HOT NEWS

Pelanggan Tetap Spanar Buruk

Ahad, 5 Ogos 2012

Petua Kecantikan Semulajadi

,
Assalamualaikum semua. Hari ini Spanar Buruk ada tips dan petua kecantikan untuk Spanar Buruk kongsikan dengan kawan blogger sekalian. Biarpun tips ni nampak seciput jek, tapi tips ni memberi kesan yang luar biasa malah lebih elok dari kita membeli produk kecantikan di luar dan ia jauh lebih murah daripada barangan kecantikan di luar.

Ia juga 100% halal dan tiada kesan sampingan sebab semua bahannya mudah di dapati. Dah macam jual barang kecantikan pulak Spanar Buruk ni hahaahaha. Nak tahu apa petuanya?. Jum baca sampai habis entri ni.

Petua 1 : Menghilangkan Parut Di Kulit
Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yang mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah anda.


Petua 2 : Memerahkan Bibir
Sapukan madu asli pada bibir setiap malam sebelum tidur. Amalkan selalu. Bibir anda akan merah seperti memakai gincu.


Petua 3 : Mencerahkan Kulit Muka
Petuanya mudah sahaja, ,urah dan yang paling penting, anda akan dapat melihat hasilnya dalam masa yang singkat. Caranya sediakan kuning telur, sedikit air limau nipis dan parutan lobak merah. Campurkan kesemua bahan tersebut dan kacau sehingga sebati. Kemudian sapukan pada muka dan biarkan ia kering. Cuci muka anda dengan air tnapa menggunakan sebarang pembersih muka.


Lihat,mudah bukan?. Tak payah nak beli produk mahal sangat untuk muka. Lebih baik kita gunakan petua turun temurun untuk kesan yang lebih baik tanpa sebarang kesan sampingan yang teruk. Selamat mencuba semua kawan-kawan Spanar Buruk. Jaga diri bebaik dan Assalamualaikum semua.

9 Comments:

Blogger Chat Room


Mari Tukar Link

Samseng FaceBook


Ai, Takkan Tengok Je.:)
 

~Spanar Buruk~ Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger