HOT NEWS

Pelanggan Tetap Spanar Buruk

Sabtu, 30 Julai 2011

~GA Saya Nak FM Ni~

,
Assalam semua..tadi g godek2 blog orang jap pastu terjumpa Blog Akak Akiratoriza Nak Bagi Hadiah..so apa lagi,dengan muka tak segan silu beta mengumumkan bahawa beta yang bernama Spanar Buruk mahu join GA Saya Nak FM Ni anjuran Akak Akitoriza..hehehehehe..




Spanar Buruk nak Fridge Magnet tu saya nak gak tak kira..dah la susah nak dapatkan Fridge Magnet tu..Spanar Buruk tak penah g jalan mana-mana pun..pe tah lagi nak beli cenderamata,semua harapkan orang je..


Kerana kecomelan dan kekiutan Fridge Magnet tu la membuatkan Spanar Buruk jadi terpikat dan tanpa fikir panjang,Spanar Buruk terus meletakkan diri sebagai peserta untuk Kontes Akak Akiratoriza tu..

Spanar Buruk tak mau citer pnjang lgi dan dengan ini Spanar Buruk nak ngetag kawan baik Spanar Buruk dengan memaksa mereka mengejoin GA Fridge Magnet ini..Mangsa yang bertuah itu adalah :





p/s : harap-harap ada chance nak menang..orang yang tak penah dapat Fridge Magnet didahulukan,Orang yang penah dapat dikemudiankan..




Read more

Rabu, 27 Julai 2011

Wordless Wednesday #6

,

adalah hari di mana setiap blogger 
hanya perlu meletakkan gambar 
di dalam entry mereka tanpa 
perlu menceritakan apa pun tentang gambar itu..
Biar gambar yang menceritakan segalanya..



Read more

Selasa, 26 Julai 2011

SEGMEN ILMIAH : JOM BERKONGSI HADIS BERSAMA-SAMA

,
Assalam semua..akhirnya dan akhirnya spanar tak sangka dapat juga peluang untuk mengejoin segmen yang dibuat oleh Blogger Artis Yang Pemes di abad ini iaitu Brother Sapik Mokhtar..terharunya rasa dapat juga meluangkan masa untuk mengejoin segmen beliau ni..kredit to Brother Sapik Mokhtar kerana sudi mengajak blogger picisan seperti spanar untuk menngejoin segmen ini..

 

Brother Sapik Mokhtar minta kita buat sedikit entry tentang hadis jadi spanar rasa terpanggil untuk join segmen Brother Sapik Mokhtar pada kali ni..spanar nk share beberapa potong hadis mengenai Sedekah yg spanar rasakan bersesuaian untuk dikongsi dengan kalian semua bersempena dengan bulan Ramadhan yang bakal menjelang ini.

Kat bawah ni ada beberapa potong hadis tentang Sedekah yang spanar dapat cari dan sesuai untuk dishare dengan kalian semua:

Hadis-1


[Mafhumnya] Orang yang mengusahakan bantuan (pertolongan) bagi janda dan orang miskin ibarat berjihad dijalan Allah dan ibarat orang solat malam. Ia tidak merasa lelah dan ia juga ibarat orang berpuasa yang tidak pernah berbuka.
(Hadis Riwayat Oleh : Imam Bukhari)
 

Hadis-2

[Mafhumnya] Barangsiapa ingin doanya terkabul dan dibebaskan dari kesulitannya hendaklah dia mengatasi (menyelesaikan) kesulitan orang lain.
(Hadis Riwayat Oleh : Imam Ahmad)
 

Hadis-3
 
[Mafhumnya] Bentengilah hartamu dengan zakat, ubati orang-orang sakit (dari kalanganmu) dengan Bersedekah dan persiapkan doa untuk menghadapi datangnya bencana.
(Hadis Riwayat Oleh : Imam Ath-Thabrani)

Ok2,spanar nk tag kawan2 baik 
spanar yang spanar sayang sangat ni..
orang2 yang terpilih itu ialah jeng jeng jeng :





Read more

Isnin, 25 Julai 2011

2nd GA Pearl bY mOoN

,
Assalam semua..hari ni spanar nk join GA Akak Moon syg pulak..terima kasih kat Akak Moon syg sebab sudi membuat Giveaway ni dan sudi mengetag adik spanar untuk mengejoin Giveaway 2nd GA Pearl bY mOoN akak ni..hehehehe...Kalau ada sesiapa yg nk mengejoin Giveaway 2nd GA Pearl bY mOoN ni,korang klik je kat tajuk yang besar gedabak kat bawah ni..



Soklan kenapa spanar nk mengejoin Giveaway 2nd GA Pearl bY mOoN ni?..why why why?????..sebab spanar nak menang mutiara yang akak janjikan tu la..tu la perkara utama spanar nk..dari hari tu akak cakap nk bgi mutiara dan cakap nk buat giveaway kan,jadi spanar tunggu je la entry akak untuk Giveaway ni..dah lama spanar tak dpt mutiara tau kak..sedih ni..ni nowat akak blh tak sbb nk dapatkan mutiara tu..hehehehe...

Ok2,spanar tak mau citer pnjang..spanar nk ngetag kawan2 spanar yang baik hati ni iaitu jeng jeng jeng:


p/s : Tarikh akhir untuk join Giveaway ni adalah pada 17 Ogos 2011 ni..Harap Maklong ye semua..
Read more

Jumaat, 22 Julai 2011

1st Giveaway Mama Syima

,
Assalam semua..hari ni spanar kn join kontes dari blog Mama Syima pulak la..hehehe..dengan mengejoin kontes banyak2 ni,hope ada jugak la terselit nama spanar kat bahagian pemenang kontes Mama Syima tu ok..hehehehe..Amin..




Spanar tergerak hati untuk join kontes ni sebab spanar berkenan kat Keychain Langkawi dan Fridge Magnet Fraser Hill & Terenganu tu tau..Tu yang spanar terus nk join tanpa fikir panjang ni..hehehe..Dah la cantik Keychain Langkawi dan Fridge Magnet Fraser Hill & Terenganu tu tau..adess..Akak,spanar nk satu boleh,bgi chance kat spanar nk menang gak la kak..hehehehe..

Okla,pada siapa yg nk join Giveaway ni,korang semua blh Klik Sini untuk tau lebih lanjut tentang syarat-syaratnya okies..Selamat mencuba dan spanar nk ngetag kawan spanar iaitu:

Abdul Farique

Ok,bye semua dan pada ygn nk join gak,gud luck ok..


Read more

Rabu, 20 Julai 2011

~Cinta,Sesuatu Yang Indah Atau Perit~

,
Assalam semua..
Awak pernah dilamun cinta?..
Mesti pernah kan?..
Pastu awak akan tau bila awak bercinta,
awak akan dapat rasakan keindahannya cinta..
Setiap masa awak nak yang terbaik 
dalam perhubungan awak dan si dia.


Cinta itu indah bagi yang memahaminya..
Setiap masa kita mahu bersama dengan si dia
menikmati hari2 indah bersama..
Suka dan cinta adalah 2 perkara 
yang tidak sama tapi kalau kita menyukai 
seseorang itu,mesti kita akan berusaha untuk mencintainya..
Betul tak cakap saya?..



 Setiap orang mempunyai cara yang berbeza bila
mengungkapkan cinta pada seseorang..
Ada cara menghargai dalam senyap,
ada pula cara dengan menjadi secret admire..
Tapi bila luahkan,kita akan jadi segan dan malu..


 Tiada orang tak pernah kecewa dalam bercinta..
Sekuat mana cinta itu dijaga,kadang2 akhirnya
cinta itu musnah di tengah jalan juga..
Tapi,kerana mengenangkan cinta yang telah pergi
itu,adakalanya kita tidak sekuat kita sangka..
Macam saya,sebuah cinta yang dijaga tidak
kesampaian dan akhirnya merelakan cinta itu pergi selamanya..


Tapi percaya la..Kecewa mana pun kita,
kita kena yakin dan kuat serta percaya 
bahawa pasti ada sinar akan menerangi hidup kita nanti..
Tak bermakna bila sekali kita gagal,
selamanya kita akan gagal dalam bercinta..
Pasti ada hikmah dan ketentuan di sebalik semua ini..
Percaya bahawa pasti akan ada yang lebih baik 
untuk kita selepas ini..


Read more

~Wordless Wednesday #5~

,




adalah hari di mana seorang 
blogger itu hanya perlu 
meletakkan gambar di dalam 
entry mereka tanpa perlu menceritakan 
apa pun tentang gambar..
Biar gambar yang menceritakan segalanya..

Read more

Selasa, 19 Julai 2011

Jumaat, 15 Julai 2011

~Freaky Friday : Perlawanan Persahabatan Malaysia vs Liverpool~

,





















Apakah komen anda tentang perlawanan di antara Malaysia dan Liverpool FC ?..Pada pandangan anda,adakah perlawanan persahabatan sebegini dapat meningkatkan kualiti dan prestasi setiap pemain Harimau Malaya kebanggaan kita untuk berusaha lebih gigih lagi?..Kita juga memainkan peranan penting sebagai penyokong skuad Kebangsaan untuk memberikan semangat pada setiap pemain kebanggaan kita..Kerana tanpa kita, skuad Kebanggan kita takkan ke mana..

Agak2 anda,berapa gol yang bakal dijaringkan  oleh skuad Kebangsaan untuk perlawanan persahabatan pada malam esok dan siapa pemain pilihan korang?..Tak kira sama ada pemain Malaysia atau pemain Liverpool FC..Saja suka-suka nak tau pendapat korang lagi2 blogger lelaki mesti korang lgi tau siapa yang terbaik dan terhebat dalam pasukan itu..


Read more

Khamis, 14 Julai 2011

~Najwa Latif : Penyanyi Yang Meningkat Naik ~

,
Spanar ada dengar lagu ni dalam youtube,
memang seronok sangat sebab lirik 
dia catchy dgn jiwa spanar..
Pestime dengar,
terus nak g cari lirik dalam Google..

Mempersembahkan lirik lagu Carta Hati
nyanyian dari Najwa Latif
penyanyi indie yang sedang meningkat naik..


Najwa Latif : Carta Hati

Engkau duduk di situ
Diam tersipu malu
Mahu mendekati aku

Aku mulai resah
Hati ku jadi kebah
Melihat diri mu aku rebah




Tapi hati ini kuat menyatakan
Kau terkini duduk di carta hati
lagu cinta kita bermula
dari mata turun ke jiwa
dari teman menjadi cinta
dan berjanji untuk setia
 
sehidup semati kita
menjanji kan bahagia
untuk kita berdua selamanya




jangan engkau jangan pergi
jangan tinggal ku sendiri
jangan tinggal kan carta hati

kau janji kan bahagia
ku janji kau tak terluka
teruslah berada di carta hati kita

Read more

~Keputusan Segmen : Kenangan Antara Aku Dan Dia~

,
Assalam semua..hari ni spanar nk bagitau keputusan untuk Segmen : Kenangan Antara Aku Dan Dia yang baru je habis semalam..spanar tak mau tangguhkan lagi untuk beritahu siapa pemenangnya..kesian korang nanti tunggu lama sangat kan dan takut juga spanar terlupa nak bagi hadiah..hehehehe..





Jadi pemenang pertama bagi Segmen : Kenangan Antara Aku Dan Dia ialah Cinta Tulip yang telah memenangi hadiah berupa RM 20 tajaan dari Sy@fdotFrenzyfm..Tahniah buat Cinta Tulip kerana memenangi hadiah wang tunai berkenaan..Spanar pilih Cinta Tulip sebagai pemenang kerana entry yang dibuat Cinta Tulip sangat kreatif dengan diselitkan gambar-gambar yang menarik perhatian..Spanar bukan pilih kerana kawan ke apa ok tapi seyes korang tengok entry dia macam mana kan?..

Buat pemenang kedua Segmen :Kenangan Antara Aku Dan Dia pula jatuh kepada Sangat Setia yang memenangi hadiah berupa Gelas Coca Cola pilihan sendiri tajaan dari Sponsor Bro Ahmad..Tahniah buat pemenang kedua ni ye..Spanar pilih Sangat Setia sebagai pemenang kerana susun atur entry mengikut waktu yang menarik,dah macam sinopsis cerita..hehehehe..Tahniah buat kalian berdua ea..

Jadi,keputusan telah diumumkan dan pemenang telahpun diketahui dan sebarang bantahan,tidak akan dilayan ok..Para pemenang boleh berurusan dengan sponsor masing2 untuk hadiahnya ok..Kepada yang kalah tu,korang blm kalah lagi..Sila cuba lagi pada masa akan datang kerana spanar sedang merancang untuk mengadakan segmen @ kontes @ lucky draw pulak pasni..Jadi rajin2 la bw kat blog spanar ok..sekian wassalam..


Read more

Rabu, 13 Julai 2011

~Pengumuman Segmen : Kenangan Antara Aku Dan Dia~

,
Assalam semua..
Hari ni spanar nk umumkan berita penting..
Spanar nak bagitau keputusan pemenang  
terpaksa diumumkan ke satu tarikh 
yang akan diberitahu kelak kerana 
waktu ni spanar agak sibuk sikit..
Harap maaf di atas kesulitan ini..




Spanar nak bagitau  
telah pun ditutup dengan jayanya 
pada hari ini dan segala penyertaan 
selepas ini tidak akan dilayan..
Harap Maklum..


Kat sini spanar nk umumkan senarai peserta 
yang telah pun menghantar penyertaan mereka kepada  
mari kita tengok semua peserta tu ye:


Jadi tunggu keputusan yang akan 
spanar umumkan tak lama lgi ye..
Sila bersabar kerana sabar 
itu separuh daripada Iman..
Read more

~Segmen : Kenangan Antara Aku Dan Dia~

,
INI ENTRY MELEKAT SEHINGGA 13 JULAI 2011

Hai semua..Assalamualaikum dan hope korang hepi2 semua ye.Setelah 6 dan masuk 7 bulan spanar berblogging dan followers pun dah mencapai 300++,spanar akhirnya berbesar hati nak anjurkan satu segmen sempena menghargai insan-insan yang sudi menjadi followers spanar dan kekal setia bersama blog spanar ni..

Segmen spanar buat kali ini mungkin tak sehebat segmen yang korang pernah tengok sebelum ni kan?..al makklumlah,orang baru pestime nk buat segmen,bukan hebat sangat pun..kali ni spanar nk buat satu segmen bertajuk:

KENANGAN ANTARA AKU DAN DIA.



Kat bawah ni adalah syarat utama untuk menyertai segmen ni:

  1. WAJIB letak link blog Spanar Buruk ni dan blog sponsor Bro Ahmad dan Sy@f kat dalam bloglist  anda..Ini bertujuan untuk memudahkan anda mengetahui bila spanar akan update entry mengenai segmen ni..
  2. WAJIB ada blog..Kalau takde,macam mana nk buat entry kan?..
  3. TERBUKA kepada sesiapa sahaja..
  4. TAJUK ENTRY mestilah'Kenangan Antara Aku Dan Dia'.
  5. WAJIB tempek gambar kat atas tu dan letak dalam entry korang serta letak di side bar..Back link kan gambar tu ke entry ni balik tau..
  6. TAK PERLU susah payah copy balik syarat ni semua..cukup korang tempek gambar dan buat entry je.
  7. WAJIB masuk blog Bro Ahmad untuk pilih hadiah yang korang nak.


Cara-cara untuk sertai segmen:

  • Setiap peserta wajib menceritakan SATU SAHAJA kenangan indah antara dia dengan sesiapa sahaja dalam hidupnya..Tak kisah la kenangan dengan couple anda ke,kawan ke,haiwan kesayangan ke atau sesiapa saja la..
  • LETAK GAMBAR yang diberi diatas ni..
  • Dan buat entry,dah siap tempek gambar di atas tu,hantar URL ENTRY kat bahagian komen entry segmen ni.. 
  • Peserta diminta untuk memilih SATU SAHAJA warna cawan yang korang berkenan di Sini dan letakkan warna cawan apa yang digemari di dalam entry korang..

Keputusan akan ditentukan dari entry yang spanar rasa kreatif..Dah buat segmen,mesti korang nk hadiah kan?..Segala hadiah disponsor oleh Bro Ahmad..nak tengok gambar,boleh --> Klik Sini Aje.

BERITA PENTING!!!!!
PENGUMUMAN UNTUK KORANG SEMUA..HADIAH UNTUK SEGMEN TELAH DITAMBAH..SEORANG BLOGGER BERBESAR HATI UNTUK MENJADI SPONSOR SEGMEN INI DAN HADIAH YANG DITAWARKAN ADALAH.....
JENG JENG JENG....
v
v
v
v
v
v
v
v
v
WANG TUNAI SEBANYAK 
RM 20..
nk tau sape sponsor tu?..Klik Sini Saje
  
Jadi spanar mengambil keputusan bahawa:
Pemenang pertama akan mendapat hadiah wang tunai sebanyak RM 20 
Pemenang kedua akan mendapat Hadiah Ni tpi pilih salah satu wrna je tau..
 
Segmen ini akan berakhir pada -->SEBULAN DARI SEKARANG..
JADI CEPAT2 JOIN SEBELUM SEGMEN NI TUTUP TAU..
Read more

~Wordless Wednesday #4~

,





adalah hari di mana 
setiap blogger hanya perlu meletakkan 
gambar di dalam entry mereka 
tanpa perlu menceritakan 
apa pun tentang gambar tu..
Biar gambar yang menceritakan segalanya..
Jadi inilah 
 spanar untuk hari ni..

agak-agak korang la kan,
pada setiap match ni,berapa Malaysia dapat?..
sila beri pandangan anda di komen ye..


Read more

Selasa, 12 Julai 2011

~Malaysia Menentang 3 Gergasi Bola Sepak Dunia,Hebatnya~

,
Assalam semua..sekarang ni sok sibuk cerita tentang perlawanan besar yang bakal berlangsung dalam bulan 7 ni..merata-rata dalam suratkhabar,dalam artikel blog Faizal Fredley dan blog Wan Gerrard pun ada cerita sama tentang perlawanan yang bakal berlangsung ni..

Jadi,spanar cuma nk review sikit je tak banyak pun tentang perlawanan yang bakal berlangsung sepanjang bulan 7 ni..meh kita tengok pe perlawanan yang dijadualkan bakal berlangsung pada bulan 7 ni..




Stadium Nasional Bukit Jalil
13 Julai 2011
8.45 Malam



Stadium Nasional Bukit Jalil
16 Julai 2011
8.45 Malam



Stadium Nasional Bukit Jalil
21 Julai 2011
8.45 Malam


Jadi pakat ramai-ramai memeriahkan stadium
pada yang dah dapat tiket tu dan 
marilah kita sapot team kebanggaan 
kita tapi mesti ada yang gatal nk sapot team luar kan?.. 

 

hahaha..

 
Read more

Blogger Chat Room


Mari Tukar Link

Samseng FaceBook


Ai, Takkan Tengok Je.:)
 

~Spanar Buruk~ Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger