Assalam semua..ingat lagi tak pada entry spanar tentang 6 Jenis Wanita Mudah Kena Tipu baru2 ini?..kalau ada yang sudi baca dan komen,thanks a lot ok..yayank korang semua..kali ni spanar nk sambung bagi hbis entry hari tu yang tak siap tu..tak de la separuh jalan buat kerja kan?..ok2,spanar tak nak pot pet lelama kat sini..mai semua kita baca balik sambungan 6 Jenis Wanita Mudah Kena Tipu.
6 Jenis Wanita Mudah Kena Tipu Part 2
4) Wanita Yang Tidak Mementingkan Ilmu.
Wanita yang mementingkan ilmu dalam konteks percintaan,perkahwinan dan memilih pasangan hidup bukanlah bermaksud wanita yang mempunyai ijazah berjela panjang dari universiti terkenal pun..Wanita berilmu dalam konteks ni adalah wanita yang mapu membawa dirinya supaya tidak terpilih lelaki jenis penipu dan berbahaya..jika dia terjabak sekalipun dengan lelaki berbahaya,dia tau apa yang perlu dilakukan olehnya atau di mana untuk mendapatkan bantuan yang sewajarya.
Wanita berilmu juga bermaksud wanita yang tahu haknya sebagai wanita dan isteri..Wanita yang berilmu berani memperbetulkan haknya apabila hubungan atau perkahwinannya terganggu atau diganggu sama ada oleh pihak ketiga mahupun pasangannya sendiri..Wanita berilmu mampu menjadi pasangan atau isteri yang sentiasa menjadi kebanggaan pasangan atau suami.
5) Wanita yang memandang faktor fizikal sebagai satu ciri utama pada lelaki idamannya.
Mudah jatuh cinta dengan lelaki kacak,comel atau macho macam feeza macho(hahahahahaha) serta mempunyai susuk tubuh menggoda?..Wanita perlu ingat,semakin kacak dan seksi seseorang lelaki itu,semakin banyak usaha perlu digandakan meningkatkan sistem pertahanan diri...mestila korang kena buat mcm ni,kalau tak terlopong korang nanti kalau orang yang kamu sayang tu,main cinta dengan orang lain..nak ke?..
Perlu diingat,paras rupa dan susuk tubuh tidak sepatutnya menjadi ciri utama lelaki idaman wanita.Ia seharusnya menjadi bonus yang ada pada lelaki..tapi dah terbalik sekarang ni,ada sesetengah perempuan mencari lelaki dengan hanya memandang fizikal luaran je..kalau dah tua nanti,yang tegap semua jadi kendur..hahaha..betul tak spanar bgtau ni?..
6) Wanita Yang Sabar Tidak Bertempat.
Wanita seperti ini boleh dikategorikan sebagai selalu makan hati berulam jantung..Dia didera secara mental dan fizikal oleh pasangan,tidak dihargai,sentiasa diambil kesempatan oleh pasangan ataupun suaminya,tapi masih tetap bersama lelaki itu walaupun dia sedar dirinya terseksa dan tertekan..yang gatal g duk lagi dengan lelaki mcm tu nape?..cari penyakit ek?..
So,habislah topik spanar tentang 6 Jenis Wanita Mudah Kena Tipu ini..sekian untuk tatapan kawan blogger semua..just sharing..bak orang kata sharing is caring kan?..hehehe..ok cau dulu..jumpa spanar lgi pada entry akan datang ye..Assalam..
hurm..
betul tu..
jgn hanya kerana fizikal laki tu elok, tp dlm, hancur..
mmg tak bagus..
entry ni bagus utk wanita..
huhuhhuhu :idea
nice entri adik
abg sokong 100% hehehe
artikel yang menarik... 'seronok membacanya'
ronda-ronda bersama My OBW...
ctp ni sabar tak bertempat kot?? yeke?? tak la.. emo je lebih