HOT NEWS

Pelanggan Tetap Spanar Buruk

Selasa, 7 Ogos 2012

Petua Terbaik Dengan Hanya Menggunakan Barang Di Sekeliling Anda

,
Hilangkan Bau Durian Dari Peti Sejuk
Bua durian yang menyengat pasti akan menarik perhatian penggemarnya. Namun timbul pula masalah lain jika durian yang disimpan khususnya di dalam peti sejuk mula mengeluarkan bau apabila disimpan terlalu lama. Letakkanlah sekeping roti sebagai penyelamat kerana ia sudah memadai untuk menyerap bauan tersebut selain dapat meneutralkan aroma semulajadi peti sejuk anda.


Kentang Tahan Lebih Lama
Pasti anda akan merasa kecewa jika kentang yang ditinggalkan beberapa hari mula menunjukkan tanda-tanda kehijauan atau tumbuh tunas permulaan. Keadaan ini boleh menybabkan kentang berubah rasa selain teskturnya menjadi kurang enak. Penyelesaiannya, jauhkan kentang dari sumber haba seperti matahair yang boleh merangsang pertumbuhan tunas baru dengan menyimpannya di tempat yang kedap cahaya seperti almari.


Melazatkan Ikan Beku
Lumrah bagi kita jika ikan yang disimpan di dalam peti sejuk sudah terlalu lama sehingga menyebabkan tekstur ikan berasa tawar dan tidak lagi segar. Cara mudah bagi menyegarkannya ialah dengan merendamkan ikan yang masih beku tersebut ke dalam susu segar selama 15 minit dan masaklah sepeti biasa tanpa perlu risau akan keenakan dan kesegarannya lagi.


 Menghalau Semut
Langkah mudah yang boleh anda ambil apabila botol gula dimasuki semut selain daripada menjemurkannya di bawah sinaran matahari, ialah dengan mengambil sebiji bawang putih yang telah dicerai-ceraikan dan dimasukkan ke dalam balang gula anda. Anda hanya perlu menunggu hingga semut-semut tersebut keluar dengan sendirinya tanpa perlu bersusah payah lagi.


Hilangkan Lendir Bendi
Kadangkala lendir pada bendi yang telah dimasak boleh menghilangkan selera makan. Mudah jika anda tahu cara menghilangkannya. Hanya dengan meletakkan sekeping asam keeping ketika hidangan sedang di masak di dalam kuali dan biarkannya seketika sebelum dikeluarkan semula. Tekstur sayur bendi pasti akan kelihatan berbeza dari yang sebelumnya.


Daging Ayam Kampung Cepat Empuk
Tidak hairanlah jika penggemar masakan berasaskan ayam kampung khususnya di musim perayaan ini perlu memasaknya dengan lebih lama supaya ayam menjadi lembut dan tidak liat. Namun ada cara yang lebih mudah dengan membungkus ayam kampung bersama daun betik dan dibiarkan seketika agar getah dari daun betik menyerap sekaligus melembutkan tekstur daging ayam kampung.


Lemon Untuk kesihatan Dalaman
Musim demam sering berlaku apatah lagi dengan perubahan cuaca yang tidak menentu. Apa kata anda amalkan untuk mengambil buah lemon bukan sahaja untuk tujuan minuman bagi menghilangkan rasa-rasa sakit sengal badan, lelah mahupun demam, malah ia juga boleh dijadikan bahan kumuran untuk mengatasi rasa sakit dan perit di bahagian kerongkong.


4 Comments:

Blogger Chat Room


Mari Tukar Link

Samseng FaceBook


Ai, Takkan Tengok Je.:)
 

~Spanar Buruk~ Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger