HOT NEWS

Pelanggan Tetap Spanar Buruk

Selasa, 14 Ogos 2012

11 ORANG YANG MENDAPAT DOA MALAIKAT

,
Assalamualaikum semua. Apa khabar kawan-kawan Spanar Buruk yang dikasihi sekalian?. Dah nak tiba Hari Raya kan?. Rasa sekejap je umat Islam berpuasa, tau-tau je dah nak raya. Sedih nak tinggalkan Ramadan yg membawa 1001 keberkatan dalam hidup kita. Hari ini Spanar Buruk nak kongsi sedikit dengan kawan-kawan berkenaan jenis orang yang mendapat doa dari malaikat. Mudah-mudahan kita juga tergolong di kalangan mereka semua ini insyaAllah Amin.



11 ORANG YANG MENDAPAT DOA MALAIKAT

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.


3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

5, Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

10. Orang yang sedang makan sahur.

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Read more

Ahad, 12 Ogos 2012

DOA ANGIN AHMAR

,
Pada satu ketika semasa Nabi Sulaiman A.S. di atas singgahsana kerajaannya di hadapan manusia, jin dan juga binatang, ia merasai bahawa ia berkuasa memerintah semua makhluk Allah di dunia ini. Dalam keadaan demikian itu, tiba-tiba datang satu Lembaga yang besar lagi dasyat rupanya. Nabi Sulaiman merasa takut dan gementar melihatnya. Lalu ia bertanya siapakah sebenarnya Lembaga itu dan apakah tujuan kedatangannya.

Lembaga itu menjawab, ia bernama ” Rihul Ahmar”. Satu penyakit yang merbahaya diantara lain-lain penyakit. Allah mencipta dirinya sedemikian rupa dan diberi kuasa mendatangkan kesakitan kepada anak-anak Adam. Ia boleh meresap di tubuh manusia seperti darah mengalir di dalam urat saraf. Tatkala Allah hendak memberi azab kepada sesiapa yang dikehendakiNya ia memberi kuasa kepadanya supaya masuk ke dalam badan. Jika ia masuk ke dalam otak hilanglah akal seseorang itu. Kalau ia masuk menerusi hidung maka akan lahir penyakit bengkak-bengkak, sembam dan sehingga binasalah keseluruhan anggotanya.


Mendengar itu Nabi Sulaiman memerintahkan mereka yang berada di sekelilingnya membunuh dan membakar Lembaga itu. Rihul Ahmar menjawab bahawa tidak ada seorangpun yang dapat menghalangnya berbuat demikian kerana Allah telah menjadikannya sedemikian rupa dan melanjutkan umurnya.

Kemudian Lembaga itu pun ghaib hingga ke zaman Rasulullah S. A.W. Telah diriwayatkan bahawa cucu Rasulallah Al-Hassan Bin Ali telah mengidap sakit rongga dan keluar darah daripadanya. Apabila Rasulullah dan sahabat-sahabatnya menerima khabar tersebut Malaikat Jibrail pun datang dan memberitahu bahawa cucu baginda itu terkena sakit Rihul Ahmar.

Bila ditanya tentang ubatnya malaikat Jibrail mengatakan ada, lalu ia ghaib sebentar kemudian datang kepada Rasulullah. Jibrail mengatakan bahawa Allah S.W mengurniakan satu hadiah doa yang mustajab kepada sesiapa yang membacanya satu kali seumur hidupnya. Insyallah ia akan selamat daripada penyakit Rihul Ahmar.

Rasulullah pun membacanya untuk cucunya. Tiba-tiba ia sembuh ketika itu juga dan bangun berdiri dalam keadaan yang cukup sihat.Rasulullah telah bersabda kepada sahabat-sahabatnya supaya mempelajari doa tersebut dan mengajarnya kepada umatnya yang lain supaya mereka mendapat manfaat serta terpelihara diri dari serangan penyakit Rihul Ahmar (Angin Ahmar). Insyaallah.

Doanya seperti dibawah;



وَبِهِ نَسْتَعِيْنُ بِسْـمِ اللهِ وَبِاللهِ وَمِنَ اللهِ وَإِلَى اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلا الله وَاللهُ أَكْبَرُ وَاَعَـزُّ وَاَجَلُّ مِمَّا اَخَافُ وَأَحْذَرُ . اَللهُ أَكْبِرْ كَبِيْرًا ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْرًا ، وَسُـبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِـيْلا . بِسْـمِِ الله الْشَّافِى بِسْـمِ اللهِ الْكَافِى بِسْـمِ اللهِ الَّذِى لا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَئُُُ فِى الاَرْضِ وَلا فِى الْسَّمَاءِ وَهُوَ  الْسَّمِيْعٌ الْعَلِـْيم . وَنُنَزِّلَ مِنَ الْقُرْْءَانِ مَاهُوَ شِفَاءٌ وَرَِحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِيْنَ. اَللَّهُمَّ أناََ الرَّاقِى وَاَنْتَ الشَّافِىأَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّمَا قَضَيْتَ. اللهُ أَكْبَرْ اللهُ أَكْبَرْ اللهُ أَكْبَرْ أَيُّهَا الْمَلَكَانَ الأَكْبَرَانَ أَعُوْذُ بِاللهِ رَبِّى  وَرَبُّكُمَا وَخَالِقِى وَخَالِقِكُمَا وَمُصَوِّرِى وَمُصَوِرَكُمَا خَالِقِ الْصُّوَرِ وَرَازِقِ الْبَشَـرِ.أَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ جَمِيْعِ الآفَاتِ وَالْعَاهَاتِ وَالْبَلاَءِ وَالأمْرَاضِ وَالأسْقَامِ وَالْكَسَلِ وَالْخُمُوْدِ وَالْخَبَالِ. اَعِذْ حَامِلْ كِتَابِى لِهَاذَا بِاسْـمِكَ الْعِظَامِ وَآلآئِكَ التَّمَامِ يَا ذَا الْجَلالِ وَالإكْرَامِ يَا مَنْ لَهُ الْمُلْكُ وَالْمَلَكُوْتُ يَامَنْ لَهُ الْجَلالُ وَالْجَبَرُوْتُ. سُبْحَانَكَ مَا أَعْظَمَ شَأنُكَ يَا فَاطِرِ السَّمَوَاتِ وَالأرْضِ، يَامَلْجَاءَ الْمَلْهُوْفِيْنَ يَاَرْاحَمَ الْمَسَاكِيْنَ يَاذَا الْعَظَمَةِ وَالْسُّـلْطَانَ ، يَاذَا الْرَأْفَةِ وَالإِحْسَانِ. يَا حَنَّانُ يَا مَنَّانُ يَا قََاهِرُ لايُقْهَرُ يَاجَائِرُ لايُجَارُ عَلَيْهِ . أَعُوْذُبِكَ مِنْ عَذَابِ الْبَدَنِ وَالْمِحَنِ وَأَعُوذُبِكَ مِنَ الرِّيْخِ الأحْمَرِ وَمِنَ الدَّاءِ الأكْبَرِفِىْ النَّفْسِ وَالرُّوْحِِ وَالدَّمِ وَاللَّحَمِ وَالْعِظَمِ وَالْجِلْدِ وَالْعَرُوْقِ  وَالْعَصْبِ ، سُبْحَانَكَ إِذَا قَضَيْتَ أَمْرًا فَإِنَّمَا  تَقُوْلُ لَهُ كُنْ فَيَكُوُْن. اَللهُ أَكْبَرْ اَللهُ أَكْبَرُ اَللهُ أَكْبَرُ . يَا بَارِىءُ يَابَرُّ يَامُغِيْثُ يَاجَبَّارُ يَاقَهَّارُ يَاقَاسِطُ يَامُقسِطُ يَاقََائِمًا بِالْقِسْطِ يَاصَرِيْخَ الْمُسْتَصْرِخِيْنَ يَامُبْدِىءُ يَامُعِيْدُ يَادَافِعُ يَاكَافِى يَاشَافِى يَامُعَافِى يَاغَيَاثَ الْمُسْتَغِيْثِيْنَ . يَاشَاكِرُ يَاشَكُوْرُ يَاعَطُوْفُ يَارَؤُوْفُ ياَنَاصِرُ يَانَصِيْرُ يَاقَادِرُ يَامُقْتَدِرُ يَااَهْيَا يَاشَرَاهِيَا اَدْوَنَاىَ اَصْبَاؤُتَ آلَ شَدَّاىْ اَلْوَهَيْمَ. يَابُيُوْنَاشَمْخِيَّا يَا شَمْخِيْثَا يَاعَظِيْمُ يَامُقَدِّمُ يَامُؤَخِّرُ يَاحَىُّيَاقَيُّوْمُ يَاقََائِمًا عَلَى كُلِّ نَفْسٍ بِمَا كَسَبَتْ يَا سَيِّدَاهْ يَامَوْلاهُ يَامَالِكَاه يَاغَايَه يَارَغَبَاه يَامَنْ يَعْلَمُ مَا نُخْفِى وَمَا نُعْلِنُ ، يَا أَحْكَمَ الْحَاكِمِيْنَ. يَا وَلِىُّالْمُؤْمِنِيْنَ يَا عَوْنَ الْضُّعَفَاءِ وَالْمَسَاكِيْنَ يَاكَافِى  الْمُتَوَكِّلِيْنَ يَا مُكَرِّرَالْلَّيْلَ عَلَى الْنَّهَارِ وَالْنَّهَارِ عَلَى الْلَّيْلَ يَاقََاهِرَ كُلِّ شَيْطَانٍ مَرِيْدٍ يَاقَاهِرَكُلَّ جَبَّارٍ عَنِيْدٍ . يَانِعْمَ الْمَوْلىَ وَيَانِعْمَ الْنَّصِيْر،يَارَازِقَ الطِّفْلِ الصَّغِيْرِ، يَاَرَاحِمَ الشَّيْخِ الْكَبِيْر، يَا وَلِىَّ الْمُؤْمِنِيْنَ،  يَاإِلَهَ الاؤَّلِيْنَ وَالْلآخِرِيْنَ يَا حَبِيْبَ التَّوَابِيْنَ يَا اَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ. يَاخَيْرَ الْغَافِرِيْنَ يَاخَيْرَ الْوَارِثِيْنَ يَا خَيْرَ الْفَاصِلِيْنَ يَامَالِكِ يَوْمِ الدِّيْنَ . اَللَّهُمَّ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنَ وَعَلَيْكَ نَتَوَكَّلُ وَفِيْكَ نَرْغَبُ وَفِيْمَا لَدَيْكَ نَرْجُوْ وَمِنْكَ نَخَافُ . اَللَّهُمَّ اكْفِنِىْ جَمِيْعَ اَلآلآمِ وَالأسْقَامَ وَجَمِيْعَ الأمْرَاضِ وَالْعِلَلِ وَالدَّمِ اْلأَسْوَدِ. اَللَّهُمَّ اكْفِنِى الدَّاءَ اَلأكْبَرْ وَالرِّيْحَ اْلأحْمَرَ وَالدَّمَ اْلأصْفَرَ وَجَمِيْعَ اْلآفَاتِ وَالْعَاهَاتِ وَالسَّكِْتَةَ وَالْهَمَّ وَالْغَمَّ وَالْخُزْنَ وَالسَّجْنَ . اَللَّهُمَّ اكْفِنِى شَرَّ الْحُوْشِ وَالْهَوَامِ وَمُشَاحَنَةَ الْعَوَامِ وَاْلإنْهِزَامِ وَشَرَّ الْشَّيْطَانِ  وَالسُّلْطَانِ وَالْقَحْطِ وَالْغَلاءِ وَالزِّلْزَالِ وَالْبَلاءِ وَهَدَمَ الْبِنَاءِ وَشَمَاتَةِ اْلأعْدَاءِ. اَللَّهُمَّ اكْفِنِىْ شَرَّاْلأشْرَارِ وَكَيْدِ الْفُجَّارِ وَمَا اخْتَلَفَ عَلَيْهِ الْلَّيْلُ وَالْنَّهَِارُ إلا طَارِقًا يَطْرُقُ بِحَيْرً يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ . أَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّكُلِّ دَابَةٍ اَنْتَ آخِذُ بِنَاصِيَتِهَا إِنَّ رَبِّىْ عَلَىْ صِرَاطٍ مُسْتَقِيْم . اَنْتَ رَبِّىْ وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ وَاَنْتَ حَسْبِىْ وَنِعْمَ الْوَكِيْل، نِعْمَ الْمَوْلَىْ وَنِعْمَ الْنَّصِيْر . وَلاحَوْلَ وَلاقُوَّةَ إِلا بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ وَحَسْبُنَا الله وَنِعْمَ الْوَكِيْل نِعْمَ الْمَوْلَىْ وَنِعْمَ الْنَّصِيْر . اَللهُ الْكَافِى اَللهُ الْشَّافِىْ اَللهُ الْحَافِىْ . وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَـيِّدِنـَا مُحَمـَّد وَعَلَى آلـِهِ وَصَــحْبِهِ وَسَــلَمْ وَالْحَـمْدُ لِلَّــهِ رَبِّ الْعَــالَمِيْنَ .
Read more

Khamis, 9 Ogos 2012

Contest : Ucapan Selamat Hari Raya Kepada EqbalZack

,
Assalamualaikum semua. Apa khabar hari ini lagi2 untuk abg EqbalZack. Abg EqbalZack apa khabar?. Selamat berpuasa ye hehehe. Tahun ni abg beraya kat mana?. Tengok gambar abg ket obersea tu macam seronok je. Jeles Spanar Buruk sebab tak penah g sana huhuhuh. 

 
By da way,tengs abg EqbalZack sebab dah bagi Spanar Buruk idea untuk buat entri apa hehe. Nak join gak la, nak try mana tau dapat duit raya dari abg EqbalZack ke hehe. Abg EqbalZack, kalau tak dpt 50 ringgit duit raya tu, duit raya 30 ringgit ada tak?.


Maleh la nak cakap panjang t abg EqbalZack reject entri Spanar Buruk ni hehe. Abg EqbalZack, jemputlah baca pantun raya di bawah khas untuk Abg EqbalZack :


Mak Semah Berbuka Makan Kari,
Makan Kari Dengan Cucunya Fatin,
Spanar Buruk Nak Ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Kepada Abg EqbalZack Mohon Ampun Zahir Batin.


Beli Rendang Tok Di Jalan Rahmat,
Rendang Tok Dijual Oleh Pak Yahya,
Pandu Dengan Cermat Jiwa Selamat,
Moga Abang Selamat Tiba Ke Kampung Untuk Beraya.

Okay la Spanar Buruk tak nak bebel apa-apa lagi. Tu je la ucapan Selamat Hari Raya dari Spanar Buruk untuk abg EqbalZack. Spanar Buruk nak tag kawan baik Spanar Buruk untuk join sama contest ni :




Read more

Cara Untuk Mengekalkan Kesihatan Yang Optimum

,
Assalamualaikum semua. Hello hello, rindunya pada korang ni. Apa khabar semua?. Selamat berpuasa ye kepada rakan blogger sekalian. Dalam tidak sedar, dah masuk 3 minggu umat Islam berpuasa. Anda masih okay?. Jangan ada yang tertonggeng lagi waktu-waktu mcm ni hehehehe. Sabar,sabar lagi seminggu je nak berhari raya. Mesti mood raya tu dah membuak-buak dalam hati.

Okay la, sebenarnya Spanar Buruk bukan nak bercerita tentang hari raya tapi Spanar Buruk ada terjumpa tips dan cara yang Spanar Buruk patut kongsikan bersama kawan-kawan semua. Dah lama sebenarnya artikel ni dijumpai tapi tak tersempat nak berkongsi bersama anda =) Kat sini Spanar Buruk ada cara untuk dikongsi bagaimana untuk mengekalkan kesihatan yang optimum. Nak tau apa dia, jum baca dengan lebih lanjut.

Langkah Pertama : Jaga kesihatan Tulang Anda
Kajian mendapati, wanita lebih cenderung untuk mendapat osteoporosis berbanding kaum lelaki. Sebagai langkah dari awal, cuba tingkatkan kesihatan tulang anda dengan mengikut 2 langkah berikut :


©       Kalsium, Kalsium dan Kalsium
1.   Lebihkan pengambilan susu, produk tenusu, ikan, kekacang, sayur misalnya kalian, bayam dan brokoli.
2.   Selain itu, makanan yang diperkaya dengan khasiat kalsium juga bagus untuk kesihatan.
3.   Sebagai tambahan, anda boleh mengmbil vitamin D dan magnesium kerana ia berkesan dalam penyerapan kalsium yang lebih baik untuk tubuh.

©       Bersenam Dengan Lebih Kerap
1.   Lakukanlah latihan kekuatan dan senaman misalnya berlari, lompat tali, aerobik dan berjalan perlahan.
2.   Latihan ini bagus untuk melatih otot dan menguatkan tulang.
  
Langkah Kedua : Pastikan Darah Anda Juga Sihat
Apabila sel darah merah tidak membekalkan oksigen yang mencukupi pada tubuh, di sinilah bermulanya risiko penyakit anemia. Anemia yang biasa berlaku ialah ‘iron deficiency anemia’. Ia terjadi disebabkan oleh kehilangan darah yang banyak pada wanita khususnya semasa melahirkan anak dan pengeluaran darah haid. Di Malaysi,a kira-kira 25 % wanita dan 30 - 40 % ibu hamil mengalami masalah anemia. Sebagai membantu anda terhindar daripada masalah anemia, lebihkan pengambilan zat besi dan asid folik di dalam diet harian.


©       Pastikan Anda Mendapat Zat Besi Yang Mencukupi
1.   Anda boleh makan kerang segar, paru, daging tanpa lemak, bayam dan kangkung.
2.   Selain itu, lebihkan pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin C kerana ia membantu penyerapan zat besi yang lebih baik.

©       Tambahkan Asid Folik Dalam Menu Harian
1.   Sayur-sayuran berdaun hijau, bendi dan kekacang mempunyai nilai asid folik yang tinggi. Pilihlah makanan yang berkualiti tinggi misalnya yang mempunyai kandungan gandum.

Langkah Ketiga : Sentiasa Memantau Kesihatan Jantung
Merujuk kepada Yayasan Jantung Wanita, satu pertiga daripada punca kematian wanita disebabkan oleh penyakit jantung. Fakta menunjukkan bahawa penyakit jantung mampu membunuh wanita enam kali lebih tinggi berbanding kanser payudara. Jumlah kolesterol yang tinggi terutamanya kolesterol yang tidak baik adalah punca utama yang meninggikan risiko menghidap penyakit ini. Berikut adalah beberapa langkah mudah merendahkan tahap kolesterol di dalam badan anda :


©       Jangan Abaikan Pemeriksaan Kolesterol
1.   Tahap kolesterol darah yang sesuai untuk wanita ialah di bawah 5.2 mmol/L. Tahap kolesterol tidak baik yang disyorkan mestilah di bawah 2.6 mmol/L dan kolesterol baik pula mestilah melebihi 1.3 mmol/L.

©       Makan Oat Setiap Hari
1.   US Food and Drug Administration (FDA) menyatakan. Diet yang tinggi dengan oat dan bran serta rendah kolesterol mampu merendahkan risiko penyakit jantung.
2.   Oat mengandungi serat larut yang telah diuji secara klinikal mampu merendahkan paras kolesterol. Serat ini akan mengumpulkan kolesterol dan menghalangnya daripada memasuki saluran darah.
3.   Factor inilah juga yang menghalang pertambahan jumlah kolesterol di dalam darah.

©       Mulakan Senaman Ringan Mulai Hari Ini
1.   Kalau anda sering memandang remeh kepentingan senaman, ubahlah persepsi anda mulai hari ini. Tidak perlu lakukannya secara mendadak. Anda boleh mulakannya dalam sesi 20 minit sebagai permulaan.
2.   Bahkan, anda boleh membahagikan sesi senaman ini kepada beberapa bahagian kecil misalnya selama 10 minit. Lakukan secara berperingkat dalam masa yang kerap. Apa yang penting, anda perlulah bergerak aktif.

Okay la setakat itu sahaja untuk kali ini. Semoga segala tips dan cara yang Spanar Buruk kongsikan ini dapat dimanfaatkan oleh semua kawan Spanar Buruk. Nak share dengan orang lain pun buleh. Semoga berjumpa lagi pada entri Spanar Buruk yang akan datang. Salam Ukhwah untuk semua rakan blogger (^_^)
Read more

Selasa, 7 Ogos 2012

Petua Terbaik Dengan Hanya Menggunakan Barang Di Sekeliling Anda

,
Hilangkan Bau Durian Dari Peti Sejuk
Bua durian yang menyengat pasti akan menarik perhatian penggemarnya. Namun timbul pula masalah lain jika durian yang disimpan khususnya di dalam peti sejuk mula mengeluarkan bau apabila disimpan terlalu lama. Letakkanlah sekeping roti sebagai penyelamat kerana ia sudah memadai untuk menyerap bauan tersebut selain dapat meneutralkan aroma semulajadi peti sejuk anda.


Kentang Tahan Lebih Lama
Pasti anda akan merasa kecewa jika kentang yang ditinggalkan beberapa hari mula menunjukkan tanda-tanda kehijauan atau tumbuh tunas permulaan. Keadaan ini boleh menybabkan kentang berubah rasa selain teskturnya menjadi kurang enak. Penyelesaiannya, jauhkan kentang dari sumber haba seperti matahair yang boleh merangsang pertumbuhan tunas baru dengan menyimpannya di tempat yang kedap cahaya seperti almari.


Melazatkan Ikan Beku
Lumrah bagi kita jika ikan yang disimpan di dalam peti sejuk sudah terlalu lama sehingga menyebabkan tekstur ikan berasa tawar dan tidak lagi segar. Cara mudah bagi menyegarkannya ialah dengan merendamkan ikan yang masih beku tersebut ke dalam susu segar selama 15 minit dan masaklah sepeti biasa tanpa perlu risau akan keenakan dan kesegarannya lagi.


 Menghalau Semut
Langkah mudah yang boleh anda ambil apabila botol gula dimasuki semut selain daripada menjemurkannya di bawah sinaran matahari, ialah dengan mengambil sebiji bawang putih yang telah dicerai-ceraikan dan dimasukkan ke dalam balang gula anda. Anda hanya perlu menunggu hingga semut-semut tersebut keluar dengan sendirinya tanpa perlu bersusah payah lagi.


Hilangkan Lendir Bendi
Kadangkala lendir pada bendi yang telah dimasak boleh menghilangkan selera makan. Mudah jika anda tahu cara menghilangkannya. Hanya dengan meletakkan sekeping asam keeping ketika hidangan sedang di masak di dalam kuali dan biarkannya seketika sebelum dikeluarkan semula. Tekstur sayur bendi pasti akan kelihatan berbeza dari yang sebelumnya.


Daging Ayam Kampung Cepat Empuk
Tidak hairanlah jika penggemar masakan berasaskan ayam kampung khususnya di musim perayaan ini perlu memasaknya dengan lebih lama supaya ayam menjadi lembut dan tidak liat. Namun ada cara yang lebih mudah dengan membungkus ayam kampung bersama daun betik dan dibiarkan seketika agar getah dari daun betik menyerap sekaligus melembutkan tekstur daging ayam kampung.


Lemon Untuk kesihatan Dalaman
Musim demam sering berlaku apatah lagi dengan perubahan cuaca yang tidak menentu. Apa kata anda amalkan untuk mengambil buah lemon bukan sahaja untuk tujuan minuman bagi menghilangkan rasa-rasa sakit sengal badan, lelah mahupun demam, malah ia juga boleh dijadikan bahan kumuran untuk mengatasi rasa sakit dan perit di bahagian kerongkong.


Read more

Blogger Chat Room


Mari Tukar Link



Ai, Takkan Tengok Je.:)
 

~Spanar Buruk~ Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger