HOT NEWS

Pelanggan Tetap Spanar Buruk

Jumaat, 8 Jun 2012

Berdosa Kita Mengasari Orang Tua

,
KUALA LUMPUR: “Memukul nenek, hukumnya berdosa besar sama seperti mengasari dan menderhaka ibu bapa,” kata Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Noh Gadut mengulas kebiadaban seorang lelaki di Serian, Sarawak, yang menendang serta memijak neneknya hingga tangan wanita itu patah, selain lebam di beberapa anggota badan.

Menurutnya, kurang didikan yang sempurna daripada awal pembesaran anak punca utama berlakunya kejadian seperti itu sedangkan warga emas, apatah lagi darah daging sendiri sepatutnya dihormati, disayangi dan dilindungi.





SERIAN: Seorang nenek menerima penghinaan dan penganiayaan yang tidak pernah terfikirnya apabila disepak dan dipijak cucu sendiri hingga patah tangan kanan dalam kejadian di Balai Ringin, di sini.
Dalam kejadian jam 7.30 pagi 1 Jun lalu, warga emas berusia 87 tahun itu diserang cucu lelakinya yang berusia awal 20-an ketika dia memberi makan ayam peliharaan di halaman rumahnya.

Cucu mangsa bagaikan dirasuk apabila menyepak neneknya hingga tersungkur. 
Mangsa cuba bangun semula, tetapi belum sempat berbuat demikian, cucunya memijaknya beberapa kali.


Lelaki itu hanya menghentikan perbuatan zalimnya itu selepas mangsa menjerit kesakitan dan merayu tidak disakiti sebelum dia diselamatkan seorang ahli keluarga lain yang menyaksikan kejadian.

Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Superintendan Jamali Umi berkata, mangsa membuat laporan di Balai Polis Serian pada hari kejadian dan mengesahkan mangsa patah tangan kanan selain cedera di lutut akibat terjatuh, disepak dan dipijak.

Ikuti sambungan kisah ini di 
untuk mengetahui kisah selanjutnya..





Beliau berkata, ibu bapa lelaki terbabit perlu muhasabah diri dan bukan menjadi batu api melagakan anak dengan nenek sehingga tercetusnya pergaduhan.“Walaupun dalam apa juga keadaan dan masalah yang timbul, tidak seharusnya warga emas dikasari, sama ada anak atau cucunya,” katanya.


Sementara itu, pakar motivasi, Datuk Dr Fadzilah Kamsah berkata, kejadian cucu memukul nenek sendiri berlaku mungkin disebabkan kurang atau tiada aktiviti keislaman dalam sesebuah keluarga.


“Setiap kejadian pasti ada punca dan situasi cucu memukul nenek mungkin boleh berlaku akibat didikan yang salah daripada kedua-dua orang tua serta pergaulan yang tidak sihat sehingga mendorongnya bertindak kasar.

“Mungkin juga kejadian berpunca disebabkan cucu berada dalam keadaan tidak normal iaitu rohaninya sakit seperti mengalami masalah mental atau masalah ketagihan di luar kawalan.

“Seharusnya ibu bapa memperbanyakkan bacaan al-Quran, solat sunat dan hajat, mengadakan majlis kesyukuran di rumah serta kurangkan menonton televisyen dan melayari internet,” katanya ketika dihubungi.


2 Comments:

  • 8 Jun 2012 pada 10:41 PTG
    Unknown says:

    Ya allah..apa nak jadi lah dengan zaman sekarang nihh..kesian nenek tu :'(

  • 11 Jun 2012 pada 12:48 PTG
    Spanar Buruk says:

    @Miftahul Raudhah

    tu la tak psal2 je dia yang tak bersalah kena..apa nak jadi la manusia zaman sekarang ni tak reti berfikir yang mana betul dan salah..thanks miftahul 4 da comment =)

Blogger Chat Room


Mari Tukar Link

Samseng FaceBook


Ai, Takkan Tengok Je.:)
 

~Spanar Buruk~ Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger