Assalam semua..
Awak pernah dilamun cinta?..
Mesti pernah kan?..
Pastu awak akan tau bila awak bercinta,
awak akan dapat rasakan keindahannya cinta..
Setiap masa awak nak yang terbaik
dalam perhubungan awak dan si dia.
Cinta itu indah bagi yang memahaminya..
Setiap masa kita mahu bersama dengan si dia
menikmati hari2 indah bersama..
Suka dan cinta adalah 2 perkara
yang tidak sama tapi kalau kita menyukai
seseorang itu,mesti kita akan berusaha untuk mencintainya..
Betul tak cakap saya?..
Setiap orang mempunyai cara yang berbeza bila
mengungkapkan cinta pada seseorang..
Ada cara menghargai dalam senyap,
ada pula cara dengan menjadi secret admire..
Tapi bila luahkan,kita akan jadi segan dan malu..
Tiada orang tak pernah kecewa dalam bercinta..
Sekuat mana cinta itu dijaga,kadang2 akhirnya
cinta itu musnah di tengah jalan juga..
Tapi,kerana mengenangkan cinta yang telah pergi
itu,adakalanya kita tidak sekuat kita sangka..
Macam saya,sebuah cinta yang dijaga tidak
kesampaian dan akhirnya merelakan cinta itu pergi selamanya..
Tapi percaya la..Kecewa mana pun kita,
kita kena yakin dan kuat serta percaya
bahawa pasti ada sinar akan menerangi hidup kita nanti..
Tak bermakna bila sekali kita gagal,
selamanya kita akan gagal dalam bercinta..
Pasti ada hikmah dan ketentuan di sebalik semua ini..
Percaya bahawa pasti akan ada yang lebih baik
untuk kita selepas ini..












