HOT NEWS

Pelanggan Tetap Spanar Buruk

Rabu, 1 Ogos 2012

Tolak Bala dengan Sedekah

,
Orang-orang yang beriman sangat sedar dengan kekuatan sedekah untuk menolak bala, kesulitan dan berbagai macam penyakit, sebagaimana sabda RasulAllah SAW , sbb :
  •    Bersegeralah bersedekah, sebab yang namanya bala tidak pernah mendahului sedekah  .
  •          Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah  .
  •           Ubatilah penyakitmu dengan sedekah  .


Banyak dari kita yang sudah mengetahui dan memahami perihal anjuran bersedekah ini, namun persoalannya seringkali kita teramat susah untuk melakukannya kerana kekhuatiran bahawa kita salah memberi, sebagai contoh kadang kala kita enggan memberi sedekah kepada pengemis yang kita temui ditepi jalan dengan anggapan bahawa mereka (pengemis/peminta tsb) menjadikan meminta-minta sebagai pekerjaannya, malas, dll. 

Padahal sesungguhnya prasangka kita yang demikian adalah bisikan-bisikan syaitan laknatullah yang tidak rela melihat kita berbuat baik (bersedekah) , sebaiknya mulai saat ini hendaknya kita hilangkan prasangka-prasangka yang demikian kerana seharusnya sedekah itu kita niatkan sebagai bukti keimanan kita atas perintah Allah dan rasul-Nya yang menganjurkan umatnya untuk selalu bersedekah,


Masalah mungkin timbul apabila ternyata kemudiannya bahawa sedekah yang kita beri kepada pengemis/peminta tadi tidak tepat sasaran, bukan lagi urusan kita , kerana sedekah hakikatnya adalah ladang amal bagi hamba-hamba Allah yang bertakwa. Pengemis/peminta/ fakir miskin lainnya adalah ladang amal bagi orang yang berkemampuan, dapat kita bayangkan andaikata tidak ada lagi orang-orang tersebut, kepada siapa lagi kita dapat beramal (bersedekah) ???

 Walaubagaimanapun dalam dunia yang semakin gawat dan gayat ini pemberian sedekah Atau kalau kita termasuk orang yang tidak suka memberi sedekah (kepada pengemis/peminta/ fakir miskin) dengan berbagai alasan dan pertimbangan maka biasakanlah bersedekah dengan menyiapkan sejumlah wang sebelum sholat Jum’at dan memasukkan ke kotak-kotak sumbangan yang tersedia danbiasakan dengan memberi sejumlah minima setiap Jum’at , misalnya Jum’at ini kita menyumbang RM5 kekotak amal tersebut maka sebaiknya Jum’at berikutnya harus dengan jumlah yang sama, syukur jika boleh diberi lebih dan yang terpentingnya harus diiringi dengan keikhlasan.


Sedekah anda, walaupun kecil tetapi amat berharga disisi Allah Azza Wa Jalla. Orang yang bakhil dan kikir dengan tidak menyedekahkan sebahagian hartanya akan rugi didunia dan akhirat kerana tidak mendapat keberkatan. Jadi, sebenarnya orang yang bersedekah adalah untuk kepentingan dirinya. 

Sebab menginfakkan (belanjakan) harta akan memperoleh berkah dan sebaliknya menahannya adalah celaka . Tidak menghairankan jika orang yang bersedekah diibaratkan orang yang melabur (invest) dan menabung disisi Allah dengan jalan meminjamkan pemberiannya kepada Allah. Balasan yang akan diperolehnya berlipatganda. Mereka tidak akan rugi meskipun pada awalnya mereka kehilangan sesuatu.

5 Comments:

  • 2 Ogos 2012 pada 10:33 PG
    Iera balqis says:

    ha'ah..kekadang kita ragu-2 sama ada peminta sedekah @ mmg dye fakir miskin..yg penting the moral of story , kita sedekah dgn hati yg ikhlas mahupun dye tu peminta sedekah..kita bagi RM0.50 @ RM1 da memadai 100 pahala..& Allah akn kurangkan bala pada kita ble bersedekah & niat seikhlas hati saemasa hendak bantu fakir miskin..InsyaAllah :D

  • 2 Ogos 2012 pada 10:49 PG
    Spanar Buruk says:

    @Iera balqis

    btol tu balqis..kdg2 spanar pun ragu-ragu nak bg ke tak duit kat org ni..kdg2 timbul tak percaya pada peminta tu..tapi klau nawaitu kerana LillahiTaala moga2 Allah permudahkan semuanya Amin.

    hati ikhlas pasti dibalas dengan kebaikan..

  • 6 Ogos 2012 pada 1:49 PTG

    P/s : Sedekah dengan ikhlas. ikhlas demi Allah dengan niat ingin membantu.

    Petak ader cerita gak pasal sedekah ni.. leh wat pengajaran.. Pengalaman petak sendiri..

    Tahun lepas ada sekumpulan anak-anak yatim meminta sedekah ketika tu petak ingin balik kg.. petak singgah kat perhentian rehat di melaka.

    Petak mase tue mmg ngam2 je duit nak balik kg ni lepas tol ngan ade duit makan rm10. Nak di jadikan cerita sekumpulan anak yatim ni bergerak berjumpa petak untuk meminta derma. Mereka ada menjual minyak gamat keteka tu. Petak dengan tak pikir panjang bagi RM5.00 tetapi sebenarnya kena bagi RM10.00 ketika tue untuk dapatkan minyak gamat tue.. Petak ckp tak pe.. duit ni ikhlas petak nak bagi.. yang petak terharu tu anak-anak yatim tu terus berdoa depan petak " Semoga Allah.T.A murahkan rezeki abang, Hanya Allah yang dapat membalas jasa abang".. Petak mase tue tersenyum n ckap Terima Kasih..

    +++++++++++++++++++++++++++++++++++
    Selepas seminggu kejadian tu, petak dapat wang imbuhan bonus RM500 dari bos. Mase tue happy giler dapat duit . Tak sangka bos yg kedekut tu boleh bg duit sebanyak tue.. alasan dah dapat untung tender.. Petak teringat pasal Doa anak-anak yatim tu.. Buat petak lebih terharu dan sedar bila kita ikhlas pasti dibalas oleh Allah TA..

    Wahh panjangnyer cemment!!~ sori sbk wat entri comment pulak kat sini!!~ hehe :lari

  • 6 Ogos 2012 pada 2:22 PTG
    Spanar Buruk says:

    @?Mr.Petak?

    wah petak alhamdulillah petak tak di sangka dapat duit dari bos petak tu..untung petak..berkat doa anak-anak yatim tu,petak dapat rezeki lebih hehehe..insyaAllah doa anak yatim diangkat tanpa hijab oleh Allah..pasni dpt bonus lgi,belanja spanar tau petak :lari


    hahahaa petak da tersampuk dgn spanar suka taip komen mcm buat entri hehehe..gud luck petak..

  • 9 Ogos 2012 pada 11:31 PTG
    tiqosmile says:

    ada yang menganggap, ''kalau tak kedekut macam mana nak kaya''

    tapi selama 19thn tiqo hidup, tiqo tak pernah jumpa org kedekut boleh jd kaya kecuali orang kaya yang memang dilahirkan utk kedekut ~

    kadang2 org kurangkan timbangan, diorang fikir klau kurangkn timbangan boleh cepat kaya . . . tp tiqo tak pernah jumpa org kaya sbb mengurangkan timbangan ...betul tak?

    kan kan? sedekah tu macam2 kan? mungkin juga melebihkan timbangan tu salah satu sedekah yg rmai org tak perasan ~ ahahahah

    thanks sbb sharing~ suka sangat entri yang mcm ni ...senang dibaca dan penuh ilmu ...

Blogger Chat Room


Mari Tukar Link

Samseng FaceBook


Ai, Takkan Tengok Je.:)
 

~Spanar Buruk~ Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger