HOT NEWS

Pelanggan Tetap Spanar Buruk

Isnin, 6 Jun 2011

~6 Jenis Wanita Mudah Kena Tipu Part 1~

,
Assalam semua..hola hola..spanar in da house..hari ni spanar nk share something yg pda spanar rsa,pmpuan sendiri pun tak jangka kan?..spanar ada trjumpa satu artikel yang pada spanar rsa patut share dengan korang semua..bukan tujuan spanar nk aibkan sesape pun kat sini..just share to let u know..amboi aih spanar ckp omputih..sweetnyer spanar ckp omputih..kekekeke..

Hari tu spanar baca satu artikel tentang 6 jenis wanita mudah kena tipu..ni pun mungkin boleh dijadikan sebagai satu tauladan untuk kita semua..sharing is caring kan sayang..kekekeke..pastu nanti korang share2 la link ni kat sesape pun untuk tatapan mereka ok..spanar edit balik ayat bagi korang seronok baca..takde la buat muka ketat je bila baca nanti..heheheh..spanar nk share 3 dahulu dan balancenye,tunggu entry akan datang pulak ea..


6 Jenis Wanita Mudah Kena Tipu Part 1


1) Wanita yang terlalu mudah mempercayai lelaki.
Sudah sayang,jika apa sekalipun kata pasangan anda,kepercayaan yang anda letak mesti la 100% kan?..bukan kena percaya pasangan separuh atau tidak sepenuhnya tetapi jangan percaya membuta tuli dan memnerima apa sahaja tanpa menggunakan akal fikiran yang waras.

Contoh kat sini spanar nk bagi:pasangan anda bekerja sebagai seorang kerani dan gaji bersih yang dia dapat paling banyak RM 1000 sebulan..anda pula memang tahu status kewangan dan cara si dia brbelanja kan?..dia ada banyak tanggungjawab,bil untuk dijelaskan setiap bulan lagi dan sebagainya..kira2 itu cukup-cukup aje untuk dia kan?..
 Satu hari dia belikan untuk anda sebentuk cincin emas yang berharga RM 700..anda msti akan tnya dia mana dapat duit tu,dan dia msti akan kata telah lama simpan duit untuk memberi anda kejutan..kira alasan tu pun boleh diterima gak la..

Bila anda tengok pakaiannya,semua yang berjenama..dia mula berbelanja sakan dan untuk anda pun,macam-macam barang dia akan belikan..anda msti tnya mana dapat duit tu?..dia pun mungkin akan jawab,saya berniaga nak tambah pendapatan sampingan,maka anda pun terus percaya..

Ingat,lelaki yang berterus terang dan jujur dengan pasangannya akan menyatakan,menjelaskan dengan selengkapnya apa yang ditanya dan diragui pasangannya..dia tidak akan menyembunyikan apa pun kerana baginya,wanita yang disayanginya buka saja tempat berkasih,malah tempat untuk berkongsi apa saja..Lagipun nk rahsia apa?..bukan dengan orang lain pun..Jika anda berasa ragu,tanya pasangan anda jangan tunggu lama dan pendam sampai bengkak hati..


2) Wanita yang terdesak untuk berkahwin.
Usia semakin lanjut membuatkan ramai wanita yang belum berpasangan risau akan status diri mereka kan?..Wanita pada zaman yang semakin canggih ni,wanita bekerjaya yang lewat kahwin adalah perkara biasa kita dengar namun majoriti wanita yang semakin meningkat usianya risau jika masih belum mempunyai pasangan hidup.

Risau usia semakin meningkat dan tekanan serta desakan daripada ibu bapa,pandangan masyarakat,dan juga kerisauan terhadap peluang untuk mendapatkan cahaya mata yang semakin kurang jika berkahwin lambat..Dengan keadaan seperti ini,kadangkala mereka boleh'terlepas pandang' mengenai sikap,kualiti dan peribadi lelaki yang dipilihnya itu.

Wanita yang berkahwin lewat pada zaman ini pula kebanyakkan adalah yang bekerjaya,secara tak langsung bermakna mereka punyai tahap kewangan yang dikira stabil..ini memungkinkan wanita begini menjadi mangsa'buaya professional'yang sentiasa mencari peluang untuk mengambil kesempatan ke atas wanita ini..


3) Wanita sosial.
Korang mungkin nampak kan ada sesetengah wanita pada zaman sekarang adalah wanita sosial suka pada hiburan malam,berparti,disko,pergaulan bebas dan berpegang pada falsafah yang pada spanar fikir,dah biasa korang dengar'masa muda inilah nak berseronok-seronok dan rasa macam-macam'mereka sebenarnya mengiklankan diri kepada spesis lelaki pemangsa wanita.Bersosial tanpa batasan adalah resepi utama yang menyebabkan ramai wanita dan gadis remaja ditipu dalam pelbagai aspek oleh lelaki tidak bertanggungjawab.

So,fikir-fikirkanlah sendiri..ni spanar just nk share dengan kawan blogger spanar..yang mana tak setuju dengan apa yang spanar kongsi ni,boleh ajukan sebarang soalan dan ketidakpuasan hati anda dengan menaip SpanarBuruk <> soalan dan pertanyaan anda ke 36789..hahaha..cer la korang buat,msti kena rejek jap g..ok cau dan tunggu sambungan entry spanar pada episod akan datang..

7 Comments:

Blogger Chat Room


Mari Tukar Link

Samseng FaceBook


Ai, Takkan Tengok Je.:)
 

~Spanar Buruk~ Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger