Dah masuk tahun baru MASIHI iaitu 1423 HIJRAH..apa azam baru anda semua?..ada yang tak tertunai lagi?..kalau ada yang tertunai tu ALHAMDULILLAH..saya ni,azam tiap-tiap tahun buat yang baru tapi tak jugak tertunainya..semalam saya ada baca artikel keagamaan..penulis ada post doa2 yang sesuai untuk ahun baru ni..ada 7 doa boleh kita praktikkan sepanjang hari dalam hidup kita:
1)DOA Memohon Keampunan Dan Rahmat ALLAH.
"YA TUHAN kami,kami sudah beriman,maka ampunilah kami dan berilah kami rahmat dan Engkau adalah pemberi rahmat Pemberi rahmat yang terbaik".(Surah Al-Mukminun ayat 109).
2)DOA Mohon Tidak Dijadikan Penolong Bagi Orang Yang Berdosa,Nabi Musa berkata:
YA TUHANKU,demi nikmat yang Engkau anugerahkan kepadaku,aku sekali-kali tidak menjadi penolong bagi orang yang berdosa".(Surah Al-Qasas ayat 17).
3)DOA Mohon Diberi Ilham Untuk Mensyukuri Nikmat Dan Beramal Soleh Serta Dimasukkan Ke Dalam Golongan Orang Yang Soleh.
YA TUHANKU,berilah aku ilham untuk aku tetap mensyukuri nikmat-Mu yang Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal solehyang Engkau redhai,dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-Mu yang soleh".(Surah Al- Nami ayat 19).
4)DOA Memohon Ampunan Kerana Menganiaya Diri Sendiri,Musa Berdoa:
YA TUHANKU,sesungguhnya aku sudah menganiaya diriku sendiri kerana itu ampunilah aku".Maka ALLAH mengampuninya,sesungguhnya Allah Dialah Yang Maha Pengampun lahi Maha Penyayang.(Surah Al- Qasas ayat 16).
5)DOA Mohon Dilapangkan Dada Dan Dimudahkan Segala Urusan.
Nabi Musa berkata:YA TUHANKU,lapangkanlah untukku dadaku dan mudahkanlah untukku urusanku".(Surah Thaha ayat 25-26).
6)DOA Mohon Keampunan Diri,Ibu Bapa dan Orang Beriman Pada Hari Kiamat.
YA TUHAN kami,berilah keampunan kepadaku,dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang mukminpada hari terjadinya hari kiamat".(Surah Ibrahim ayat 41).
7)DOA Diselamatkan daripada perbuatan maksiat dan dosa Luth berdoa:
YA TUHANKU,selamatkanlah aku berserta keluargaku dan akibat perbuatan yang merka kerjakan".(Surah As-Syu'ra ayat 169).
Jadi dari semua doa-doa ini,saya harap kita dapat mempraktikkan dalam hidup kita seharian dan saya doakan smeoga tahun ini,hidup anda akan selalu mendapat keberkatan daripadaNYA,INSYALLAH..