HOT NEWS

Pelanggan Tetap Spanar Buruk

Jumaat, 29 April 2011

~10 Insiden Yang Boleh Mengaibkan Lelaki Part 2~

,
Salam jumaat semua..budak kedah petang ni nk sambung balik entry yang separuh jalan pada minggu lepas..ingt lagi tak budak kedah cerita tentang apa?..aha!,yang tau tu,budak kedah sayang korang semua...muhahahahaha..nk kiss tak?..muuuuaaaahhhhh..

Hari tu entry budak kedah berhenti pada nombor 6 tentang insiden yang oleh mengaibkan lelaki kan?..Kali ni kita sambung cerita dari nombor 5 hingga la nombor satu perkara yang boleh mengiabkan/memalukan lelaki..Pada entry lepas budak kedah dapat bnyak komen dari insiden tu..ada yang setuju dan ada yang tak setuju..Budak kedah cuma nk kongsi,tak suruh korang percaya bulat2..

~10 INSIDEN YANG BOLEH MENGAIBKAN LELAKI PART 2~

5)DIHINA.
Wanita yang anda sukai menghina anda dan menolak cinta anda.Begitu juga dengan majikan anda yang selalu memarahi dan menghina anda di depan rakan sekerja lain..malu beb..mana nk letak muka..Sudah tentu muka anda tebal sgt dan rasa macam nk marah je mereka balik..

Apa Yang Perlu Anda Lakukan:
Lelaki tidak boleh menerima jika mereka dihina lebih-lebih lagi dikhalayak ramai.Jangan cepat melenting dan marah,banyakkan bersabar dan fikir balik kenapa anda dihina sebegitu rupa.Lelaki yang bersikap sopan dan penuh kesabaranadalah lelaki yang dipandang tinggi oleh semua.Jika ada kesempatan bersemuka dengan mereka yang menghina anda,katakan dengan lembut dan bincang apa yang perlu dilakukan bagi membersihkan nama anda.


4)KENDERAAN ROSAK DI TENGAH JALAN.
Anda dalam perjalanan bersama pasangan atau majikan dan tiba-tiba di tengah perjalanan,kenderaan yang dinaiki rosak.Teruk anda dikutuk kerana tak periksa kenderaan tu betul-betul.

Apa Yang Perlu Anda Lakukan:
Jangan cepat melenting kerana ini akan memburukkan keadaan.Ambil pendekatan dengan menelefon trak tunda secepat mungkin dan katakan mengenai kenderaan anda..Lelaki pantang kena marah,berangin satu badan..

3)TIDAK CUKUP DUIT.
Jika anda tidak pernah cukup duit pada tengah bulan,mungkin ini adalah perkara biasa dan tidak menghairankan sesiapa pun.Tatapi sungguh memalukan andai selepas menjamu selera bersama kekasih dan ketika nak bayar,anda tak cukup wang.Sudah tentu dunia anda ketika itu gelap seketika,tambahan pula sebelum keluar,anda beria-ia berjanji nak belanja makan.

Apa Yang Perlu Anda Lakukan:
Bersikap jujur dan beritahu pasangan andasituasi sebenar.Dalam perhubungan,tidak semestinya lelaki yang prlu belanja setiap kali keluar bersama.Harus ada tolak ansur dan berjanji anda akan mengeluarkan belanja pada temujanji berikutnya.

2)TERJATUH.
Semasa kecil jika anda terjatuh,pasti ramai akan memujuk anda dan membantu apabila anda menagns kesakitan.Apabila usia sudah meningkat naik,ramai lelaki malu jika terjatuh depan orang ramai.Bagi lelaki,setiap langkah perlu diatur kemas.Lelaki akan memastikan dia tidak tersalah langkah hingga terjatuh lagi.

Apa Yang perlu Dilakukan:
Jika anda terjatuh,buat muka cool dan biarkan saja.Cepat cari alasan kenapa anda terjatuh seperti terpijak tali kasut yang terbuka ikatan.Jangan panik dan malu,berlagak je seperti tiada apa yang berlaku ye.



HA!!!Dah masuk perkara pertama perkara yang mengebabkan lelaki malu/perkara yang mengaibkan lelaki..nak tau apa:
~
~
~
~
~
~
~

1)MENANGIS.
Ini adalah perkara yang ingin dielak oleh hampir semua lelaki.Lelaki menggangap,andai menitiskan airmata segala sifat macho dan gagah hilang.Bagi kebanyakan lelaki,mereka akan berusaha untuk tidak menangis depan orang ramai lebih-lebih lagi wanita.

Apa Yang Perlu Dilakukan:
Tidak salah menangis dan sudah menjadi lumrah manusia untuk berasa sedih hingga menitiskan airmata.Menangislah andai perasaan sudah tidak dapat dikawal lagi.Mungkin dengan menangis ini akan terpancar perasaan kasihan.Wanita cukup terusik andai lelaki menunjukkan rasa belas dan sensitif selain sifat macho dan gentleman.Tidak semestinya menangis itu adalah perbuatan yang memalukan.

Ok semua,tamatlah sudah entry budak kedah tentang 10 Perkara yang mengaibkan lelaki untuk budak kedah kongsi dengan semua.Baca jangan tak baca..kalau korang nk share dengan pakwe korang pun takpe..dialu-alukan sangat..Sekian,wassalam..
Read more

Jumaat, 22 April 2011

~10 Insiden Yang Boleh Mengaibkan Lelaki Part 1~

,
Salam jumaat semua..hola2..buat pe tu?..hari ni tak de petua nak bagi tapi budak kedah nk kongsi ada 10 perkara ataupun lebih dikenali sebagai insiden yang boleh mengaibkan lelaki..Banyak sebenarnya yang budak kedah nk kongsi tapi bukan semua dalam 1 entri ni ye..

Ni baru part pertama..Budak kedah nak ceritakan dulu 5 perkara yang boleh mengaibkan lelaki.Tapi budak kedah mula dari perkara ke 10 dulu dan pada entri akan datang,baru budak kedah cerital agi sampai no 1 punya..Mari kita tgk pe 10 perkara tu yg boleh mengaibkan lelaki:

10 Perkara Yang Boleh Mengaibkan Lelaki Part 1:

10)JERAWAT.
Jerawat paling ditakuti terutama lelaki yang sedang meningkat usia remaja.Bimbang kerana saham akan turun atau tidak menarik,kebanyakan lelaki yang sensitif dengan paras rupa bimbang wajah ditumbuhi jerawat.Apatah lagi yang sedang berusaha mencari pasangan,sebiji jerawat yang tumbuh saja sudah cukup mengganggu emosi.


Apa Yang Perlu Dilakukan:
Amalkan gaya hidup sihat dan bersih.Pastikan kulit wajah sentiasa dijaga dengan produk perawatan wajah yang boleh dibeli dipasaran.Andai anda memiliki kulit sensitif,kenalpasti jenis makanan atau perbuatan yang perlu dielak setiap masa.

9)PENDEK.
Lelaki pendek selalu merasa dirinya memiliki kekurangan sedangkan sebenarnyatidak pun.Wanita tidak semuanya memilih lelaki tinggi lampai untuk dijadikan teman.Andai memiliki ciri-ciri fizikal idaman pun,namun pekej diri tak sempuna pun,anda akan tetap dijauhi kan?.

Apa Yang Perlu Dilakukan:
Tonjolkan identiti andayang sebenar dan sentiasa berfikiran positif.mungkin anda tidak memiliki ketinggian ideal tapi anda ada personaliti yang menarik dan memikat.Jangan lupa,wanita sukakan sesuatu yang cute dan comel tau.Anda mungkin akan menjadi pilihan mereka.

8)LUPA HARI ISTIMEWA.
Lelaki tidak ramai yang mempuntyai rutin hidup terancang lebih-lebih lagi menyimpan rekod mengenai perkara penting seperti tarikh lesen memandu tamat bila,jauh sekali hari jadi atau hari istimewa yang patut diraikan.Akibatnya lelaki sering terlepas hari istimewa seperti hari jadi atau sambutan ulang tahun perkahwinan hingga kadangkala boleh melukakan hati isteri atau si dia.

Apa Yang Perlu Dilakukan:
Mulalah menyusun kembali rutin hidup.Dalam kecanggihan dunia teknologi sekrang,banyka gajet yang boleh dimiliki lelaki untuk menyimpan rekod secara sistematik di mana ia boleh mengingatkan anda apabila tiba detiknya.


7)TERBONGKAR.
Lelaki juga penuh dengan rahsia tersembunyi dan tidak diketahui oleh orang lain.Jika rahsia mereka terbongkar,sudah tentu ini akan memalukan mereka sndiri.Bayangkan jika tabiat buruk anda semasa tidur berteman bantal busuk diketahui oleh rakan sepejabat anda,sudah tentu ini akan memalukan anda buat seketika bukan?..

Apa Yang Perlu Dilakukan:
Terangkan secara psikologi kenapa anda tidak boleh tidur tanpa memeluk bantal busuk anda.Tunjukkan anda mempunyai jawapan akademik sikit yang akan mematahkan setiap kata mereka.Katakan juga anda sedang berusaha mengubah cara hidup anda ini..

6)DIKALAHKAN.
Pantang bagi seorang lelaki dikalahkan dalam apa jua perkara terutama pihak yang menang itu adalah wanita..rasa tergugat diri sendiri kan?..Sudah itu pasti dalam diri anda penuh rasa malu,tercabar,tidak puas hati dan dendam..Yela,perempuan mengalahkan lelaki,mana nak letak muka ni beb..

Apa Yang Perlu Dilakukan:
Sentiasa percaya kepada takdir dan tak semestinya anda akan selalu berada diatas.Ada ketikanya anda akan berada dibawah dan jika anda tewas,ucapkan tahniah kepada lawan anda itu.Terima kekalahan dengan hati terbuka dan anggap ini semua cabaran untuk diri anda..

Okaylah,setakat ini dulu budak kedah nak kongsi dengan rakan-rakan semua 5 perkara pertama yang boleh mengaibkan seorang lelaki..Nak tahu lagi 5 insiden yang boleh membuatkan lelaki malu,tunggu kesudahan pada entri akan datang pulak ye..Assalamualaikum semua..Keep in touch with me klau nk tahu ye..Daaa semua.
Read more

Khamis, 21 April 2011

~Kenali Jenis-Jenis Jam Tangan Sebelum Beli~

,
Ramai orang jadi bingung dan tak tau cemana cara nak pilih jam tangan yang paling tepat untuk diri sendiri sebab trdapat macam2 istilah,jenis dan modelnya..

Macam korang beli jam tangan,korang akan ikut mcm mana?..keselesaan korang?..kemampuan korang?..jenama yang korang suka?..meh sini meh..budak kedah ada tips cemana korang boleh kenal jenis jam tangan dan istilahnya supaya korang nanti tak salah beli dan tak faham fungsinya:

1)KRONOGRAF.
Sering digunakan untuk mengukur waktu dalam acara perlumbaan.umumnya ia memiliki 3 tombol di bahagian kanan.Tombol paling atas digunakan untuk mengukur detik yang dapat mengukus kecepatan sehingga sati per seratus (1/100).Tombol tengah berfungsi untuk waktu jam dan minit iaitu sama fungsi pada jam tangan biasa manakala tombol paling bawah berfungsi untuk menghentikan detik yang dinyalakan oleh tombol atas dan membalikkan ke posisi asal ke angka 12.

ni contoh je tau..

2)AUTOMATIK.
Dikenali juga dengan nama self winding watch iaitu jam tangan mekanik,tidak memerlukan bateri untuk menggerakkan jam.Bila jam dikenakan kepada pemakai,setiap gerakan si pemakai akan menggerakkan komponen dikenali rotor iaitu bentuk seakan piring yang selalu berputar pada sumbuk aksis.Rotor itulah menghasilkan tenaga yang disalurkan sehingga jam itu bekerja selama mana ia dipakai.Apabila jam dibuka,jam tetap hidup sehingga tenaga yang disimpan habis.

3)ANALOG.
Mempunyai 3 jarum penunjuk waktu iaitu jarum panjang untuk jam,jarum pendek untuk minit dan jarum tipis untuk detik saat.


4)DIGITAL.
Waktu dipaparkan dengan angka digital menggunakan sistem Liquid Crystal Display (LCD).

5)ANA-DIG.
Singkatan daripada analog digital.Memiliki penunjuk waktu analog dan digital.

6)KALIS AIR.
Memiliki ketahanan tertentu di dalam air.Bagaimanapun,setiap jam tangan itu memiliki batas ketahanan terhadap air yang berbeza.

7)KUARTZ.
Menggunakan mekanisma kuartz,sejenis kristal kuartz yang berfungsi sebagai sumber tenaga.Keunggulan jam tangan itu adalah dapat menunjuk waktu dengan tepat tapi awas!..jam tangan sebegini harganya adalah sangat mahal.

8)SUKAN.
Dihasilkan untuk keperluan berbeza.Misalnya untuk keperluan menyelam,ia direka khas untuk penyelam mengikut ketahanan dalaman air laut,untuk juruterbang pula ia memiliki penunjuk waktu untuk banyak negara.

Jadi.pandai2 le korang semua pilih jam ikut kemampuan dan keperluan korang ye..jangan asyk nk tunjuk lawa tapi tak de keperluan pun sebenarnya jam tu pada korang..
 
Read more

Rabu, 20 April 2011

~10 Petua & Nasihat Untuk Menjadi Suami Mithali Part 2~

,
Selamat pagi semua..hola2..hari ni budak kedah nk sambung balik petua dan nasihat untuk menjadi suami mithali yang pernah budak kedah kongsikan sebelum ini..klau tak baca lagi,korang semua blh Klik Kat Sini..petua dan nasihat ni budak kedah kongsikan untuk semua yang bakal menjadi suami dan yang dah pun menjadi suami..yang perempuan nak baca pun dipersilakan juga..hehehe..

Hari tu budak kedah dah kongsikan petua sampai no 4 je kan?..hari ni kita sambung petua ke 5 dan seterusnya pula..baca jangan tak baca ye..sambungan pada petua no 5 pula:
 

5)INGAT TARIKH PENTING.
Ni la masalah suami,,sebelum kahwin bukan main ingat tarikh..tarikh yang tak de kena mngena dgn diorang pun,diorang blh ingt tapi bila lepas kahwin je?..hahaha..sndiri mau ingt beb..Manusia mna yang tak suka dihargai?..tak de kan?..klau ada,sah dia tak betul..Korang mesti suka klau dpt hadiah dari someone special..takkan lupa punya la.Jika suami ni seorang yg prihatin,pe la slhnya bgi kat isteri tu hadiah..rasa gak dihargai kan?..Tak pyah ler bgi mhal2,dpt kad dgn bunga pun memadai dah..tak pyah bgi rumah sebijik..melampau..

6)PENUHI HAJAT ISTERI.
Suami paling sukar nk penuhi hajat isteri.Tak semua hajat boleh dipenuhi oleh si suami..Kalau isteri berhajat nak mesin basuh baru,suami mesti akan fikir 2 atau 3 kali sebelum nak belikan.Tapi,jika anda tidak dapat penuhi hajat isteri dalam masa terdekat,simpanlah hajat si dia dan tunaikan apabila anda mempunyai peluang.

7)BANTU RINGANKAN TUGAS ISTERI.
Suami adakalanya perlu membantu isteri,bukan salah besar dan tak jatuh martabat jika suami membantu isteri,InsyAllah dapat pahala..Tak kesian ke tengok isteri bertungkus lumus nak masak ler,kemas rumah lagi,jaga makan minum lagi..Jika si suami tak pndai masak sekalipun,apa la salahnya tlg isteri goreng ikan ke,masak air ke,jaga anak ke..kan elok tu..ringan beban isteri awak tu..


8)ISTERI BUKAN PEMBANTU RUMAH.
Suami tu kadang2 beranggapan yang isteri ni macam orang gaji je..kesian si isteri yang tak kerja,tak de cuti,tak de gaji..kan kan kan?..Sangat kesian..Suami selalu fikir yang tanggungjawab buat kerja rumah 100 % bagi kat isteri..lempang karang diorang ni..Dalam Islam pun tak de menyebut lelaki tak pyah tlong isteri buat kerja rumah..sedangkan Nabi kita tolong isteri kat dapur..Cuma ajaran Islam mengatakan,isteri wajib:
a)Taat dengan suami dan Tuhan.
b)Menjaga harta suami dan maruah suami.
Isteri akan dijamin masuk syurga jika dia berbuat sebegitu.

9)BAWA ISTERI BEREHAT.
Cuba sekali sekala bawak ler isteri tu pergi makan angin..bukan susah sgt pun..Bawak ler dia kat tempat peranginan yang menarik..Walaupun nampak je macam remeh tpi percayala,InsyAllah isteri akan rasa dihargai.

10)CIUMAN KHAS UNTUK ISTERI.
Cuba tnya diri sendiri,bila last time korang cium isteri korang?..masa nikah dulu je ke?..tak patut le..Tahukah anda bahawa ciuman di dahi atau kucupan dibibirnya dapat menghilangkan segala penat lelah seharian isteri membuat kerja rumah dan kurangkan tekanan pada dirinya.Begitu hebatnya kuasa ciuman si suami kepada isterinya..

So,praktikkanlah yer si suami semua..Amalkan semua perkara yang saya dah kongsi bukan setakat sebelum kahwin je,lepas kahwin pun kena amalkan untuk kekalkan perhubungan sampai ke akhir hayat.Tamatlah sudah segala petua yang budak kedah nk kongsi ni..
Read more

Isnin, 18 April 2011

~10 Petua & Nasihat Untuk Menjadi Suami Mithali Part 1~

,
Selamat petang korang semua..tgah buat pe tu?..adoi aih,lama betul tak update entry ni..dah bersawang blog..fuh,fuh,fuhhhh nk tiup dulu bgi sawang kasi clear punya..hahaha..

Hari ni budak kedah nk share satu topik yg mmg patut pun semua suami dan bakal suami amik berat..tapi budak kedah tak mau kongsi semua sekali..kita share step by step ok..

Petua dan nasihat mcm mana nk jadi suami mithali adalah:



1)ISTERI ADALAH MANUSIA.
Mereka adalah wanita yang penuh dengan perasaan emosi..orang perempuan tak de emosi,tak stabil hormon dalam badan dia..Apabila mereka redha dan bahagia dngan setiap perkara yang mereka lakukan,maka perasaan isteri akan menjadi tenang dan gembira.Tapi apabila mereka tertekan dengan apa yang berlaku,emosi mulai tak betul dan kalau boleh nk cari jalan keluar paling daripada masalah mereka ini.

2)DENGAN PENDAPAT ISTERI.
Inilah masalah kebanyakan suami,sukar untuk memahami para isteri.sering bercanggah pendapat dengan isteri..dlm hal ni,suami isteri perlu bertukar-tukar pendapat tidak mengira taraf mahupun profesinalisme mereka.kena berbincang mengenai hal rumah tangga dan masa depan keluarga khususnya..kalau nk dengar dari sebelah pihak,sampai bila2 masalah takkan selesai.



3)BERI PUJIAN KEPADA ISTERI.
Tolonglah para suami sekalian,jgn lokek nk bagi pujian pada isteri..sekali sekala bagi pujian,tak jatuh martabat sebagai seorang lelaki dan suami..Pujilah dia walaupun dia melakukan perkara baik walau sekecil mana pun.pujian ini sebenarnya blh meningkatkan semangat seorang isteri jika semangatnya sudah hilang.Beri pujian kepada isteri kerana cuba anda fikir,tanpa dia semua kelengkapan suami serba tak kena.

4)MENGANGGAP PASANGAN SEPERTI DIRI SENDIRI.
Anggaplah pasangan sebagai diri sendiri yang mahukan penghormatan,mahu dibelai,dihormati,disayangi dan dikasihani..Semua orang suka untuk dibelai..Buatlah sebuah perkahwinan itu umpama sebelum anda berkahwin..Menghangatkan cinta setiap masa..


Sekian,setakat itu dlu budak kedah nak share dgn korang semua..tunggu sambungannya pada entry akan datang ye..
Read more

Khamis, 14 April 2011

~INScollection : 1st GiveAway~

,
Adoi..lama betul tak join GA ni la..minggu ni sibuk teramat sangat sampai pening kepala..ok2,bagi merilekkan kepala otak yang memang tengah berserabut tahap beruk ni,
saya dengan ini mengumumkan bahawa saya nak join GA anjuran Ins Collection..

So pada sesapa nk join,korang boleh le klik kat tajuk untuk segala terma dan syaratnya ye
(sebenarnya saya malas tahap gaban nk explain 2 3 kali syarat..macam ler korang budak2 lagi)..hahahaha..



ok2..berbalik kepada topik sebenar iaitu apa yang dimahukan oleh tuan belog ni..dia mtak kita citer sikit,tak payah pnjang lebar smpai 24 kilometer..
citer tentang belog Inscollection ni..apa nk citer ea?..
blur jap tetiba..selalu tak cmni pun..

Inscollection  ni kalau korang tengok dah mcm kedai serbaneka..seyes beb..cuba korang klik kat semua link yg saya bagi ni:
Baju Bebudak ada jual.
Macam2 sweater ada jual,
sampaikan Tupperware pun ada dijual..
mana ada org blh buat cenggitu?..
korang boleh?..saya mmg seyes cakap kantoi jual byk barang..

Kalau korang nak beli tupperware,blh rujuk pada Inscollection..
Harap2nya boleh le akak bagi hadiah tupperware kalau tak keberatan..hehehe..

kat sini saya nak tag:

So,pada yg nk join ni,korang boleh Klik Sini dan tarikh akhir untuk join GA ni adalah pada:
16 April 2011..
Read more

~Jom Join Faceblog~

,
Hai,morning all..tgah buat pe tu?...kali ni saya nak ajak bagi sesapa yg ada Facebook dan Blog jom join Faceblog ramai2 ye..kita memeriahkan komuniti antar blogger..
Seperti kata bos Faceblog,tujuan Faceblog ni diwujudkan adalah atas dasar untuk mengumpulkan dan membina satu komuniti blogger khusus di seluruh Malaysia dan di dunia amnya..

Korang tau tak tema yang digunapakai adalah sama seperti Facebook..nampak sangat cntik dan korang blh pilih logo Faceblog ikut pada tema yang korang suka..ada 6 kaler..cantik2 diorang edit khar untuk hampa sebagai blogger..


Bila kita ada Faceblog kita bloeh rapatkan lagi hubungan antara blogger2..bukan setakat untuk saja-saja buat blog tapi mengerakan tali silaturrahim antara blogger2 sekalian..

So,apa lagi korang tunggu..jom la join Faceblog sekarang dan mulalah berinteraksi sesama blogger dan mana tau bos Faceblog nak buat reunion ke..blh kita join kan?..hehehe..
Read more

~Kiszy Dolls Giveaway~

,
Pagi2 seperti biasa,nk join GA sbrapa banyak yg blh..saya akan join sampai korang smua tak lrat dah nk baca..dan korang msti rasa nk join gak..hehehehe..

GA pada pagi ni dari blog Balqyys..comel sgt patung2 yg dia nak bgi..mna blh lepas mcm tu je..mna tau rezeki saya kat sini pulak selepas bnyak GA yg saya join tak menang(merajuk ler tu..)



owner ni ada ambil tempahan buat patung berasaskan jahitan sendiri tau..tak hantar kilang..sendiri bajet,sendiri jual..saya mmg appreciate la dgn my new geng blogger ni..

ada usaha nak buat semua sendiri dan jualkan pada kawan2..pandai dia cari duit..tak mcm saya ni..mls je..semua hrap nk beli siap..hehehe..cuba korang tgk sendiri dolls buatan tangan dia..mmg cntik sgt..rasa mcm nak je satu..






sape boleh tolak hadiah dolls cmni?..kalau korang pun,korang tak sanggup tolak rezeki cmni kan kalau ada orang nak bagi?..mmg cntik,korang boleh order ikut pada kemahuan korang sendiri..dia akan buat untuk anda..

So,tak mau ke join GA ni?..jom la,untung2 nasib korang..
mna kita tau kan?..
GA ni akan tamat pada:
20 May 2011..
So,ramai2 ler join sekali ye..
Read more

Rabu, 13 April 2011

~GA Perkenalan~

,
Mari kita kenal..mari kenal dengan blogger yg berjinak-jinak dengan dunia perniagaan ni..tak lain dan tak bukan ialah Dyra Shoppe..seorang blogger yg baru berjinak-jinak dalam dunia perniagaan kini telah menjemput anda untuk menyertai GA yg dianjurkan oleh beliau..

mari ler kita join..(saya menaip mcm untuk sebuah iklan pulak)..hehehehe..
Sebenarnya saya nk ajak korang join GA yg dianjurkan oleh  


Sebenarnya GA ni dibuat adalah untuk memperkenalkan blog baru Dyra Shoppe kepada semua blogger dan sedikit sebanyak mempromosikan barangan yg dijual oleh blogger berkenaan..



Korang cuma kena buat sedikit je entry tntang blog ni dan letak gmabar dlm entry korang ye..klau blh backlink sekali banner tu ke entry ni..hehehe..pndai2 je saya tmbah syarat..

sebenarnya bila kita letak banner ni kat blog kita,org akan tau,so blh gak join dan prgi  ke blog Dyra Shoppe.

Korang pun kena perkenalkan blog Dyra Shoppe  ni kepada sesiapa je tapi sebenarnya cari je 2 org kawan kita yg gila beli dlm online(selalu perempuan la)..Kat sini saya nak tag:

ekceli diorang ni mmg selalu join GA..tapi thanks pada akak Weiyda Dan GA,dia yg letak banner ni dan itu psal ler saya nk join..tenggss a lota my sis..

Sebenarnya apa yg saya taip ni merupakan syarat2 yg korang kena ikut klau nk join..nk tau lebih lanjut tntang GA ni,blh klik  

Tarikh Akhir untuk join GA ni adalah pada:
15 April 2011..
jom ler join sekali ye gengs...
Read more

Selasa, 12 April 2011

~Chocolate Giveaway~

,
Sapa mau coklat!!!!!..sila angkat kaki anda..mari ramai2 join GA coklat..anda akan kenyang makan coklat..jom join GA dari blog  
I Am Dya pulak..blog coklat..oohhhhhh,i like coklat..
jadi,pada sesiapa nk join tu,korang blh klik kat tajuk untuk segala terma dan syarat ye:




Hadiah-hadiah untuk GA Chocolate Giveaway ni ditaja oleh:



Saya suka coklat..terima kasih kepada Kak Hezrina Dan Contest sbb blog dia merupakan blog referral untuk GA kali ni..tanpa segan silu dan tanpa fikir panjang,saya terus join GA ni sbb saya suka coklat..tak dpt hadiah utama pun takpe..
dapat coklat free,lagi best..hehehe..


Saya dah like kat  Facebook Coklat ..nanti cari nama Facebook Saya  kat list peminat coklat akak ye..

Akak nak saya buat tagline ye?..tagline pe nk buat ni ye?..
saya tak de idea la kak..
Rasanya tagline ni agak sesuai untuk blog coklat akak:
Coklat Terbaik,Tak Lupa Punya..

blh ke buat tagline cmtu?..takpela,saya buat je..
ada rezeki saya,Alhamdulillah..

So,pada nk join msih smpat lagi sbb tarikh akhir untuk GA ni adalah pada:
14 April 2011
Read more

Ahad, 10 April 2011

~ Imaza93 1st Giveaway !~

,
Saya nak join GA lagi..tnpa jemu nk join GA ni smpai bila2 pun..selagi ada GA,InsyAllah saya akan tetap join gak..GA kali ni mai dari blog Imaza Luv Green pulak..
klau anda semua nk tau lebih lanjut lagi,blh klik kat tajuk GA ni ye:



cntik tak banner ni?..

so,pada sesapa yg nk join tu blh klik je kat tajuk tu k..skrang ni,meh kita tgk syarat untuk sertai GA ni:

1)Follow blog Imaza Luv Green
2)Korang kena la LIKE fan page blog ni :)
3)Buat satu entri tentang contest ni(buat je thap simple cmne pun)dan tajuknya Imaza93 1st Giveaway !
*letak banner tu skali and link kan ke blog  
Imaza Luv Green.
4)Tag sekurang-kurangnya,2 orang je(pastikan diorang taw)..saya nak tag:
Mummy Jieda 
5)Antar link post korang tu,dekat comment blog  
Imaza Luv Green .
GA ni terbuka untuk semua bloggers dan kalau sape-sape nak join pun bolehhh...
Senang je kan?..

So,jom ler ramai2 join GA ni..mna tau rezeki korang ke ada kat sini ke..gud luck ye pada sesapa yg ikut join gak ni..

GA ni telah bermula pada:
13 Feb 2011
dan bakal berakhir pada
13 April 2011
p/s:akak pilih saya..pilih saya..hehehe..



Read more

~GA Pertama & Teka Jumlah Novel My Shaizhar~

,
Anda suka baca novel?..awak suka?..saya tak suka baca tapi kalau ada orang bagi novel free,saya akan baca sampai habis..GA kali ni sesuai sgt dgn apa yg saya membebel kat atas ni..

GA suruh teka berapa banyak novel  
jom klik tajuk tu klau korang rajin diri nak join ye..


bapok mu la..banyok nye novel Encik Shaizar!!!!!!!!!..rajin benor beliau baca..tak sanggup rasanya ambo nak baco gamak banyak cenggini..mampuih den..disuruh pulak eh teko berapo banyok novel beliau ado..poning palo den cenggini..berapo ado ni ha???..konpius den..

Jangan tanyo saya saya minat tak baca novel..jawapannya saya tak berapa minat baca novel..tapi adakalanya ikut mood saya..kalau saya rajin,saya akan baca tapi jgn ada orang ganggu saya baca..kang dgn dia kena maki hamun  
(ganggu konsentrasi den nak baco).. 
jadi dengan itu saya tak berapa konal penulisnya..huhuhu..

Dah,tak mau bebel panjang lebar..kat sini saya nak teka berapa banyak novel yang ada dalam gambar di bawah ni:


cubo ekau semuo teka brapa banyak novel yang Encik Shaizar ada?..sapa pandai?..saya nak teka novel yg beliau miliki ni ada sebanyak:
130 buah..

mintak2 ler betul atau pun paling hampir..fuh fuh fuh(90000x)..

Contest ni akan berakhir pada:
15 April 2011

Kat sini saya nak tag:
Read more

Sabtu, 9 April 2011

~GA Izdiharshoppe~

,
GA lagi..GA kali ni adalah referral dari blog 
Cempaka Kuning..thanks ye kak sbb buat banner dan letak kat sidebar tu..saya mmg nk join..klau msa dah suntuk,saya tgk je la..hehehe..kali ni GA adalah berkaitan produk ubatan..

mna tau rezeki saya kali ni slpas bnyak GA saya join tak dapat..hehehe..jom usha kat tajuk klau nk tau lebih lanjut:



 Blog Izdihar Shoppe merupakan blog yg menjual set barangan lepas bersalin untuk ibu2 semua..ye la,tak pyah ler susah2 nk keluar p kedai semata2 nak cari barang untuk lepas bersalin kan?..blog Izdihar Shoppe memudahkan kaum ibu beli pkai online jek..tekan punat buy,order mai umah..hehehe..toksah jenuh tgu kat luaq..hehehe..

Blog Izdihar Shoppe baru berjinak-jinak dalam dunia perniagaan dan ni baru kali pertama jual brang..mmg cntik ler barangan yg dijual(tak nmpk mcm orang dulu-dulu pakai)..


kalau korang bawak beg ni pun,orang bkn tau apa ada dlmnya kan?..msti org ingt beg p jln2 kan?..
So pada yg nk join tu,msih dialukan lagi sbb tarikh akhir nk join GA ni adalah pada:
10 April 2011..
Sempat lgi tu kan?..

Terma Dan Syarat,korang boleh refer Kat Sini

Ok la,kat sini saya nak tag:
sebab dia merupakan referral pada 
GA Izdihar Shoppe..so dia diutamakan..hehe..thanks kak..

Kedua,saya nak tag:
sebab dia suka join GA dan yg ketiga:

saya ajak dia sbb dia jrang join GA..
Read more

Jumaat, 8 April 2011

~1st Giveway Vaithis~

,
GA my new geng blogger..contest blog Vaithis ni saya jumpa dari blog Cempaka Kuning..thanks again my dear Cempaka Kuning..tak tau ni kali ke berapa saya tag nama anda..hehehe..

bnyak GA yg saya join,referralnya adalah puan Cempaka Kuning..

Ok ok,berbalik kepada GA yg saya nk join ni,senang je..tak pyah susah payah nk fikir sambung slogan ke pe..buat je entry simple mimple..sesimple tahap korang..hehe..saya tak kira..saya nk join GA gak walaupun baru sekali je menang..belum cuba,belum tahu kan?..



Saya tak de idea nk buat entry pe..selalu kepala otak jemmed dan adakalanya saya main bedal je entry sampai boleh merapu..besempena dgn hari jadi anak Cik Puan Vaithis pada bulan ni,saya just nak wish la sikit..selamat hari jadi to anak  
Cik Puan Vaithis semoga menjadi anak yg soleh dan solehah dan berguna pada semua satu hari nti dan semoga anda menjadi anak yg taat pada kedua orang tuanya..selamat hari jdi my dear.

Nanti kalau anak Cik Puan Vaithis cabut,letak ler tanda kat kertas cabutan supaya Cik Puan Vaithis tau nama saya dlm tu ye..

nanti akak bg eskim.. 
(pe la ko ni makcik,main rasuah anak orang pulak..tak baik ler..)..
jhat kan budak kedah ni..hahahaha..

Ok,kat sini saya nak tag:
Read more

Sabtu, 2 April 2011

~Simple 2nd Giveaway - From Dilaz~

,
Hahahaha....join GA lagi sampai pening..
kali ni saya nak join GA dari blog Mamaqiscontest pulak..mana tau buleh menang kali ni..
join GA byk dah tapi baru sikit dapat..
mesti cuba..tamau putus harapan..



Amacam?..mau join?.berani buat entry?..kalau korang rasa2 nak hadiah baucar dari ZHULIAN,beranikanlah diri anda untuk join..

10 orang beb akan jadi peserta beruntung dapat baucar tu..saya msti join la sbb saya suka barang Zhulian..muahahaha..

Tapi nape banner blog Mamaqiscontest ni ada 2 ekor burung pastu kain jenis blh kait tu?..ingtkan itu hadiahnya..kalau dapat yg tu pun ok la jugak..hehehe..
saya tamak..

kat sini saya nak tag :

So,pada yg nk join boleh refer Kat Sini untuk segala terma dan syaratnya ye..
GA ni akan berakhir pada 
4 April ni.
Read more

Blogger Chat Room


Mari Tukar Link

Samseng FaceBook


Ai, Takkan Tengok Je.:)
 

~Spanar Buruk~ Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger