HOT NEWS

Pelanggan Tetap Spanar Buruk

Khamis, 5 Julai 2012

Legoland Nusajaya – Berbaloi Tak Nak Ke Sana?..

,
LEGOLAND MALAYSIA merupakan taman tema yang ke-6 di dunia dan merupakan LEGOLAND pertama di Asia. Ianya terletak di Medini, Nusajaya, Johor, Malaysia. Dengan keluasan 76 ekar, LEGOLAND Malaysia mempunyai lebih 40 jenis permainan, persembahan, dan tarikan. Taman ini dibahagikan kepada tujuh bahagian dengan tema yang berlainan. Antaranya:

§  MINILAND
§  THE BEGINNING
§  IMAGINATION
§  LEGO TECHNIC
§  LEGO KINGDOM
§  LAND OF ADVENTURE
§  LEGO CITY

LEGOLAND Malaysia mengumumkan tarikh pembukaan rasminya pada 15 September 2012 (Sabtu). Menariknya, pengumuman ini dilakukan di Vivo City Singapura. Mungkin strategi mereka adalah untuk menarik lebih ramai pengunjung dari negara jiran ini untuk berkunjung ke LEGOLAND Malaysia memandangkan kuasa berbelanja dan pastinya untuk bersaing dengan Universal Studio yang terdapat di Pulau Sentosa.

















Cantik tak legoland yang bakal dibuka pada bulan September ni?.. Jadi apa perasaan korang semua lagi-lagi warga Johor?.. Mesti korang semua teruja termasuk Spanar Buruk sekali tapi sayang ada 1 penghalang kenapa Spanar Buruk terpaksa batalkan hasrat nak masuk Legoland.. Nak tau sebab apa?..Cuba korang tengok di bawah ni..Di bawah ni merupakan senarai harga untuk masuk ke sana..


Dari sumber yang Spanar Buruk dapat la, itu adalah harga pass untuk masuk sana..Memang sampai bila-bila la Spanar Buruk takkan masuk ke sana.. Mahal woo.. Kalau g sorang tu okayla kot tapi kalau dah bawa saudara mara sekampung semua?.. Mana nak cekau duit nak bayar pass tu semua.. Alamaknya buat legoland sendiri belakang rumah je la..


3 Comments:

  • 14 Julai 2012 pada 12:41 PTG
    Tanpa Nama says:

    antara legoland and Genting Highland, yg mana satu akn jd pilihan ramai? heheh...psti semua tahu akn jawapannya kannn? tak lain tak bukan.jeng jeng jeng......

  • 27 Mac 2013 pada 1:21 PTG

    tapi yang annual pass ni untuk setahun. so maksudnya sesiapa yang beli annual pass ni dia boleh masuk beberapa banyak kalipun tanpa membayar sampai hujung tahun. sebab tulah mahal sikit.

  • 27 Mac 2013 pada 1:23 PTG

    tapi annual pass ni untuk setahun. so maknanya berapa banyak kali pun anda nak masuk dalam masa setahun adalah percuma.sebab tulah mahal sikit.

Blogger Chat Room


Mari Tukar Link

Samseng FaceBook


Ai, Takkan Tengok Je.:)
 

~Spanar Buruk~ Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger