HOT NEWS

Pelanggan Tetap Spanar Buruk

Rabu, 25 Julai 2012

Info, Tips Dan Kebaikan Makanan

,
Assalamualaikum semua.. Hola hola Spanar Buruk dah kembali lagi.. Kali ini Spanar Buruk nak share dengan korang semua tips dan petua yang Spanar Buruk dah lama peramkan dalam peti sejuk.. Hahahaha sadisnya tips tu kna simpan dalam peti lama2 kan?.. Nak tau petua dan tips apa yang Spanar Buruk nak share dengan korang semua?.. Jum baca sampai habis ye entri ni kalau nak tau khasiat dan petua tu..


Kismis Meningkatkan Daya Fikir
Kismis adalah salah satu daripada makanan yang sangat berkhasiat. Amalan pemakanan kismis juga boleh membantu seseorang untuk mendapatkan bekalan oksigen yang secukupnya kerana kandungan zat besinya amat diperlukan untuk menggalakkan pertumbuhan darah bagi memastikan bekalan oksigen dapat dibekalkan secukupnya ke dalam otak. Ini penting kerana kekurangan oksigen pada otak boleh menyebabkan seseorang itu mudah lupa, mengantuk,lambat serta lemah daya fikiran.


Aprikot Pulihkan Perokok
Apricot kaya dengan beta karoten, sejenis bahan anti pengosida dalam vitamin A, dan berkalori remdah. 3 biji buah apricot membekalkan beta karoten lebih 50% daripada keperluan seharian dengan hanya 50 kalori. Buah apricot sesuai diamalkan oleh mereka yang berhajat untuk berhenti merokok kerana ia berperanan menghilangkan kesan nikotin, sekaligus mempercepatkan proses pemulihan dan penyembuhan. Kandungan beta karoten dalam buah apricot juga membantu menghindarkan pengerasan dalam saluran darah yang menjadi punca penyakit jantung koronari.


Jeruk Sebagai Penahan Strok
Pastu ramai yang setuju bahawa kandungan vitamin C di dalam jeruk boleh mengurangkan risiko dari terkena penyakit strok. Penelitian terbaru oleh Jurnal Strok dari Finland mendapati individu yang mempunyai paras vitamin C yang kurang dalam aliran darah berisiko terkena penyakit ini, namun dalam masa yang sama anda juga perlu mengurangkan makanan bergoreng serta tinggi kandungan kolesterolnya.


Limau Nipis Legakan Batuk
Tumbuhan pelbagai guna yang diminati dalam bentuk jus rupanya dapat melegakan batuk. Anda hanya memerlukan sebiji buah limau nipis segar dan sedikit madu dengan kandungan madu yang sama banyak dengan air perahan limau yang telah dicampurkan kedua-duanya sehingga sebati sebelum diminum. Untuk mendapatkan kesan yang lebih baik, ramuan ini perlu diminum begitu saja sebanyak dua kali sehati tanpa campuran bahan lain termasuk air masak.


Asam Jawa Ubatkan Luka
Asam jawa turut popular di dalam perubatan tradisional untuk mengubati pelbagai masalah tubuh seperti mengubati luka, mengurangkan panas badan, menyembuhkan batuk, sakit anak tekak serta kering tekak yang menyebabkan suara serak selain dapat member tenaga tambahan terutama ketika mengalami lemah anggota. Anda hanya perlu mebancuh air atau menyediakan jus daripada asam jawa yang dicampurkan dengan gula batu bagi mendapatkan hasilnya.


Okay la setakat itu sahaja untuk kali ini.. Spanar Buruk ada tips lain yang akan Spanar Buruk kongsikan pada entri akan datang.. Tunggu ye semua jangan lupa untuk selalu singgah blog Spanar Buruk untuk mengetahui entri dan tips terbaru daripada blog Spanar Buruk.. Kalau ada yang nak share tips ni kepada sesiapa pun, amatlah dialukan ok..


Sila Tinggalkan Komen Ye

Blogger Chat Room


Mari Tukar Link

Samseng FaceBook


Ai, Takkan Tengok Je.:)
 

~Spanar Buruk~ Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger