DISISI JAMRAH AL-'AQABAH
©       DIDALAM RAUDHAH MASJID NABAWI (MADINAH)

Read more

Rabu, 11 Julai 2012

Ganjaran Bersedekah

,




RasulAllah Shollallahu Alaihi Wa Sallam menganjurkan kepada kita umatnya untuk memperbanyak sedekah, hal itu dimaksudkan agar rezeki yang Allah berikan kepada kita menjadi bertambah berkah.Allah memberikan jaminan kemudahan bagi orang yang berdekah, ganjaran yang berlipatganda (700 kali) dan sebagai ganti, sebagaimana firman-Nya dan sabda RasuluAllah SAW, sbb :

©       Allah Ta’ala berfirman, ”Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertaqwa dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga) maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah ” .  {Qs. Al Lail (92) : 5-8}

©       Allah Ta’ala berfirman, ”Perumpamaan ( nafkah yang dikeluarkan oleh ) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui” .  {Qs. Al Baqarah (2) : 261}


©       RasulAllah SAW bersabda,   ” Setiap awal pagi, semasa terbit matahari, ada dua malaikat menyeru kepada manusia dibumi. Yang satu menyeru, ”Ya Tuhan,kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kepada Allah”. Yang satu lagi menyeru ” musnahkanlah orang yang menahan hartanya ” .
Read more

Isnin, 9 Julai 2012

Kekuatan Sedekah

,
Diceritakan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Turmudzi dan Ahmad, seperti berikut : Tatkala Allah Ta’ala menciptakan bumi, maka bumipun bergetar. Lalu Allah menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata bumipun terdiam.Para malaikat kehairanan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka bertanya ”Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada gunung ?”


 Allah menjawab, ”Ada, iaitu besi” (kita mafhum bahawa gunung batupun boleh menjadi rata ketika dikorek/bore dan diratakan oleh buldozer atau sejenisnya yang dibuat dari besi),Para malaikat bertanya lagi ”Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada besi ?”Allah yang Maha Suci menjawab, ”Ada, iaitu api” (besi walau sekeras manapun boleh menjadi cair dan hancur setelah dibakar api),Para malaikat kembali bertanya ”Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api ?”Allah yang Maha Agung menjawab, ”Ada, iaitu air” (api membara sedahsyat apapun niscaya akan padam jika disiram air),Para malaikatpun bertanya kembali ”Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air ?”


Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab, ”Ada, iaitu angin”   (air disamudera yang luas akan serta merta terangkat, bergulung-gulung dan menjelma menjadi gelombang raksasa yang dahsyat, tiada lain kerana kekuatan angin. Angin ternyata memiliki kekuatan yang teramat dahsyat),Akhirnya para malaikatpun bertanya lagi ”Ya Allah, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dahsyat dari itu semua ?”Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab, ”Ada, iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya ”.


 Ertinya, yang paling hebat, paling kuat dan paling dahsyat sebenarnya adalah orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga sedekah yang dilakukannya bersih , tulus  dan ikhlas   tanpa ada unsur menunjuk-nunjuk ataupun supaya diketahui orang lain .Berkaitan dengan ikhlas ini, RasulAllah SAW mengingatkan dalam pidatonya ketika beliau sampai di Madinah pada waktu hijrah dari Makkah : ”Wahai segenap manusia ! Sesungguhnya amal itu tergantung kepada niat , dan seseorang akan mendapatkan (pahala) sesuai dengan apa yang diniatkannya” .Oleh kerana itu hendaknya kita selalu mengiringi sedekah kita dengan niat yang ikhlas hanya kerana Allah semata , tanpa berasa ingin dipuji, dianggap dermawan, dihormati, dll yang dapat menjadikan sedekah kita menjadi sia-sia.


Read more

Ahad, 8 Julai 2012

Mari Kita Kenali IBLIS Dengan Lebih Dekat

,
Nama sebenar : IBLIS LAKNATULLAH.

Nama glamour : hantu,syaitan,pelesit,jembalang,langsui dll

Kelahiran : Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s

Status diri : Fasik kelas pertama

Agama :   Kufur

Tempat Tinggal :   Di hati-hati mereka yang lalai

Alamat Tetap :   Neraka jahanam

Kawasan :   Di Setiap penjuru yang di dalamnya tiada usaha langsung untuk mengingati Allah


Arah perjalanan :   Tiada haluan dan bengkang-bengkok

Isteri :   Setiap wanita yang tidak menutup aurat, tidak mentaati Allah, Rasul dan suaminya

Kaum kerabat :   Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah

Tempat pertemuan :   Konsert-konsert hiburan,Pasar-pasar dan di semua tempat jual beli

Musuh ketat :   Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa

Sahabat karib :  Anak-anak Adam

Motto kerja :  ' Hipokrasi asas akhlak'

Hobi :  Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda manusia lalu menyesatkannya

Cita cita :  Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir



Sukan (yg tidak digemari) :  Acara Langkah seribu (Semasa Malaikat Maut ingin mencabut nyawa)

Kelemahan diri :  Bila Manusia membaca istighfar

Mentor yg dikagumi :  Manusia yg mempunyai berkelebihan lebih dari dirinya

Logo :  Sebarang tatu

Pejabat operasi :  Tandas, bilik air,  tempat yang bernajis dan kotor serta tempat-tempat maksiat

Rakan kongsi :  Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia

Sumber pendapatan :  Segala harta yang diperoleh dengan jalan haram dan riba

Jenis perkhidmatan :  Menggalakkan manusia mengerjakan kemungkaran dan derhaka terhadap Allah SWT

Tempoh perkhidmatan :  Sehingga hari khiamat


Matlamat Sebenar :  Membawa Anak cucu Adam bersama-sama ke Neraka Jahanam

Teman sejawat :  Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran

Ganjaran :  Dosa-dosa kecil/besar dan kemurkaan Allah

Pembantu setia :  Orang yang suka mengumpat, mencaci, memaki hamun, menghasut, pendengki dan pendendam

Peristiwa yg tak dapat dilupakan :  Allah menjadikan Nabi Adam a.s

Kenangan manis :  Di waktu manusia diambang shakratulmaut,  mati dalam kekafiran

Kenangan pahit :  Manusia yg digodanya mati dalam keimanan

Makanan kegemaran :  Daging orang mati, segala najis dan kotoran


Minuman yg digemari :  Wiski, brandi, teqila, todi, wine, arak dan semua minuman yg
memabukkan 

Yang paling ditakuti :  Orang mukmin yang bertakwa

Yang paling dibenci :  Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah

Alat perangkap :  Wanita-wanita cantik, model, pelacur, pragawati,dan sebagainya

Saat ajal :  Bila tiba waktu yang ditentukan Allah di hari kiamat kelak

Yg paling membosankan :  Bila tiada lagi manusia yg mahu mengikuti kemahuannya

Tugas yg paling meletihkan :  Menganggu manusia kearah kebaikkan kerana Allah Taala

Tugas yang paling disukai :  Mengajak melakukan Homoseks, lesbian dan berzina

Janji kepada manusia :  Janji janji kosong, angan angan dan tipu daya

Yang membuatnya gembira :  Manusia yg mengikut jejak langkahnya

Saat yg mendukacitakannya :  Manusia yg mempunyai cita cita untuk bertaubat

Yang membuatnya menangis :  Bila Manusia yg disayanginya sujud kepada Allah SWT 

Read more

Jumaat, 6 Julai 2012

Jangan Suka Mengeluarkan Perkataan “Saya Kecil Hati”

,
Membina personaliti yang menawan: 
Pernah dengar "Saya kecik hati dengan anda kerana ..... ................ ".. Buang lah perkataan kecil hati dari kamus hidup kita..

Jangan mempunyai hati yang kecil, jiwa yang kecil.. Sentiasa mempunyai hati(jiwa) yang besar.. Besar kan hati kita setiap hari.. Setiap hari kita bergaul dengan orang di sekeliling kita, kadang2 ada orang yang mengeluarkan kata2 yang menyinggung perasaan kita..

©       Kadang2 anda mendapat tahu ada orang yang mengata di belakang kita..

©       Kadang2 kita membuat sesuatu yang baik, tetapi orang tidak hargai kita..

©       Kadang2 ibu bapa memuji anak yang lain, tetapi lupa memuji kita..

©       Kadang2 kena marah dengan boss..

©   Kadang2 kawan terlupa nak menjemput kita ke birthday anaknya, memang betul2 terlupa, tertinggal nama kita..

©       Kadang2 kawan kita tak balas sms/inbox kita kerana bulan itu dia terSANGAT busy, atau tidak pergi jemputan birthday kita..


Apa sahaja yang berlaku dalam hidup kita, kita janganlah mudah mengambil hati.. Jangan keluarkan perkataan 'kecil hati' dari mulut kita atau walaupun dalam hati kita!.. Orang yang mudah kecil hati, jika selalu terasa...tersinggung.. penyakit itu boleh melarat jika tidak terkawal, mungkin boleh menjadi geram, memendam perasaan, stress, dan menjadi dendam..

Seharusnya, apa sahaja yang terjadi, katakan dalam hati, pujuk hati anda, katakan "tak apa, tak menjejaskan aku pun.. kerana aku mempunyai HATI yang besar.. Hati aku sentiasa semakin membesar dan bertambah besar setiap hari..." Amalkan ini... InsyaAllah...hati akan sentiasa gembira dan tenang....

Read more

Khamis, 5 Julai 2012

Legoland Nusajaya – Berbaloi Tak Nak Ke Sana?..

,
LEGOLAND MALAYSIA merupakan taman tema yang ke-6 di dunia dan merupakan LEGOLAND pertama di Asia. Ianya terletak di Medini, Nusajaya, Johor, Malaysia. Dengan keluasan 76 ekar, LEGOLAND Malaysia mempunyai lebih 40 jenis permainan, persembahan, dan tarikan. Taman ini dibahagikan kepada tujuh bahagian dengan tema yang berlainan. Antaranya:

§  MINILAND
§  THE BEGINNING
§  IMAGINATION
§  LEGO TECHNIC
§  LEGO KINGDOM
§  LAND OF ADVENTURE
§  LEGO CITY

LEGOLAND Malaysia mengumumkan tarikh pembukaan rasminya pada 15 September 2012 (Sabtu). Menariknya, pengumuman ini dilakukan di Vivo City Singapura. Mungkin strategi mereka adalah untuk menarik lebih ramai pengunjung dari negara jiran ini untuk berkunjung ke LEGOLAND Malaysia memandangkan kuasa berbelanja dan pastinya untuk bersaing dengan Universal Studio yang terdapat di Pulau Sentosa.

















Cantik tak legoland yang bakal dibuka pada bulan September ni?.. Jadi apa perasaan korang semua lagi-lagi warga Johor?.. Mesti korang semua teruja termasuk Spanar Buruk sekali tapi sayang ada 1 penghalang kenapa Spanar Buruk terpaksa batalkan hasrat nak masuk Legoland.. Nak tau sebab apa?..Cuba korang tengok di bawah ni..Di bawah ni merupakan senarai harga untuk masuk ke sana..


Dari sumber yang Spanar Buruk dapat la, itu adalah harga pass untuk masuk sana..Memang sampai bila-bila la Spanar Buruk takkan masuk ke sana.. Mahal woo.. Kalau g sorang tu okayla kot tapi kalau dah bawa saudara mara sekampung semua?.. Mana nak cekau duit nak bayar pass tu semua.. Alamaknya buat legoland sendiri belakang rumah je la..


Read more

Blogger Chat Room


Mari Tukar Link

Samseng FaceBook


Ai, Takkan Tengok Je.:)
 

~Spanar Buruk~ Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger