HOT NEWS

Pelanggan Tetap Spanar Buruk

Khamis, 2 Ogos 2012

Segmen Di Mana Anda Beraya Pada Tahun Ini Bersama Phat Corner

,
Assalamualaikum semua. Apa khabar tuan yang terutama Encik Phat. Beta dengan ini ingin mengumumkan bahawa beta yang bernama Spanar Buruk mahu juga menyertai segmen yang tuan yang dirasakan sangat seronok ini. Beta dah lama tidak menyertai apa-apa segmen di mana blogger lain anjurkan. Alhamdulillah dengan penuh kerajinan, beta dengan ini bersungguh-sungguh nak join kerana mahu mensapotkan tuan hamba hehehe..

Pertama sekali, beta nak beritahu yang beta sudah pun mengelike page Facebook tuan hamba. Sungguh kacak dan bergaya tuan hamba di atas motor kapcai itu ye. Sudahlah, malas beta nak membebel panjang lagi. Adalah dengan ini, silalah baca entri yang telah disiapkan dengan jayanya ye dan diharap tuan hamba menyukainya.





Pada tahun ini, beta dengan gembiranya mahu buat pengumuman kepada semua bahawa beta akan pulang berhari raya bersama keluarga dan sanak saudara yg dikasihi di Negeri Jelapang Padi iaitu Negeri Kedah Darul Aman. Sudah lama tidak pulang berhari raya di kampung sejak beta bekerja ni. Kampung beta terletak di dua tempat, satu di Alor Setar dan satu lagi di Sik. Jadi tiada la pergaduhan berlaku antara dua jiwa kerana masing-masing dapat berhari raya bersama adik beradik. Sungguh lega rasanya.

Beta akan berangkat pulang ke kampung pada 15 haribulan ni (perghhh siap bagitau tarikh sekali) dan akan jumpa jalan pulang ke Johor pada 30 haribulan. Sungguh lama dan tidak terperi sukanya dapat balik lama-lama. Kampung beta tu bernama Kampung Kemelong di Sik dan Bukit Besar berdekatan dengan Pekan Kota Setar. Oleh kerana beta malas nak bagitau kat belah mana, maka dengan ini silalah menggoogle mapkan tempat tu ye.

Baiklah setakat ini sahaja perutusan dari beta kepada kamu wahai tuan hamba bernama Phat. Semoga anda terhibur dengan entri yang telah beta siapkan ini. Beta dengan bangga diri nak mentag kawan-kawan seperjuangan di medan perang yang setia bersama beta. Dengan ini diumumkan bahawa:




Telah dilantik untuk menjawab tag daripada beta ini. Silakanlah menjawab mudah-mudahan anda akan menjumpai jawapan yang bernas untuk tag ini. Sekian wassalam.

21 Comments:

  • 2 Ogos 2012 9:55 PG

    Dengan Rase rendah diri.. Hampa akan sedia turut perintah.. Ampun TuanKu .. hehe

  • 2 Ogos 2012 10:09 PG
    Spanar Buruk says:

    @?Mr.Petak?

    hampa ke hamba?..hehehehe..bagus tuan hamba ikut perintah beta..nanti beta akan tag kamu lgi :lari

  • 2 Ogos 2012 10:13 PG
    Phat says:

    Tq SBK dari tahun lepas lagi ko mmg konker aku nye segmen ni..wah tahun ni happy ye dapat balik kedah tahun lepas ko raya johor kan. Anyway selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya ;-)

  • 2 Ogos 2012 10:26 PG
    Spanar Buruk says:

    @Phat

    selamat berpuasa juga papa phat..aku kan mmg follower senyap ko hahaha..aceceh hahaha..ko buat tiap tiap tahun,tiap2 thun gak aku join ye..jgn lupa panggil aku klau buat segmen lg =)

  • 2 Ogos 2012 11:28 PG

    @♥Mr.Petak♥

    http://www.mrpetak.com/2012/08/segmen-kad-hari-raya-eksklusif-by.html <--- sbk join petak nyer segmen :) hehe

  • 2 Ogos 2012 11:28 PG
    Cik Hujan says:

    segmen hari raya phat. wow

  • 2 Ogos 2012 1:06 PTG

    oo balik kedah yer..
    salam kenal datang dari blog phat :)

    sik my sil pon dok sana..hhehhe pernah terjah sana masa depa kawin jek la...

    good luck :)

  • 2 Ogos 2012 1:09 PTG
    Spanar Buruk says:

    @♥Mr.Petak♥

    insyaAllah petak,nti spanar join k petak..thanks jmput spanar (^_^)

  • 2 Ogos 2012 1:09 PTG
    Spanar Buruk says:

    @Cik Hujan

    bkn samat hri raya phat,tpi samat hri raya spanar sbb anda berada di blog spanar llalala..

  • 3 Ogos 2012 7:30 PG
    lynn kamarul says:

    selamat berhari raya. boleh la kt jmp kat kedah nnt. sy raya kat kedah jugak tp kat kulim lah


    ## dari segmen sama jugak

  • 3 Ogos 2012 8:04 PG
    Spanar Buruk says:

    @Bitt (doubeIS)

    la tak sangka gak kita sekampung ni hehehe..thanks geng =)

  • 3 Ogos 2012 8:05 PG
    Spanar Buruk says:

    @lynn kamarul

    wah kedah jugak ke cik lynn?..hehehe..mmg tak sangka gak la..mai la bukit besar hehehe..

  • 3 Ogos 2012 12:36 PTG

    @Spanar Buruk

    Eh HAMBA dah join Puter Spanar Buruk :hihi .. Harap Hamba tidak dihukum.. :lari
    http://www.mrpetak.com/2012/08/segmen-segmen-di-mana-anda-beraya-pada.html

  • 3 Ogos 2012 4:10 PTG
    Spanar Buruk says:

    @?Mr.Petak?

    :mana mana huruf i nya petak?..da kna mkn ke :hoho

    :nono petak tak kna hukum sebab da berjaya jawab soklan spanar ni hehehe..dgn segeranya puteri spanar ke blog petak :lari

  • 5 Ogos 2012 1:30 PTG
    iEdA says:

    penah pegi sik tp kt bris lah sbb ada kem kt sn...hehe tp besh kwsn kg dia...ida terjah dr segmen sm jgk. selamat bpuasa + hari raya ^_^

  • 6 Ogos 2012 12:57 PTG
    Spanar Buruk says:

    @iEdA

    selamat hari raya gak ieda..thanks sbb sudi singgah sni k (^_^)

    spanar pun ekceli kg kat sana beris tu pun kira dekat je tak jauh mana pun..

  • 6 Ogos 2012 2:48 PTG
    misz_eyza says:

    selamat hari raya SB..

    bukit besar kat kota sarang semut kan huhu oke oke nanti leh pi raya sana...

  • 11 Ogos 2012 12:17 PTG

    owhhh dok kedah no.. hehecek dok perak..mai la melawat blog cek..
    hehe






    slm kenal,
    cik ana

  • 12 Ogos 2012 9:11 PTG
    Ismi Iman says:

    http://mimbarhatiku.blogspot.com/2012/08/segmen-di-mana-anda-beraya-pada-tahun.html

    DRI SEGMEN SME....
    owh balik utara ka...

  • 15 Ogos 2012 10:44 PG
    Faizul Osman says:

    jauh perjalanan tuan beta... dr selatan menuju ke utara... semoga perjalanan tuan beta selamat hendaknya... ingtlah org tersayang....

    jemputlah ke blog tuan hamba...
    http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/08/menu-idaman-di-bulan-ramadhan-3.html

  • 16 Ogos 2012 7:58 PG
    miss chillax says:

    selamat berayer di kedah :D

Blogger Chat Room


Mari Tukar Link



Ai, Takkan Tengok Je.:)
 

~Spanar Buruk~ Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger