HOT NEWS

Pelanggan Tetap Spanar Buruk

Rabu, 20 Jun 2012

Khidmat Zizan Raja Lawak Digunapakai Untuk Mael Lambung

,
Assalamualaikum semua..Hari ni Spanar Buruk bukan nak review pasal filem sebab Spanar Buruk ni bukanlah selalu turun panggung pun tengok wayang macam sesetengah blogger lain seperti Kaki Wayang dotcom tu umpamanya yang rajin review tentang filem terbaru..Spanar Buruk nak story mory sikit kat korang tentang filem terbaru arahan pengarah dikatakan hebat gak iaitu Ahmad Idham iaitu filem Mael Lambung..Spanar Buruk baru je tengok dia punya cover untuk filem Mael Lambung dalam surat khabar Berita Harian minggu lepas tak salah Spanar Buruk, boleh tahan juga la gambar tu seolah2 rasa macam nak paksa je panggung wayang tayangkan filem tu sekarang gak wakakakakaka…

Filem Mael Lambung kali ini menggunakan kembali khidmat Zizan Raja Lawak & Pemenang Super Spontan untuk menjadi teraju utama filem ini dengan membawa watak sebagai Mael Lambung selepas khidmatnya telah digunakan untuk filem Ahmad Idham sebelumnya iaitu Hantu Bonceng yang telah mencapai kutipan sehingga RM 8 Juta, suatu pencapaian yang amat membanggakan untuk Ahmad Idham..Mungkin juga ada pengharapan besar disebalik filem itu daripada pengarah Ahmad Idham untuk mensasarkan kutipan melebihi daripada filem Hantu Bonceng tu..



Spanar Buruk ada terbaca dalam surat khabar minggu lepas tapi terlupa dah surat khabar apa..Dalam satu artikel tu ada mengatakan bahawa filem terbaru arahan Ahmad Idham iaitu Gerimis Mengundang yang menggunakan khidmat pelakon muda Kamal Adli serta menggunapakai khidmat pelakon dari Indonesia iaitu Olivia Jensen Lubis dikatakan kurang memberangsangkan dari segi kutipan jualan tiket..Dalam masa 4 hari sehingga 31 Mei yang lepas, kutipan hanya mampu mencecah RM 130, 000 sahaja dan dalam masa seminggu hanya mampu mencecah RM 230, 000 sahaja..Sangat kurang memberangsangkan..



Tak tahu di mana salah silap filem ini sehingga kutipan jualan tiket tak sampai RM 500,000 langsung sejak filem Gerimis Mengundang ditayangkan..Adakah salah dalam pemilihan pelakon atau salah penyampaian cerita, itu Ahmad Idham sahaja mampu menjawabnya..Berbalik kepada cerita mengenai filem Mael Lambung yang bakal ditayangkan pada 21 Jun ini, Spanar Buruk mengharapkan yang terbaik juga la untuk filem ini sama seperti filem Ahmad Idham yang sebelumnya iaitu Hantu Bonceng..Spanar Buruk berdoa agar filem ini mendapat kutipan tertinggi atau mungkin juga boleh mengatasi kutipan daripada filem Hantu Bonceng..Semoga syabas Ahmad Idham =)..

5 Comments:

  • 21 Jun 2012 pada 9:38 PG

    peminat ahmad idham rupanya... hihi..filem gerimis mengundang tu memang nampak bosan ... mungkin itu sebabnya tak dapat kutipan yang banyak ... pemilihan pelakon memang memberi kesan kepada sesuatu filem yang dihasilkan .. :D

  • 21 Jun 2012 pada 1:15 PTG
    Spanar Buruk says:

    @CeritaSekupang

    nak kata minat sangat tu takde la cs..nak tgk filem tu blh la kot..mmg gerimis mmbosankan..takkan pelakon tu tak kna kot kan?..

    tol tu cs kna pndai pilih pelakon klau tak takde org la nk dtg panggung..

  • 21 Jun 2012 pada 2:59 PTG

    Petak Melambung lambung ~~ rase mcm kene tgk ni cite ni ~~


    P/s : petak dpat bergambar dengan poster Gerimis Mengundang je .. sebb nak tgk Bohsia 2 .. :fuh

  • 22 Jun 2012 pada 8:06 PG
    Spanar Buruk says:

    @♥Mr.Petak♥

    :kawan jum petak kita ptgk sesama kekekeke..

    petak ok la dpt brgmbr dgn poster..spanar ni lgsg tak smpat tgk poster dpn mata huhuhuh..

  • 22 Jun 2012 pada 5:31 PTG
    cekodok says:

    ingat lg x mng contest cekodok..sori sgt2 sbb lmbt..jd nk no tepon nk kasi topup free..bole emel kt mih92_asri@yahoo.com..x kesah la maxis ke,celcom ke,digi ke..emel yg dulu dh terdelete..sori..hihi..

Blogger Chat Room


Mari Tukar Link

Samseng FaceBook


Ai, Takkan Tengok Je.:)
 

~Spanar Buruk~ Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger