HOT NEWS

Pelanggan Tetap Spanar Buruk

Jumaat, 6 Julai 2012

Jangan Suka Mengeluarkan Perkataan “Saya Kecil Hati”

,
Membina personaliti yang menawan: 
Pernah dengar "Saya kecik hati dengan anda kerana ..... ................ ".. Buang lah perkataan kecil hati dari kamus hidup kita..

Jangan mempunyai hati yang kecil, jiwa yang kecil.. Sentiasa mempunyai hati(jiwa) yang besar.. Besar kan hati kita setiap hari.. Setiap hari kita bergaul dengan orang di sekeliling kita, kadang2 ada orang yang mengeluarkan kata2 yang menyinggung perasaan kita..

©       Kadang2 anda mendapat tahu ada orang yang mengata di belakang kita..

©       Kadang2 kita membuat sesuatu yang baik, tetapi orang tidak hargai kita..

©       Kadang2 ibu bapa memuji anak yang lain, tetapi lupa memuji kita..

©       Kadang2 kena marah dengan boss..

©   Kadang2 kawan terlupa nak menjemput kita ke birthday anaknya, memang betul2 terlupa, tertinggal nama kita..

©       Kadang2 kawan kita tak balas sms/inbox kita kerana bulan itu dia terSANGAT busy, atau tidak pergi jemputan birthday kita..


Apa sahaja yang berlaku dalam hidup kita, kita janganlah mudah mengambil hati.. Jangan keluarkan perkataan 'kecil hati' dari mulut kita atau walaupun dalam hati kita!.. Orang yang mudah kecil hati, jika selalu terasa...tersinggung.. penyakit itu boleh melarat jika tidak terkawal, mungkin boleh menjadi geram, memendam perasaan, stress, dan menjadi dendam..

Seharusnya, apa sahaja yang terjadi, katakan dalam hati, pujuk hati anda, katakan "tak apa, tak menjejaskan aku pun.. kerana aku mempunyai HATI yang besar.. Hati aku sentiasa semakin membesar dan bertambah besar setiap hari..." Amalkan ini... InsyaAllah...hati akan sentiasa gembira dan tenang....

Sila Tinggalkan Komen Ye

Blogger Chat Room


Mari Tukar Link

Samseng FaceBook


Ai, Takkan Tengok Je.:)
 

~Spanar Buruk~ Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger