HOT NEWS

Pelanggan Tetap Spanar Buruk

Jumaat, 17 Jun 2011

~Kenangan Pahitku Contest~

,
Assalam semua..setelah didesak dan dipaksa bertubi-tubi akhirnya spanar dapat gak meluangkan masa untuk join kontes ni..kesian kat Cinta Tulip sbb dari hari tu lagi dia ajak spanar untuk join kontes dia tapi spanar tade masa..maafkan saya ye cik Cinta Tulip..jangan marah saya tau..hehehehe..

Kali ni cik Cinta Tulip minta orang untuk buat satu entry sedih..hukhukhuk,belum buat entry dah tacing lak.ngengada je spanar ni..sebenarnya spanar tade banyak pun kenangan pahit dalam diri spanar..ada la satu dua citer tapi satu citer ni buatkan spanar rasa sedih smpai sekrang..pastu tetibe je ada hujan kat mata spanar ni..malu seh..



3 tahun lepas masa tu 18 FEBRUARI 2008 sebuah cerita sedih dalam hidup spanar telah terlakar..memang pahit untuk menerima kenyataan yang telah tertulis untuk spanar ni tapi apakan daya..spanar cuma hamba padaNYA dan tak mampu nk buat apa malah untuk melawan takdir..sebuah kisah yang buatkan spanar tak dapat lupakan insan yang pernah bertakhta di hati spanar satu ketika dulu..

Segalanya bermula pada 14 FEBRUARI 2008,malam tu spanar dapat panggilan dari adik dia mengatakan abg dia eksiden dan kritikal masa tu..spanar bila mendengar perkara ini seumpama jantung yang telekat di badan seperti jatuh ke bumi..terkejut dengan berita ini sedangkan spanar baru berjumpa dengan arwah pada 12 FEBRUARI 2008..masa tu dia hntar spanar g keje tapi spanar hairan nape dia buat macam tu sedangkan selama ni dia tak prnah melakukan sedemikian..bila dah hntar,dia hulur tangan minta di salam..memang tak mengesyaki pe pun..

Spanar tak msj dia lgsung pada 13 FEBRUARI 2008 tu sbb fikir mungkin dia sibuk..takpe la,mungkin spanar fikir boleh jmpa nanti kot..tapi tak sangka segalanya berlaku dengan cepat..spanar ke hospital temankan mak dia sepanjang dia di sana dalam keadaan yang amat menyayat hati..tak sanggup rasanya nak pandang dia dalam keadaan macam tu..spanar hanya mampu berdoa agar keajaiban berlaku dlm diri dia..

Hari isnin 18 FEBRUARI 2008 spanar g hospital dulu nak tengok dia sebelum g keje macam biasa..mintak - mintak masa sampai nanti dia dah sedar dan blh ckp..pukul 11 pagi 18 FEBRUARI 2008,mak dan ayah dia keluar dengan keadaan menangis tapi kenapa?..apa dah berlaku pada dia?..spanar memberanikan hati,menguatkan diri dan buat muka cekal tanya mak dia..mak dia dengan suara teresak-esak bgitahu dia sudah tiada lgi..msa tu TUHAN je tau apa yang spanar rsa..

Spanar terus amik cuti bagitahu bos kata dia dah takde,bos faham..spanar ambil keputusan ikut mak dia balik rumah selama 3 hari..spanar tunggu jenazah dia dengan hati yang redha..bila nampak van jenazah sampai,diorang buat solat jenazah dan spanar ikut dari mula dia di hospital sampai dia ke liang lahad..spanar tatap wajah dia buat kali terakhir dgn doa smoga dia ditempatkan dikalangan orang beriman..

Terlalu banyak kenangan yang indah tapi pahit untuk difikirkan kembali..banyak janji - janji kami yang belum tertunai..akhirnya spanar redha dia pergi untuk selamanya dan dia membawa kenangan dalam cinta kami bersama..


ALFATIHAH UNTUK ARWAH MOHD AZIZI..

Kat sini spanar nak tag kawan spanar :


ok done Cinta Tulip sayang..

4 Comments:

  • 17 Jun 2011 pada 1:12 PTG

    spanar,,:( sabar k....

  • 17 Jun 2011 pada 2:36 PTG
    naqiah says:

    :(.. sedehnye.. sabar k.. ad hikmah di sebalik stiap kejadian.. amin.. tq join

  • 17 Jun 2011 pada 8:51 PTG
    Unknown says:

    jangan sedih2 k...semoga mendapat rahmat..

  • 18 Jun 2011 pada 10:39 PG
    admin says:

    alamak.. kisah2 kenangan beliau.. emm.. bersabarlah ye.. af dah buat dan join contest ni awal da.. so memang da join le :D

Blogger Chat Room


Mari Tukar Link

Samseng FaceBook


Ai, Takkan Tengok Je.:)
 

~Spanar Buruk~ Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger