Assalam semua..hari ni spanar tak buat entry untuk kontes tapi spanar buat entry untuk share dengan kawan2 spanar..kita buka macam discussion je kat sini..share pendapat antara satu sama lain..Kali ni,spanar nk buka satu topik yang mungkin pada tajuk aje korang dah biasa berdepan kan?..Ada yang boleh buat dan ada yang tak mampu untuk lakukannya..Tapi kenapa?..kenapa ada yang tak boleh buat?..
Maaf,ada orang boleh memaafkan seseorang yang lain selepas dia melakukan kesilapan terhadap orang itu tapi ada yang sukar untuk memaafkan?..memang tak dinafikan..tak semua orang boleh dengan mudah memaafkan seseorang itu bila dia dah buat kesilapan lagi2 kalau kesilapan itu membuatkan maruah seseorang itu jatuh dan lain2 hal yang menyebabkan orang itu tak nak memaafkan..mesti korang pun bengkak je hati nk ngadap muka diorang tu kan?..
Tapi susah ke nak memaafkan?..cuma mungkin ayatnya senang untuk diungkapakan'Saya maafkan awak'tapi tak semua mampu untuk menyebutnya kan?..tapi perlu ke kita pendam rasa tak nak maafkan tu sampai bila2?..takkan ke mana pun kita kalau kita tak nak maafkan orang..ditakuti nanti bila orang yang minta maaf kat kita tu tiba2 je meninggal dunia,sedangkan kita tak maafkan dia nanti mungkin roh dia tak tenteram kat sana..ni bukan tanggapan spanar,cuma spanar dengar kata orang tua..
Ramai juga orang berkata "Sedangkan Nabi ampunkan umat,ni kan pulak kita sesama manusia"..cuba korang pakai iktibar dari ayat tu..sedangkan Nabi kita yang dihina,dicerca pun,Baginda masih berbesar hati nak ampunkan mereka dan bawa mereka kembali ke jalan yang betul,ni kan kita sebagai umat manusia biasa yang banyak buat salah..susah ke nak maafkan?..lepas tu marah2 orang tu sampai ke tahap benci..klau kita tak nak maafkan bila org yang buat salah tu minta maaf,kita berdosa gak pada orang yang minta maaf tu..spanar bukan nk tuduh sesapa pun salah cuma entry ni spanar nk kongsi dengan kawan baik spanar sendri..
Jadi,mari la kita semua pakat sama2 sedar untuk belajar memaafkan orang walaupun pada hakikatnya perkara itu adalah terlalu pahit untuk kita lakukannnya dan ayat 'saya maafkan awak' itu adalah trlalu berat untuk lidah kita menyebutnya..kita sebagai manusia biasa pun tak dapat lari dari memaafkan orang kan?..renung-renugkan dan selamat beramal..
agak2 kalau perkataan "maaf" tak wujud..ada tak orang buat kesilapan??..something to share-->
"jika ada orang yg bersikap sombong dan menghina..kita akan lebih mulia apabila menjadi orang yg selalu memaafkan" - tapi bukan mudah kan??
waduh! serius.. anythng im done! always say sorry.. sorry is great word.. same as "sorry"
maaf klu ada salah dan silap
sume manusia tak sempurna kan dear..
huhuu...
jom singgah n follow belog fyna.
:)
salam..
kadangkala..kita memang rasa bersalah tp nak ucapkan sorry-seems to be the hardest word..
kadang2 pulak walau mulut saja dah cakap saorr,maaf tapi hati berat..hu2..mudah2an kita jadi pemaaf -)