HOT NEWS

Pelanggan Tetap Spanar Buruk

Sabtu, 30 Jun 2012

Perlu Ke Kita Menceritakan Keburukan Orang Di Laman Sosial????

,
Assalamualaikum semua.. Hari tu Spanar Buruk buka 1 laman sosial, Spanar Buruk dikejutkan dengan 1 gambar.. Seorang kawan Spanar Buruk post gambar bekas kekasihnya bersama isteri beliau di wall laman sosial Spanar Buruk.. Terkejut dengan komen dan reaksi kawan-kawannya.. Banyak yang like gambar berkenaan tapi pada Spanar Buruk, tak perlu rasanya untuk Spanar Buruk like gambar berkenaan dan memberi komen gambar berkenaan dan akhirnya orang lain tahu mengenai komen berkenaan..


Spanar Buruk buat entri ni bukan sebab kepentingan diri sendiri atau mahu menjatuhkannya, tapi sebagai 1 pengajaran yang Spanar Buruk nak ambil dan harus untuk Spanar Buruk kongsikan dengan kawan-kawan semua.. Spanar Buruk tak mahu mendedahkan siapa kawan Spanar Buruk.. Spanar Buruk ambil inisiatif untuk tidak memberi kenyataan di gambar berkenaan sebaliknya Spanar Buruk memberi komen di private message laman sosial beliau sahaja jadi dari situ hanya dia yang tahu apa yang Spanar Buruk nak perkatakan.. Mungkin juga dia khilaf dengan tindakannya tu..

Kalau nak diikutkan, Spanar Buruk pun ada bekas kekasih dan kedua-dua bekas kekasih Spanar Buruk dahulu dah banyak menyakiti hati Spanar Buruk.. Mereka bertanyakan khabar di Facebook Spanar Buruk namun Spanar Buruk mengambil inisiatif untuk tidak mempedulikan kedua-duanya kerana pada fikiran Spanar Buruk, mereka sudah tiada kaitan dengan Spanar Buruk lagi dan mungkin jika dilayan, mereka berfikir bahawa ada second chance untuk mereka.. Spanar Buruk juga rasa tak perlu la untuk menceritakan tentang kehidupan mereka sekarang di laman sosial..


Berbalik kepada tajuk yang Spanar Buruk nak perbincangkan ini lebih terbuka kepada umum dan bukan Spanar Buruk nak tertumpu hanya pada kawan Spanar Buruk tu, pada pendapat Spanar Buruk la tak perlu rasanya untuk kita menceritakan kepada orang lain hal yang pernah berlaku pada diri kita sebelum ini.. Kalau nak diikutkan perkara yang dah lepas umpamanya kita ditinggalkan kekasih, kita bergaduh dengan kawan baik kita atau apa jua perkara yang tidak baik tu sepatutnya kita jadikan sempadan dan pengajaran dalam kita meniti arus kehidupan tetapi bukan dengan mengambil tindakan dengan mendedahkan siapa orang yang pernah menyakiti hati kita.. Seharusnya kita simpan sahaja semua itu..

Tidakkah kita seharusnya berfikir panjang dahulu dalam melakukan sesuatu perkara itu sebelum kita mendedahkannya kepada umum sehingga orang lain memberi komen dan tanggapan negatif terhadap orang yang pernah melakukan salah terhadap kita?.. Sudah pasti orang yang diceritakan kisahnya tu bila sudah mengetahui bahawa dirinya telah dimalukan dan kisah lamanya telah diketahui orang lain, dia juga akan berfikir bahawa semua salah hanya terletak pada dirinya sahaja.. Tidak ke kesian orang tu?..



Ermm rasanya cukup la setakat itu sahaja apa yang Spanar Buruk nak kongsi dengan kawan-kawan semua.. Yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan dan pengajaran supaya kita juga tidak melakukan hal sedemikian di kemudian hari nanti.. Takut nanti 1 hari, Allah akan balas balik perbuatan kita dengan cara kita menceritakan keburukan itu.. Mana tahu bukan dengan orang yang kita selalu berjumpa, mungkin orang lain ke.. Jadi sentiasa la berwaspada.. Wassalam..

2 Comments:

Blogger Chat Room


Mari Tukar Link

Samseng FaceBook


Ai, Takkan Tengok Je.:)
 

~Spanar Buruk~ Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger