HOT NEWS

Pelanggan Tetap Spanar Buruk

Isnin, 19 Mac 2012

Jerawat - Besarkah Masalah Itu?..

,
Assalamualaikum semua..Ermm,muka berjerawat..Masalah sangat ke bagi orang yang tak pernah tumbuh jerawat kat muka sendiri?..Hbis kalau nak tumbuh jugak,takkan nak menjerit sampai satu alam dengar..Selalunya macam tu la kita nampak kan kalau tengok orang yang tak pernah ada jerawat,tiba-tiba je ada jerawat..Menjerit macam la dunia ni nak terbalik..Sepak je muka orang mcam tu..

Beb,semua orang akan kena jerawat la..korang ingt artis u takde jerawat ke kat muka mereka?..Kalau korang tengok betul-betul,ada punya Cuma nak tutup sekarang senang je,pakai make up tebal kasi tutup jerawat..Kan ada bedak berlambak kat pasaran utk tutup jerawat tu..


Spanar Buruk pun tak lari dari perkara ni..Muka Spanar Buruk pun takde la clear mana sangat..Nak tau tak Spanar Buruk ada jerawat tempek sana-sini..Macam-macam cara Spanar Buruk cuba untuk hilangkan tapi tak hilang..Haish,mcm mana la ai na tawen nanti na naik pelamin..

Tapi Spanar Buruk tak kisah semua tu..Spanar Buruk tak kisah muka Spanar Buruk berjerawat ke hape..Bak orang kat jangan hanya memandang luaran tapi pandangla dari hati org tu..Jadi korang semua tengok la hati Spanar Buruk,belah tengok hati ada cantik tak..Hehehehehe..Kang takde lagi la Spanar Buruk kalau korang belah hati Spanar Buruk..

Kesian ada tu Spanar Buruk tengok,ada sesetengah lelaki (bukan semua lelaki maksud Spanar Buruk) sanggup batalkan pertunangan atau perkahwinan mereka hanya sebab bakal bini tak cantik..Helllooooooo cantik tak blh bawak ke mati la..Nanti dah tua pun kerepot gak la muka kau wahai lelaki..Tak yah nak memilih sangat..Pantang Spanar Buruk dengan orang macam ni la..


Pastu kesian kat perempuan tu ada yang sanggup tak mahu keluar rumah dan terperap kat dalam bilik sebab segan dan malu nak berjumpa orang akibat parut dan jerawat..Jangan terlalu fikirkan sangat tentang perkara tu gurl..Tapi penting juga muka nak kena bersih..Yela mana taknya,nak nak pulak bila tiba hari bersejarah especially masa nak kawen,penting sangat muka nak kena clear..Tapi tak pe,kan ada banyak cara boleh buat kalau last2 minit ni..Jerawat,just think positive k..Ia menandakan dirimu dah matang dan dah besar..Jangan hanya kerana jerawat,membuatkan dirimu sengsara ok..Be strong always ye wahai gurl dan lelaki-lelaki yang ada jerawat tu..

Okayla,setakat ini sahaja perkongsian Spanar Buruk dengan semua..Jumpa lagi pada waktu dan hari yang lain..Jaga diri baik2 tau..Sayang smua org muah muah muah..
Read more

Jumaat, 16 Mac 2012

Freaky Friday ~ Menyampah Sangat Aku Dengan Orang Macam Ni..

,
Bengang bengang bangang betol la,haip kang aku tembak baru tau..Ada otak tapi takde akal..Apa punya orang la..Humban dalam gaung kang baru padan muka..Jahat jahat jahatttttnnnnyyeeerrr..Geram geram garam wargggghhhhhhhh..Ok dah selesai marah..



Spanar Buruk marah apa tu?..Spanar Buruk membebel kat sape tu?..Spanar Buruk cakap dengan sape tu sampai nak humban segala?..Mak aih garangnyer Spanar Buruk kita ni..Tak padan dengan duduk kat bengkel..Memarah lak dia tu..Dah la tak bagi salam..


Maafkan Spanar Buruk ye semua..Assalamualaikum ya ahli blogger..Nak tau tak semua nape Spanar Buruk marah2 ini hari?..Nak tau tak dengan siapa Spanar Buruk bebel ni?..Cer teka cepat,cer teka..Kalau betul,Spanar Buruk bagi top up singgit share kredit dengan Spanar Buruk..Ok la tu kan Spanar Buruk baik hati ni..Dah dah Spanar Buruk,g balik kat topic asal nape kamoo tu marah..

Spanar Buruk marah betul kat orang-orang yang suka buat sihir menyihir ni..Geram sangat dengan orang macam tu..Ape kes korang nak sihirkan orang ni?..Apa faedahnya?..Apa bagusnya sihir ni segala?..Tak payah la buat,susahkan orang yang kena sihir tu je..Kesian kat orang yang kena tu..Hari tu Spanar Buruk tengok tibi cerita Khurafat..Kesian Spanar Buruk tengok kat orang yang kena sihir tu..Walaupun dia Cuma lakonan,tapi Spanar Buruk kasihan kat orang yang kena tu..Ada ke patut katak pun jadi mangsa orang penyihir tu?..


Contoh bukan sekadar cerita tu je malah kat luar dan sekeliling kita ni..Spanar Buruk tengok berapa ramai orang yang terkena sihir,santau apa segala ni kadang-kadang ada yang membawa kesakitan diorang tu sampai ke akhir hayat mereke..Kalau pada yang dah sembuh,Alahamdulillah..Mudah-mudahan terhapus segala dosa orang yang terkena sihir tu..

Kalau geram dengan seseorang tu pun janganla nak sihirkan apa segala..Siapa kita ni untuk buat mcam tu kat orang..Takde gunanya kita lakukan mcam tu sebab orang yang lakukan perkara keji macam tu,takkan dapat apa2..Takde orang pun nak bangga..Dosa lagi bertambah kat bahu mereka dan ada Spanar Buruk dengar,siapa yang terkena sihir,orang terkena sihir tu akan dapat segala pahala daripada segala apa kebaikan dan kebajikan yang orang menyihir tu buat..Betul ke tak apa yang Spanar Buruk tau ni?..Kalau tak betul,minta diperbetulkan..


Spanar Buruk kat sini bukan la nak cerita jenis sihir dan lain-lain berkaitan sebab Spanar Buruk tak berapa arif tentang ni..Spanar Buruk Cuma nak kongsi dengan kawan-kawan blogger sekalian tentang apa yang Spanar Buruk rasa ni walaupun tak terkena pada Spanar Buruk dan minta-minta dijauhkan dari terkena sihir ni..


Baikla semua,setakat ini dahulu perkongsian Spanar Buruk dengan kawan-kawan semua..Sabar Spanar Buruk sabar jangan marah sangat nanti pasangan awak lari kalau awak suka marah..Jumpa lagi di episod akan datang dengan entry baru dan ehem-ehem baru..Hahahah,arigato haip..

Read more

BCR Kontest 2# | How I Met BCR

,
Assalamualaikum semua..Hola hola Spanar Buruk in da bengkel..Apa celop pulak Spanar Buruk dalam umah..Sah sah la Spanar Buruk ,mesti la ada dalam bengkel..Apa khabar semua yang kusayangi dan ku rindui..Spanar Buruk sebenarnya tak de idea sangat untuk join kontes anjuran Blogger Chat Room @ BCR pada kali ini..Rasa mati kutu,mati akal,mati otak (boleh tak cakap mati otak?..hahahaha)..Tapi memandangkan ni la perangai sebenar Spanar Buruk untuk pengetahuan semua bahawa Spanar Buruk suka join kontes pada minit-minit terakhir (macam dalam perlawanan bola sepak pulak),Spanar Buruk just masuk dan hantar penyertaan untuk memeriahkan majlis..Kalau tak menang pun takpe la,just try je hehehe..


1)Macam Mana Spanar Buruk Meet Blogger Chat Room @ BCR.
Berbalik kepada tajuk utama iaitu Contest How I Jumpa Blogger Chat Room @ BCR ni (eh eh tuan penilai,boleh tak ai celup-celup bahasa?..Ah ai peduli hape yu tak bagi ke hape,ai nak celup-celup gak hahaha),macam mana Spanar Buruk jumpa Blogger Chat Room @ BCR ni?..Macam mana la Spanar Buruk boleh terjumpa eh dan bila masa Spanar Buruk jumpa Blogger Chat Room @ BCR ni?..Tah la eh,Spanar Buruk tak ingt la sebenarnya macam mana Spanar Buruk jumpa Blogger Chat Room @ BCR ni..Seyes memang tak ingt sebab perkara ni dah lama la huhuhu dan Cuma yang Spanar Buruk ingt,Spanar Buruk terus je register dalam Blogger Chat Room @ BCR  dan terus jadi nickname budak kedah(masa pertama kali jumpa Blogger Chat Room @ BCR..Maafkan Spanar Buruk ye pada sesiapa yang eksited sangat nak tau when Spanar Buruk meet Blogger Chat Room @ BCR..


2)Pengalaman Manis Bersama Blogger Chat Room @ BCR.
Nak dipendekkan cerita,sebenarnya terlalu banyak pengalaman pahit manis yang Spanar Buruk lalui semasa hayat Spanar Buruk bersama dengan para Geng Blogger Chat Room @ BCR tapi memandangkan tuan admin hanya mahukan cerita yang menggumbirakan mereka,simpan dalam peti sejuk ajelah yer cerita pahit tu muahahahaha..Simpan je cerita tu dalam peti sejuk sampai jadi sejuk pastu sampai jadi beku dan keras kejong..Bila ada kontes Blogger Chat Room @ BCR yang minta cerita tentang cerita pahit tu,baru Spanar Buruk keluarkan dari peti sejuk dan cairkan hahahaha..


Nak tau apa pengalaman paling manis Spanar Buruk bersama dengan Blogger Chat Room @ BCR ni?..Nak cerita tentang gathering Blogger Chat Room @ BCR ,Spanar Buruk tak pernah join pun huhuhu..Cuma tengok gambar-gambar yang Geng Blogger Chat Room @ BCR post kat entry memasing je tapi its okay je..Spanar Buruk punya pengalaman paling best adalah masa kena jadi bahan sebab desperado oleh seseorang (nak tau siapa seseorang tu,baca entry ni sampai habis)..Mungkin korang ingt apa kes Spanar Buruk ni letak perkara tu sebagai pengalaman best dia?..Giler je hape dia ni..


Tapi inilah perkara paling manis bagi diri Spanar Buruk kerana dengan gelaran tersebut la ramai jugak Geng Blogger Chat Room @ BCR yang mengenali Spanar Buruk..Dari mula-mula tak knal dan tak berapa knal siapa budak kedah,akhirnya boleh kenal jugak Spanar Buruk @ budak kedah..Nak tau siapa yang panggil?..Tak salah Spanar Buruk ialah feeza macho (feeza,kalau kamu baca entry ni,baik komen segera selepas habis baca entry ni untuk pastikan apa yang Spanar Buruk kata ni adalah betul atau tak)..Mungkin itu adalah kenangan best Spanar Buruk bersama Geng Blogger Chat Room @ BCR..Tapi tu tak bermakna dengan yang lain tu tak best..

Kalau nak bagi detail setiap seorang,alamaknye smpai bulan depan tak habis lgi dan Alhamdulillah sampai sekarang Spanar Buruk masih diingati ahli-ahli lama Blogger Chat Room @ BCR walaupun dengan suka-suka tapak kaki Spanar Buruk je nak masuk ke tak dan adakala tu makan masa sampai seminggu dua tak masuk..Ala baru smgu dua je,nanti nak buat sebulan la tak masuk..Hahahah biar seme orang rndu kat Spanar Buruk..Macam la Spanar Buruk ni retis hohohohoho horlicks..Thanks pada yang ingt Spanar Buruk ni ye,sayang semua orang termasuk orang baru skali..


Baiklah,sebelum Spanar Buruk mengakhiri topik pada hari yang berbahagia ini,Spanar Buruk dengan penuh rasa hormat dan bangga diri mahu mengetag (atau dalam bahasa melayunya ermmm ala korang cari la sendiri apa dia) ,Spanar Buruk nak tag mereka dan Spanar Buruk nak mengundurkan diri buat sementara waktu (kalau mereka dah join dahulu,maafkan Spanar Buruk ye):

Gemok Itu Menarik                                                                                                                                                                                                                                                          Ungu Budak Baik Hati                                                                                                                                      Syaf @ Retis Puisi
Read more

Khamis, 15 Mac 2012

Spontaneous Thursday : Maafkan Saya..Saya Sebenarnya..

,

Assalamualaikum semua..Hai hai hai,lama betul Spanar Buruk tak buat entry..Rasanya pada entry-entry lepas tu pun,Spanar Buruk dah tau korang semua boring kan nak baca..Bila klik link blog Spanar Buruk,balik-balik tengok entry lama je..Bosan betul bila masuk blog Spanar Buruk ni..Pastu mesti asyik terfikir bila la Spanar Buruk nak buat entry baru ni..Ada rasa macam nak tampar tak muka Spanar Buruk ni kalau korang terjumpa Spanar Buruk?..Hahahaha,ada bran?..Eh silap silap,ada berani ke nak tampar?..Hahahahaha(gelak orang penuh kejahatan).


Sebenarnya atas kesibukan dan kepeningan Spanar Buruk dan almaklumla lagipun dah masuk tahun baru ni,rasa malas dan kepemalasan melampau Spanar Buruk nak buat entry tu terlalu nampak sangat sampai Geng Blogger Chat Room pun menanyakan soalan yang rasa macam nak lari pastu terjun gaung je..Soalan mereka berbunyi….eh eh soalan ada bunyi ke kalau taip?..


Mana bunyinya tak dengar pun..Hahahaha abaikan je lawak vengong tu..Soalan mereka pun tak berbunyi “wei Spanar Buruk,bila ko nak buat entry ha?!!!!!!!!!!!!!!!boring pastu tension gila aku bila bukak blog ko ni..takde entry baru ke?!!!!!!!!!!!!!!!!rasa macam nak je tempeleng muka ko kalau aku jumpa ko..tikam kang blog ko ni..eh eh ayat last tu sebenarnya Spanar Buruk tambah je muahahahaha..


Spanar Buruk tak nak buat topik apa-apa pada hari ni..Saje je nak buat ayat pemanis bicara supaya takde la orang marah Spanar Buruk yang cantik ni..Saje tak mahu bagi topik apa-apa hari ni hahaha..Pada entry-entry akan datang baru la ada topik-topik yang khusus untuk kita bincangkan ye..Jangan marah Spanar Buruk ok..

Spanar Buruk banyak idea untuk buat entry tapi kerana tugas yang tidak mengizinkan Spanar Buruk untuk meneruskan Spanar Buruk menaip entry,jadi semua idea hilang begitu sahaja..Aik macam iklan roti,oooo gardenia sugguh enak dimakan begitu saja..Apa pun,nantikan je entry-entry dari Spanar Buruk selepas ini ye..

InsyAllah lepas ni Spanar Buruk akan merajinkan diri untuk buat entry ye semua kawan-kawanku..Sila la marahkan diri Spanar Buruk ni,nak tembak Spanar Buruk pun boleh(haip angguk macam orang Jepun angguk)..Apa-apa je Spanar Buruk ni kan?..


Ok la semua,Spanar Buruk nak berangkat ni..Nak berangkat pakai kaki je la sebab moto ada kat bengkel sendiri (rosak sebab lama tak start,ada dlm 3 atau 4 bulan)..Jumpa lagi pada episod akan datang ye,dah macam cerita kat tv la pulak..Ok la,bye dan jaga dri baik2 ok..Muah muah muah muah..
Read more

Jumaat, 13 Januari 2012

Sesuatu Yang Mengejutkan Dalam Lagu Malaysian Boy

,
Assalam semua..Selamat tengah hari..
Rasanya lama spanar tak muncul di dunia blogging ni kan?..
Spanar dah tak tau nak update entry apa lgi ni..
By da way,spanar nak share something dengan korang pada yang tak tau lgi..
Pada yang dah tau tu,harap maklum la ye..

Bukan apa,tdi spanar saje la buka Youtube,
saje nak layan lagu sementara tengah takde pape ni..
Spanar buka lagu Malaysian Boy nyanyian  Altimet, DJ Fuzz, Ila Damiaa, Point Blanc, Rabbit Mac pastu bila tgah dgr lagu tu,spanar tertengok kat sidebar,
ada share video something yg interesting tentang lagu Malaysian Boy..




Tapi sebelum tu,spanar nak korang pun layan lagu Malaysian Boy kat bawah ni sebelum spanar share sesuatu yg menarik tentang video yg spanar nak bgi jap lgi..


Ok,dah hbis hayati lagu tu?..Suka tak lgu tu?..Best kan?..
Proud To Be Malaysian la geng..Ok spanar tak mau bebel panjang lebar..
Spanar nak korang tengok betul-betul dalam video Malaysian Boy ni ada sesuatu yang menarik..
Nak tau apa yang menarik,
klik la video kat bawah untuk tengok pastu drop komen kalau rajin k..



Ok dah tengok habis ke belum?..Hahahahaha..
Apa yang korang boleh tengok dalam video tu?..
Apa yang menarik dalam video tu?..Komen la jangan tak komen ye..
Spanar pun terkejut bila tengok balik video tu betul2..

Ok la,spanar nak share tu buat masa ni dengan kawan2..Bye..
Read more

Blogger Chat Room


Mari Tukar Link

Samseng FaceBook


Ai, Takkan Tengok Je.:)
 

~Spanar Buruk~ Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger