HOT NEWS

Pelanggan Tetap Spanar Buruk

Selasa, 17 Julai 2012

Tips Cuti – Mengemas Beg Untuk Percutian

,
Assalamualaikum semua.. Hari ni Spanar Buruk nak kongsi dengan kawan-kawan semua tips bercuti yang boleh korang semua praktikkan sebelum korang bercuti.. Spanar Buruk tau mesti ada antara korang anggap waktu paling kelam kabut adalah ketika nak kemas barang dan mesti beg korang tu macam sardine kan?.. Penuh padat sendat dan mampat sampai nak sumbat barang lain pun tak boleh.. Kat sni Spanar Buruk nak bgi korang tips jadi korang boleh la amalkan pasni ye..


Letak Barang Paling Berat Di Bahagian Bawah Beg
Meletakkan barang paling berat di bahagian bawah beg adalah untuk mengurangkan bebanan. Jika mahu membawa barang seperti computer riba atau kamera, pastikan barang berkenaan diletakkan di dalam bekas khas yang tahan lasak sebelum memasukkan pakaian di dalam beg.

Barang Kelengkapan
Barang kelengkapan seperti syampu, sabun, tuala dan ubat gigi diletakkan di dalam botol atau bekas bersaiz kecil. Selain dapat menjimatkan pemakaian, ia dapat juga menjimatkan ruang dalam beg pakaian anda.


Gulung Pakaian
Gulung semua pakaian yang hendak dibawa sebelum meletakkan pakaian  tersebut ke dalam beg. Selain dapat menjimatkan ruang, pakaian yang digulung juga dapat dikurangkan kedutan pada baju. Bagi pakaian jenis kapas yang ringan dan nipis, anda boleh gulung sekecil mungkin. Namun harus diingatkan supaya meninjau dulu cuaca dan iklim tempat yang dituju bagi menentukan jumlah pakaian yang hendak dibawa. Pastikan ketika pergi dan pulang bercuti, anda memakai pakaian yang mengambil ruang penyimpanan yang banyak atau berat seperti jaket dan jeans.

                                        
Penyediaan Beg
Sediakan beberapa beg plastik untuk menyimpan pakaian kotor supaya ia dapat diasingkan daripada pakaian bersih. Situasi ini boleh berlaku sekiranya anda bercuti di pulau atau kawasan pantai.

Asingkan Barang
Asingkan barang amat penting seperti dompet, passport, dokumen perjalanan lain di dalam beg bagi memudahkan anda mengambil ketika diperlukan. Jadi anda tidak perlu lagi menyelongkar beg yang berisi barangan dan pakaian lain.


Barangan Lebih
Jika membawa barangan lebih seperti kasut, bungkus dengan plastik supaya dapat menjimatkan ruang. Apabila membawa bantal, bawa bantal tiup yang ringan dan praktikal. 


4 Comments:

  • 17 Julai 2012 pada 1:56 PTG
    tiqosmile says:

    sedih sgt! ahahahahha ... thanks sbb bg maklumat yg berharga encik spanar karat .. :hihi

  • 18 Julai 2012 pada 10:05 PG

    hehehehe...wah! assalamualaikum....actually kan, za ni masalh dgn kemas baju dlm beg. entah tak tahu, sbb za x penah g mana2 sbelum ni. kalau pg pun, smua dh di kemas oleh mama and kakak. za cuma sorong and pakai. huhu...tp dh study jauh, mmg xda mood nk kms. dr rumah leh la ada org kms, tp bila nk balik umah xda org nk kms. huhuhu...thanks info ni..gulung baju tu xpenah buat g...hehehe..nti nak cuba :) tq

  • 18 Julai 2012 pada 1:46 PTG
    Spanar Buruk says:

    @tiqo__smile

    :nah amik kau spanar karat :hoho sama2 teko

  • 18 Julai 2012 pada 1:47 PTG
    Spanar Buruk says:

    @Za Noh

    bagus zaza pasni kna cuba buat sendiri k..jgn harap pada mama n akak je nk kemaskan..t da kwen nak suro mama dgn akak dtg umah kemaskan ke :lari

    klau nak cari somi tu,cari yg pndai kemas baju dan kemas umah skali tau hehehehe =)

Blogger Chat Room


Mari Tukar Link

Samseng FaceBook


Ai, Takkan Tengok Je.:)
 

~Spanar Buruk~ Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger