HOT NEWS

Pelanggan Tetap Spanar Buruk

Sabtu, 21 Julai 2012

Ramadhan Kembali Lagi : Selamat Berpuasa Untuk Rakan Sekalian

,
Assalamualaikum semua. Alhamdulillah ramadhan kembali lagi dan Alhamdulillah kita masih dipertemukan sekali lagi. Sudah pastinya ramai yang tidak sabar untuk mempersiapkan diri menambah amal ibadah. Bukan la Spanar Buruk nak kata bulan-bulan yang bukan ramadhan ni kita tidak mempersiapkan diri tetapi bulan ramadhan ni kita rasakan lain. Bulan ramadhan ni kita ada lebih banyak masa untuk mendekatkan diri dengan Allah kan?. Kenapa Spanar Buruk cakap macam tu?.

Ye la bulan ramadhan ni korang tak kuar lunch atau minum petang mahupun sarapan pagi jadi masa korang semasa keluar lunch,sarapan atau minum petang tu semua boleh la dihabiskan di atas tikar sejadah kan?. Dengan itu bolehlah korang semua betul-betul pulun melakukan amal ibadah tapi itu tidak bermakna segala kerja di pejabat perlu ditinggalkan semata-mata untuk pulun melakukan amal ibadah. Perkerjaan juga adalah satu ibadah yang dituntut dalam agama. Perlulah dibahagikan masa dan seimbang antara pekerjaan dan amal ibadah kepada Yang Maha Esa.


Spanar Buruk tak mahu la berceloteh terlalu panjang. Spanar Buruk nak ucapkan selamat menyambut ramadhan al-mubarak kepada kawan-kawan blogger Spanar Buruk tidak kira di mana saja korang berada sama ada di Bandar, di kampung atau di luar negara (sekiranya ada blogger Malaysia di luar Negara sedang membaca entri ini). Dan jangan lupa, belilah makanan untuk berbuka dengan kadar minima dan mengikut keperluan, bukannya kemahuan ye dan mulakan berbuka dengan kurma ye kawan-kawan. Segerakan berbuka dan lewatkan sahur tu, ingt ye semua =)

Kat sini Spanar Buruk ada bagi Niat Puasa dan Doa Semasa Berbuka nanti. Pada yang memang dah sedia hafal tu, Alhamdulillah dan pada yang masih tak berapa ingat ni, niat dan doa berbuka di bawah buleh jadi rujukan. Share antara kawan2 ok, ingat mengingati satu sama lain.


2 Comments:

Blogger Chat Room


Mari Tukar Link

Samseng FaceBook


Ai, Takkan Tengok Je.:)
 

~Spanar Buruk~ Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger