HOT NEWS

Pelanggan Tetap Spanar Buruk

Selasa, 2 Ogos 2011

Tips Kawalan Dan Cara Memegang Kamera Dengan Betul

,
Assalam semua..hari ni spanar nk share tips dan rahsia memegang kamera dengan betul..Selalu spanar tgk macam2 cara orang pegang kamera sampai senget badan pun ada..Ada yang spanar tengok macam dah professional..Ada yang spanar tengok macam takut2 dengan kamera tu..hehehe..Spanar bukan nk kritik cara kamu semua pegang kamera ok tapi kat sini spanar cuma nk bagi tips untuk kawalan dan cara memegang kamera dengan betul..

Nak pegang kamera pun kena pndai,bukan asal tangkap siap pastu cuci gambar..Kadang2 korang semua sedar tak adakalanya cara korang pegang kamera tu tak betul walaupun pada hakikatnya korang rasa itu cara terbaik pegang kamera..Pada yang tau tu,ok la tapi pada yang tak tau,spanar nk bagi tips sikit..Kat bawah ni spanar nk bagtau cara mengawal kamera dengan betul dan cara memegangnya dengan betul..baca untuk tambah pengetahuan..

Tips Kawalan Kamera Dengan Betul
 
 
1)Kamera hendaklah dipegang dengan cermat dan berhati-hati kerana kesan gegaran,ketukan dan hentakan yang kuat akan merosakkan kamera dan lensa yang digunakan.Gegaran kuat pada lensa akan menyebabkan kedudukan kanta dalam lensa menjadi tidak stabil..Akibatnya imej yang dirakam tidak lagi menjadi tajam dibahagian tertentu sama ada di tengah,kiri atau kanan imej yang dirakam.

2)Elakkan kamera terdedah kepada sinaran cahaya matahari yang berpanjangan begitu juga elakkan kamera daripada terkena habuk dan debu.Pancaran matahari secara terus ke LCD menyebabkan ia gagal berfungsi dengan baik dan tulisan di dalamnya akan menjadi kabur.Untuk menghilangkan habuk dan kekotoran yang melekat pada lensa,gunakan berus pembersih (blower brush),kain lembut atau cecair pembersih yang dibuat khas untuk peralatan kamera.
 
3)Elakkan terkena hujan atau memegang kamera dengan tangan basah bagi mengelakkan litar pintas (short circuit)pada panel penting yang ada pada bahagian badan kamera.
 
4)Apabila tidak menggunakan kamera atau lampu denyar(flash)dalam jangka waktu yang agak lama,keluarkan bateri yang ada di dalamnya untuk mengelakkan kerosakan pada sistem peranti elektroniknya.
 
5)Elakkan kesan jari finger(finger print)pada cermin lensa.Kesan cap jari mengandungi unsur minyak yang boleh merosakkan lapisan coating atas cermin lensa yang begitu sensitif.Untuk mengelakkan risiko kecacatan lapisan coating,gunakan filter (penuras)bagi mencegah calar pada permukaan cermin hadapan lensa.Selalunya penuras yang digunakan ialah UV(Ultra Violet),skylight atau penuras jenis 1A atau 1B.

Cara Memegang Kamera Dengan Betul
 
 
 
1) Kedudukan badan yang stabil aakn memastikan kesempurnaan dan mutu gambar yang dirakamkan.Posisi tangan dan kaki boleh mengurangkan gegaran atau goncangan pada kamera,begitu juga teknik menahan nafas sebelum menekan butang shutter.

2)Gunakan tangan kiri untuk memegang kamera atau pergelangan lensa dan tangan kanan untuk mengawal setting atau menekan butang shutter.Kedua-dua siku dirapatkan ke badan bagimenguatkan lagi keseimbangan kamera yang dipegang.

3)Pastikan tangan tidak mengepak bila mengambil gambar,memegang kamera dengan sebelah tangan atau meletakkan tangan kiri di atas lensa kerana cara ini boleh menambahkan lagi bebanan kamera yang dipegang menjadi tidak stabil,boleh bergoyang atau bergegar.
 
 
 

4)ketika mengambil gambar,pastikan juga tali kamera disangkut ke leher kita dan dililit sedikit pada tangan bagi mengelak kemungkina kamera dari terjatuh.

5)Jika mengambil gambar cara berdiri,kaki kiri diunjurkan sedikit ke depan seolah-olah sedang memasang kuda-kuda supaya imbangan badan menjadi stabil dan kita tidak mudah tumbang bila mengambil gambar.

Ok,sekian itu sahaja spanar nak share kali ni..semoga kita berjumpa lagi..

 
Read more

Sabtu, 30 Julai 2011

~GA Saya Nak FM Ni~

,
Assalam semua..tadi g godek2 blog orang jap pastu terjumpa Blog Akak Akiratoriza Nak Bagi Hadiah..so apa lagi,dengan muka tak segan silu beta mengumumkan bahawa beta yang bernama Spanar Buruk mahu join GA Saya Nak FM Ni anjuran Akak Akitoriza..hehehehehe..




Spanar Buruk nak Fridge Magnet tu saya nak gak tak kira..dah la susah nak dapatkan Fridge Magnet tu..Spanar Buruk tak penah g jalan mana-mana pun..pe tah lagi nak beli cenderamata,semua harapkan orang je..


Kerana kecomelan dan kekiutan Fridge Magnet tu la membuatkan Spanar Buruk jadi terpikat dan tanpa fikir panjang,Spanar Buruk terus meletakkan diri sebagai peserta untuk Kontes Akak Akiratoriza tu..

Spanar Buruk tak mau citer pnjang lgi dan dengan ini Spanar Buruk nak ngetag kawan baik Spanar Buruk dengan memaksa mereka mengejoin GA Fridge Magnet ini..Mangsa yang bertuah itu adalah :





p/s : harap-harap ada chance nak menang..orang yang tak penah dapat Fridge Magnet didahulukan,Orang yang penah dapat dikemudiankan..




Read more

Rabu, 27 Julai 2011

Wordless Wednesday #6

,

adalah hari di mana setiap blogger 
hanya perlu meletakkan gambar 
di dalam entry mereka tanpa 
perlu menceritakan apa pun tentang gambar itu..
Biar gambar yang menceritakan segalanya..



Read more

Selasa, 26 Julai 2011

SEGMEN ILMIAH : JOM BERKONGSI HADIS BERSAMA-SAMA

,
Assalam semua..akhirnya dan akhirnya spanar tak sangka dapat juga peluang untuk mengejoin segmen yang dibuat oleh Blogger Artis Yang Pemes di abad ini iaitu Brother Sapik Mokhtar..terharunya rasa dapat juga meluangkan masa untuk mengejoin segmen beliau ni..kredit to Brother Sapik Mokhtar kerana sudi mengajak blogger picisan seperti spanar untuk menngejoin segmen ini..

 

Brother Sapik Mokhtar minta kita buat sedikit entry tentang hadis jadi spanar rasa terpanggil untuk join segmen Brother Sapik Mokhtar pada kali ni..spanar nk share beberapa potong hadis mengenai Sedekah yg spanar rasakan bersesuaian untuk dikongsi dengan kalian semua bersempena dengan bulan Ramadhan yang bakal menjelang ini.

Kat bawah ni ada beberapa potong hadis tentang Sedekah yang spanar dapat cari dan sesuai untuk dishare dengan kalian semua:

Hadis-1


[Mafhumnya] Orang yang mengusahakan bantuan (pertolongan) bagi janda dan orang miskin ibarat berjihad dijalan Allah dan ibarat orang solat malam. Ia tidak merasa lelah dan ia juga ibarat orang berpuasa yang tidak pernah berbuka.
(Hadis Riwayat Oleh : Imam Bukhari)
 

Hadis-2

[Mafhumnya] Barangsiapa ingin doanya terkabul dan dibebaskan dari kesulitannya hendaklah dia mengatasi (menyelesaikan) kesulitan orang lain.
(Hadis Riwayat Oleh : Imam Ahmad)
 

Hadis-3
 
[Mafhumnya] Bentengilah hartamu dengan zakat, ubati orang-orang sakit (dari kalanganmu) dengan Bersedekah dan persiapkan doa untuk menghadapi datangnya bencana.
(Hadis Riwayat Oleh : Imam Ath-Thabrani)

Ok2,spanar nk tag kawan2 baik 
spanar yang spanar sayang sangat ni..
orang2 yang terpilih itu ialah jeng jeng jeng :





Read more

Isnin, 25 Julai 2011

2nd GA Pearl bY mOoN

,
Assalam semua..hari ni spanar nk join GA Akak Moon syg pulak..terima kasih kat Akak Moon syg sebab sudi membuat Giveaway ni dan sudi mengetag adik spanar untuk mengejoin Giveaway 2nd GA Pearl bY mOoN akak ni..hehehehe...Kalau ada sesiapa yg nk mengejoin Giveaway 2nd GA Pearl bY mOoN ni,korang klik je kat tajuk yang besar gedabak kat bawah ni..



Soklan kenapa spanar nk mengejoin Giveaway 2nd GA Pearl bY mOoN ni?..why why why?????..sebab spanar nak menang mutiara yang akak janjikan tu la..tu la perkara utama spanar nk..dari hari tu akak cakap nk bgi mutiara dan cakap nk buat giveaway kan,jadi spanar tunggu je la entry akak untuk Giveaway ni..dah lama spanar tak dpt mutiara tau kak..sedih ni..ni nowat akak blh tak sbb nk dapatkan mutiara tu..hehehehe...

Ok2,spanar tak mau citer pnjang..spanar nk ngetag kawan2 spanar yang baik hati ni iaitu jeng jeng jeng:


p/s : Tarikh akhir untuk join Giveaway ni adalah pada 17 Ogos 2011 ni..Harap Maklong ye semua..
Read more

Blogger Chat Room


Mari Tukar Link

Samseng FaceBook


Ai, Takkan Tengok Je.:)
 

~Spanar Buruk~ Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger