Selamat petang korang semua..tgah buat pe tu?..adoi aih,lama betul tak update entry ni..dah bersawang blog..fuh,fuh,fuhhhh nk tiup dulu bgi sawang kasi clear punya..hahaha..
Hari ni budak kedah nk share satu topik yg mmg patut pun semua suami dan bakal suami amik berat..tapi budak kedah tak mau kongsi semua sekali..kita share step by step ok..
Petua dan nasihat mcm mana nk jadi suami mithali adalah:
1)ISTERI ADALAH MANUSIA.
Mereka adalah wanita yang penuh dengan perasaan emosi..orang perempuan tak de emosi,tak stabil hormon dalam badan dia..Apabila mereka redha dan bahagia dngan setiap perkara yang mereka lakukan,maka perasaan isteri akan menjadi tenang dan gembira.Tapi apabila mereka tertekan dengan apa yang berlaku,emosi mulai tak betul dan kalau boleh nk cari jalan keluar paling daripada masalah mereka ini.
2)DENGAN PENDAPAT ISTERI.
Inilah masalah kebanyakan suami,sukar untuk memahami para isteri.sering bercanggah pendapat dengan isteri..dlm hal ni,suami isteri perlu bertukar-tukar pendapat tidak mengira taraf mahupun profesinalisme mereka.kena berbincang mengenai hal rumah tangga dan masa depan keluarga khususnya..kalau nk dengar dari sebelah pihak,sampai bila2 masalah takkan selesai.
3)BERI PUJIAN KEPADA ISTERI.
Tolonglah para suami sekalian,jgn lokek nk bagi pujian pada isteri..sekali sekala bagi pujian,tak jatuh martabat sebagai seorang lelaki dan suami..Pujilah dia walaupun dia melakukan perkara baik walau sekecil mana pun.pujian ini sebenarnya blh meningkatkan semangat seorang isteri jika semangatnya sudah hilang.Beri pujian kepada isteri kerana cuba anda fikir,tanpa dia semua kelengkapan suami serba tak kena.
4)MENGANGGAP PASANGAN SEPERTI DIRI SENDIRI.
Anggaplah pasangan sebagai diri sendiri yang mahukan penghormatan,mahu dibelai,dihormati,disayangi dan dikasihani..Semua orang suka untuk dibelai..Buatlah sebuah perkahwinan itu umpama sebelum anda berkahwin..Menghangatkan cinta setiap masa..Sekian,setakat itu dlu budak kedah nak share dgn korang semua..tunggu sambungannya pada entry akan datang ye..
Assalamualaikum...
entry yg bgs..utk jdkan panduan..terima kasih krn sudi kongsi ilmu =)
Assalam bk,
iye ke..?? balik ni wl nk cb.. XD