HOT NEWS

Pelanggan Tetap Spanar Buruk

Jumaat, 10 Jun 2011

~6 Jenis Wanita Mudah Kena Tipu Part 2~

,
Assalam semua..ingat lagi tak pada entry spanar tentang 6 Jenis Wanita Mudah Kena Tipu baru2 ini?..kalau ada yang sudi baca dan komen,thanks a lot ok..yayank korang semua..kali ni spanar nk sambung bagi hbis entry hari tu yang tak siap tu..tak de la separuh jalan buat kerja kan?..ok2,spanar tak nak pot pet lelama kat sini..mai semua kita baca balik sambungan 6 Jenis Wanita Mudah Kena Tipu.

6 Jenis Wanita Mudah Kena Tipu Part 2


4) Wanita Yang Tidak Mementingkan Ilmu.
Wanita yang mementingkan ilmu dalam konteks percintaan,perkahwinan dan memilih pasangan hidup bukanlah bermaksud wanita yang mempunyai ijazah berjela panjang dari universiti terkenal pun..Wanita berilmu dalam konteks ni adalah wanita yang mapu membawa dirinya supaya tidak terpilih lelaki jenis penipu dan berbahaya..jika dia terjabak sekalipun dengan lelaki berbahaya,dia tau apa yang perlu dilakukan olehnya atau di mana untuk mendapatkan bantuan yang sewajarya.

Wanita berilmu juga bermaksud wanita yang tahu haknya sebagai wanita dan isteri..Wanita yang berilmu berani memperbetulkan haknya apabila hubungan atau perkahwinannya terganggu atau diganggu sama ada oleh pihak ketiga mahupun pasangannya sendiri..Wanita berilmu mampu menjadi pasangan atau isteri yang sentiasa menjadi kebanggaan pasangan atau suami.


5) Wanita yang memandang faktor fizikal sebagai satu ciri utama pada lelaki idamannya.
Mudah jatuh cinta dengan lelaki kacak,comel atau macho macam feeza macho(hahahahahaha) serta mempunyai susuk tubuh menggoda?..Wanita perlu ingat,semakin kacak dan seksi seseorang lelaki itu,semakin banyak usaha perlu digandakan meningkatkan sistem pertahanan diri...mestila korang kena buat mcm ni,kalau tak terlopong korang nanti kalau orang yang kamu sayang tu,main cinta dengan orang lain..nak ke?..

Perlu diingat,paras rupa dan susuk tubuh tidak sepatutnya menjadi ciri utama lelaki idaman wanita.Ia seharusnya menjadi bonus yang ada pada lelaki..tapi dah terbalik sekarang ni,ada sesetengah perempuan mencari lelaki dengan hanya memandang fizikal luaran je..kalau dah tua nanti,yang tegap semua jadi kendur..hahaha..betul tak spanar bgtau ni?..


6) Wanita Yang Sabar Tidak Bertempat.
Wanita seperti ini boleh dikategorikan sebagai selalu makan hati berulam jantung..Dia didera secara mental dan fizikal oleh pasangan,tidak dihargai,sentiasa diambil kesempatan oleh pasangan ataupun suaminya,tapi masih tetap bersama lelaki itu walaupun dia sedar dirinya terseksa dan tertekan..yang gatal g duk lagi dengan lelaki mcm tu nape?..cari penyakit ek?..

Wanita begini sentiasa berharap pasangannya akan berubah satu hari nanti.Tak salah bersabar tapi kesabaran itu ada hadnya kan?..Dan last sekali ia akan membawa mudarat kepada diri sendri,maka sesuatu perlu dibuat,bukan duk diam je..Terus bersabar walau diperlakukan apa saja oleh lelaki atau pasangan seolah-olah memberi lesen kepada lelaki berkenaan untuk terus mndera,menipu dan menghina maruah wanita..Pakailah kata orang dulu-dulu,sabar itu biarlah bertempat..

So,habislah topik spanar tentang 6 Jenis Wanita Mudah Kena Tipu ini..sekian untuk tatapan kawan blogger semua..just sharing..bak orang kata sharing is caring kan?..hehehe..ok cau dulu..jumpa spanar lgi pada entry akan datang ye..Assalam..
Read more

Isnin, 6 Jun 2011

~6 Jenis Wanita Mudah Kena Tipu Part 1~

,
Assalam semua..hola hola..spanar in da house..hari ni spanar nk share something yg pda spanar rsa,pmpuan sendiri pun tak jangka kan?..spanar ada trjumpa satu artikel yang pada spanar rsa patut share dengan korang semua..bukan tujuan spanar nk aibkan sesape pun kat sini..just share to let u know..amboi aih spanar ckp omputih..sweetnyer spanar ckp omputih..kekekeke..

Hari tu spanar baca satu artikel tentang 6 jenis wanita mudah kena tipu..ni pun mungkin boleh dijadikan sebagai satu tauladan untuk kita semua..sharing is caring kan sayang..kekekeke..pastu nanti korang share2 la link ni kat sesape pun untuk tatapan mereka ok..spanar edit balik ayat bagi korang seronok baca..takde la buat muka ketat je bila baca nanti..heheheh..spanar nk share 3 dahulu dan balancenye,tunggu entry akan datang pulak ea..


6 Jenis Wanita Mudah Kena Tipu Part 1


1) Wanita yang terlalu mudah mempercayai lelaki.
Sudah sayang,jika apa sekalipun kata pasangan anda,kepercayaan yang anda letak mesti la 100% kan?..bukan kena percaya pasangan separuh atau tidak sepenuhnya tetapi jangan percaya membuta tuli dan memnerima apa sahaja tanpa menggunakan akal fikiran yang waras.

Contoh kat sini spanar nk bagi:pasangan anda bekerja sebagai seorang kerani dan gaji bersih yang dia dapat paling banyak RM 1000 sebulan..anda pula memang tahu status kewangan dan cara si dia brbelanja kan?..dia ada banyak tanggungjawab,bil untuk dijelaskan setiap bulan lagi dan sebagainya..kira2 itu cukup-cukup aje untuk dia kan?..
 Satu hari dia belikan untuk anda sebentuk cincin emas yang berharga RM 700..anda msti akan tnya dia mana dapat duit tu,dan dia msti akan kata telah lama simpan duit untuk memberi anda kejutan..kira alasan tu pun boleh diterima gak la..

Bila anda tengok pakaiannya,semua yang berjenama..dia mula berbelanja sakan dan untuk anda pun,macam-macam barang dia akan belikan..anda msti tnya mana dapat duit tu?..dia pun mungkin akan jawab,saya berniaga nak tambah pendapatan sampingan,maka anda pun terus percaya..

Ingat,lelaki yang berterus terang dan jujur dengan pasangannya akan menyatakan,menjelaskan dengan selengkapnya apa yang ditanya dan diragui pasangannya..dia tidak akan menyembunyikan apa pun kerana baginya,wanita yang disayanginya buka saja tempat berkasih,malah tempat untuk berkongsi apa saja..Lagipun nk rahsia apa?..bukan dengan orang lain pun..Jika anda berasa ragu,tanya pasangan anda jangan tunggu lama dan pendam sampai bengkak hati..


2) Wanita yang terdesak untuk berkahwin.
Usia semakin lanjut membuatkan ramai wanita yang belum berpasangan risau akan status diri mereka kan?..Wanita pada zaman yang semakin canggih ni,wanita bekerjaya yang lewat kahwin adalah perkara biasa kita dengar namun majoriti wanita yang semakin meningkat usianya risau jika masih belum mempunyai pasangan hidup.

Risau usia semakin meningkat dan tekanan serta desakan daripada ibu bapa,pandangan masyarakat,dan juga kerisauan terhadap peluang untuk mendapatkan cahaya mata yang semakin kurang jika berkahwin lambat..Dengan keadaan seperti ini,kadangkala mereka boleh'terlepas pandang' mengenai sikap,kualiti dan peribadi lelaki yang dipilihnya itu.

Wanita yang berkahwin lewat pada zaman ini pula kebanyakkan adalah yang bekerjaya,secara tak langsung bermakna mereka punyai tahap kewangan yang dikira stabil..ini memungkinkan wanita begini menjadi mangsa'buaya professional'yang sentiasa mencari peluang untuk mengambil kesempatan ke atas wanita ini..


3) Wanita sosial.
Korang mungkin nampak kan ada sesetengah wanita pada zaman sekarang adalah wanita sosial suka pada hiburan malam,berparti,disko,pergaulan bebas dan berpegang pada falsafah yang pada spanar fikir,dah biasa korang dengar'masa muda inilah nak berseronok-seronok dan rasa macam-macam'mereka sebenarnya mengiklankan diri kepada spesis lelaki pemangsa wanita.Bersosial tanpa batasan adalah resepi utama yang menyebabkan ramai wanita dan gadis remaja ditipu dalam pelbagai aspek oleh lelaki tidak bertanggungjawab.

So,fikir-fikirkanlah sendiri..ni spanar just nk share dengan kawan blogger spanar..yang mana tak setuju dengan apa yang spanar kongsi ni,boleh ajukan sebarang soalan dan ketidakpuasan hati anda dengan menaip SpanarBuruk <> soalan dan pertanyaan anda ke 36789..hahaha..cer la korang buat,msti kena rejek jap g..ok cau dan tunggu sambungan entry spanar pada episod akan datang..
Read more

Jumaat, 3 Jun 2011

~Maaf,Antara Susah Atau Tidak Untuk Melakukannya~

,
Assalam semua..hari ni spanar tak buat entry untuk kontes tapi spanar buat entry untuk share dengan kawan2 spanar..kita buka macam discussion je kat sini..share pendapat antara satu sama lain..Kali ni,spanar nk buka satu topik yang mungkin pada tajuk aje korang dah biasa berdepan kan?..Ada yang boleh buat dan ada yang tak mampu untuk lakukannya..Tapi kenapa?..kenapa ada yang tak boleh buat?..

Maaf,ada orang boleh memaafkan seseorang yang lain selepas dia melakukan kesilapan terhadap orang itu tapi ada yang sukar untuk memaafkan?..memang tak dinafikan..tak semua orang boleh dengan mudah memaafkan seseorang itu bila dia dah buat kesilapan lagi2 kalau kesilapan itu membuatkan maruah seseorang itu jatuh dan lain2 hal yang menyebabkan orang itu tak nak memaafkan..mesti korang pun bengkak je hati nk ngadap muka diorang tu kan?..


Tapi susah ke nak memaafkan?..cuma mungkin ayatnya senang untuk diungkapakan'Saya maafkan awak'tapi tak semua mampu untuk menyebutnya kan?..tapi perlu ke kita pendam rasa tak nak maafkan tu sampai bila2?..takkan ke mana pun kita kalau kita tak nak maafkan orang..ditakuti nanti bila orang yang minta maaf kat kita tu tiba2 je meninggal dunia,sedangkan kita tak maafkan dia nanti mungkin roh dia tak tenteram kat sana..ni bukan tanggapan spanar,cuma spanar dengar kata orang tua..

Ramai juga orang berkata "Sedangkan Nabi ampunkan umat,ni kan pulak kita sesama manusia"..cuba korang pakai iktibar dari ayat tu..sedangkan Nabi kita yang dihina,dicerca pun,Baginda masih berbesar hati nak ampunkan mereka dan bawa mereka kembali ke jalan yang betul,ni kan kita sebagai umat manusia biasa yang banyak buat salah..susah ke nak maafkan?..lepas tu marah2 orang tu sampai ke tahap benci..klau kita tak nak maafkan bila org yang buat salah tu minta maaf,kita berdosa gak pada orang yang minta maaf tu..spanar bukan nk tuduh sesapa pun salah cuma entry ni spanar nk kongsi dengan kawan baik spanar sendri..

Jadi,mari la kita semua pakat sama2 sedar untuk belajar memaafkan orang walaupun pada hakikatnya perkara itu adalah terlalu pahit untuk kita lakukannnya dan ayat 'saya maafkan awak' itu adalah trlalu berat untuk lidah kita menyebutnya..kita sebagai manusia biasa pun tak dapat lari dari memaafkan orang kan?..renung-renugkan dan selamat beramal..
Read more

Khamis, 2 Jun 2011

~CsP nak bagi hadiah!!!~

,
Orang 5 bulan berblogging blh buat kontes tapi spanar gak yg tertinggal..dari dulu spanar nk buat kontes tapi tak brjaya..asal plan je,trpksa knsel..asal kensel je terpaksa plan lgi..menci la..ni adalah entry kontes kedua utk bulan ni..tenkiu pda Padlie sbb memaksa spanar untuk join giveaway kamu..spanar buat asal siap boleh tak padlie?...hehehe..



 
Entry yang spanar buruk minat:
Padlie buat kontes suh citer pe entry yg paling diminati dlm blog dia jadi spanar memilih untuk amik citer Siapa Fadli Sabri..kenapa spanar suka citer tu?..ekcelli tak sangka ada orang lain pun pakai nickname yang sama macam padlie tu..rasa nk gelak?..jauh sekali..nk heran pe kan klau nama nick tu sama?..kebetulan je tu..tapi dalam entry padlie tu,ada taip"Ooh, student medic kat Mesir rupanya... Bijak.. Bijak..."..padlie,kamu tak terasa nak g mesir ke pasni?..hahaha...nak gak tgk padlie g mesir,nanti blh bwk balik ole-ole dari sana utk spanar..kembang kuncup ke kamu padlie bila ada org nama sama dgn kamu?..hahaha..


Komen tentang blog padlie:
padlie,spanar nk cakap psal blog kamu tu..sebenarnya yg lain dah ok dah cuma satu je spanat tak brapa nk brkenan..satu je..padlie blh tak bagi fit sikit header tu bgi cntik..nape header kamu tu separuh je padlie?..bgi penuh la mcm blogger lain..sadis tau spanar tgk..huhuhuhu..

p/s : harap nnti blh ubah header kasi fit ok..(spanar tak pndai edit blog,pndai je komen blog orang)..

Kat sini spanar nak tag kawan2 yg spanar sayang:
Read more

Rabu, 1 Jun 2011

~BCR Kontest: Kamilah Geng BCR~

,
Halu halu halu..Spanar Buruk in da bengkel..hola hola hola..
lama spanar tak join kontes..dah jadi tak reti pulak nk buat entry kontes..
muahahahaha..tpi kontes ni utk org yg join BCR je..
Kali ini dengan bangganya mempersembahkan entry yg terbaik 
dari bengkel spanar yang bertajuk:



Sapa ada brani nk join?..korang brani meh le ikut sama..
terima kasih pada Jejaka Terhangat yg memang hangat 
seantero dunia kerana mmperkenalkan kontes ni pada spanar..
klau spanar tak msuk BCR pgi tdi,kompom spanar tak
tau kewujudan benda ni..

Sejak spanar kenal BCR ni,macam2 bnda trjadi dalam hidup spanar..
dia merubah hidup spanar..nak tau sape BCR tu?..
bukan pakwe spanar dan tiada kaitan sama ada hidup 
mahupun yang telah mati..hehehehe..
BCR tu ialah Blogger Chat Room dan ia adalah satu
medium di mana semua 
blogger berchatting macam bukak kedai kopi petang hari dan 
adalakanya sampai tahap nak buat gathering..

macam2 cerita keluar kadang2 ada yang sampai
gaduh macam org gila..
padahal spanar pun selalu gak kena terajang tapi
tak sakit sbb dalm BCR je..
NAK SAKIT PE KENA TERAJANG DLM KOMPUTER?..
hahaha..selain dari itu,BCR juga banyak ajar spanar tentang cara nk 
berblogging dengan lebih elok lgi..
kerana dia la,blog spanar berubah wajah sampai jadi tahap 
spanar sendiri boleh tacing..cer korang tgk cntik tak blog spanar?..
bangga ni meyh ada org puji..hukhukhuk..

Dah sudah jangan tacing dalam entry,habis basah
semua ayat..heheheh..
Asalnya spanar pun dah lupa dari mana spanar
jumpa kedai kopi ni..
Terklik suka hati tiba2 jumpa kedai kopi ni,hari2
spanar lepak je..
kdg2 ada gak miss nak sembang..
Dahla,pot pet psal kedai ni,smpai ke sudah tak hbis2..
kali ni kita masuk part geng BCR pulak..

Spanar ada kenal 5 org blogger ni,,sayang mreka tapi 
tak brmkna yg lain spanar tak sayang tau..
spanar sayang korang..eheemmmmm,yg pertama :


merupakan org pertama spanar mintak no..
sila taip ctp utk CintaTulip..hehehe..
spanar ngaku mmg spanar muka tembok tapi 
mintak no org tapi tak slhkan?..
kesian sgt kat dia bila spanar baca cerita 
dia tentang mslh yg berlaku pada dia..
dia sentiasa ada bila spanar de prob..
dia umpama soulmate spanar..
baiknya hati dia..blog dia semakin cantik..
pandai dia edit sendiri..


nak tau tak korang..
syaf ni la tukang tolong spanar editkan blog..
rsa macam nk g jumpa dia cakap tima kacih je..
cntik dia edit..dia ni kelakar betul..
bila tepon,mintak spanar ckp lembut2..
spanar ni jenis suka ksar,ok la tu..
tapi tak kurang hebat bila tgk blog dia..
buat puisi sentiasa tapi tak tau puisi tu utk sape tah..

ni manusia pertama memanggil spanar dengan gelaran super bk..
dulu spanar pakai nickname kat BCR ialah budak kedah,
jadi kena la taip b dgn k kan?..
pastu dah tukar nick name,ingt dia punya shotpom pun tukar..
rupa-rupanya?..jeng jeng jeng..
ada s pulak depan..sbk utk Spanar Buruk..hahahaa..
pe lgi,super zico pgil super bk la..cepuk kang super zico ni..
hari tu dia g srawak blnja super bk kek lapis..tak yah bayar pulak..
segan benor dgn dia..thanks ye super zico.. 
tgk blog dia bkn main jiwang betul..
padan sgt klau digandingkan dgn Syaf tu.


trima kasih kat dia ni..sila taip paan utk FaRHan AJ tapi 
kdang2 diorang ni saje2 salah taip sampai taip papan la,paang la..
dan ada pulak blogger panggil dia blogger jambu la..
kesian kat dia..blog dia pergghhhh..
baru2 ni citer psal pmpuan...terbaik la bak
kata Boboi Boy..
trima kasih kat paan krana tutorial blog dia tntg
churp2 tu la buatkan 
churp2 spanar meningkat jadi banyak..
sekali klik,ribu raban link kuar smpai kena mrh
dgn blogger lain..
hahaha..ada spanar kisah ke?..
trima kasih paan..blog kamu best..


ni yang spanar sangat hrgai dia..
kerana dia la spanar jadi tukang promote
link churp2..
kerana dia la dah ajar spanar dari spanar
zero tntg churp2 
sampai spanar blh buat sendiri..
spanar asyk pomote link churp smpai kena mrh..
dia dah ajar spanar nk jadi kaya jap..
trima kasih kat dia..
nanti spanar blnje beauty lover makan ok..


Kat sini,spanar nak tag :


so,bolehla spanar rilek2 senang hati tunggu keputusan pasni..


Read more

Blogger Chat Room


Mari Tukar Link

Samseng FaceBook


Ai, Takkan Tengok Je.:)
 

~Spanar Buruk~ Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger