HOT NEWS

Pelanggan Tetap Spanar Buruk

Ahad, 29 Julai 2012

Info, Tips Dan Kebaikan Makanan Bahagian 2

,
Assalamualaikum semua. Hari ini Spanar Buruk nak buat sambungan lagi pelbagai tips, info dan kebaikan makanan untuk rakan blogger sekalian. Tips berguna ni boleh la korang semua manfaatkan dan share dengan rakan-rakan lain ok..



Mangga Sebagai Antibiotik
Buah mangga bukan sahaja mengandungi banyak air, berbau harum dan manis malah ia terbukti dapat meredakan batuk, membantu perjalanan darah selain dapat memperkuatan limpa. Buah mangga juga mengandungi banyak karbohidrat, glukosa, mangiferin, asam organic, vitamin A, B1, B2 dan C manakala ekstrak buah mentah, kulit batang, batang dan daun memiliki khasiat antibiotik yang boleh melawan penyakit.


Sayuran Hijau Penambah Darah
Murah dan sihat!. Namun masih jarang yang mencuba mengambilnya sebagai santapan wajib dalam menu harian masing-masing. Fungsi penambah darahnya diperoleh melalui kandungan zat besi dan klorofil yang bertindak sebagai agen pembentukan sel darah merah. Sayuran ini juga lebih digalakkan untuk diambil mentah-mentah bagi mengekalkan kandungan vitamin C yang tinggi di dalamnya.


Kebaikan Lemak Koko
Lemak koko ialah lemak semulajadi yang diperkaya dengan asid setrik iaitu asid lemak tepu. Walaupun umum mengetahui asid lemak tepu mampu meninggikan paras kolesterol namum asid sterik di dalam lemak koko adalah berbeza kerana kajian telah membuktikan bahawa ia tidak memberi kesan ke atas paras kolesterol di dalam darah malah dalam masa yang sama, lemak koko juga mengandungi 38.2% asid oleik iaitu sejenis asid lemak tidak tepu yang berperanan untuk merendahkan paras kolesterol di dalam darah anda.


Amalkan Timun Mentah
Timun mentah atau mentimun bersifat menurunkan suhu di dalam badan, menurunkan kolesterol dan tekanan darah tinggi, meningkatkan stamina serta memperlahankan proses penuaan. Disebabkan timun begitu mudah diperoleh, manfaatkanlah fungsinya kerana timun memang sedap di makan begitu sahaja ataupun dibuat ulam malahan timun juga mengandungi 0.65% protein, 0.1% lemak dan 2.


Diet Asas Dengan Air Kosong
Cubalah sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari sebagai diet awal yang paling asas. Walaupun peranannya sering dipandang mudah, namun fungsinya sangat besar bagi tubuh dalam menyingkirkan toksik melalui sistem perkumuhan dan seterusnya memastikan buah pinggang sihat selain meningkatkan metabolisme badan. Air juga 100% bebas kalori, kafein, bahan kimia dan merupakan pilihan yang sangat ideal untuk menahan selera makan.


okay la setakat itu sahaja perkongsian Spanar Buruk dengan kalian semua. Harap entri ini dapat memberikan manfaat kepada korang ye. Nak share dengan kawan lain?. Amatlah dialukan. Tunggu entri Spanar Buruk yang akan datang ok. Keep in touch with me ye =) sayang korang. Assamalualaikum semua.

2 Comments:

  • 31 Julai 2012 pada 12:59 PG
    teratai says:

    bagus info yang bernas boleh dkatekan mantap...
    thxs for the tips..
    ^_^'

  • 9 Ogos 2012 pada 11:35 PTG
    tiqosmile says:

    tiqo lame tak makan koko ...last makan pun time darjah 5 kot ... kalau macam tu, jus timun tu bagus laa untuk kita?

Blogger Chat Room


Mari Tukar Link

Samseng FaceBook


Ai, Takkan Tengok Je.:)
 

~Spanar Buruk~ Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger