Assalam semua..hari ni spanar nk share tips dan rahsia memegang kamera dengan betul..Selalu spanar tgk macam2 cara orang pegang kamera sampai senget badan pun ada..Ada yang spanar tengok macam dah professional..Ada yang spanar tengok macam takut2 dengan kamera tu..hehehe..Spanar bukan nk kritik cara kamu semua pegang kamera ok tapi kat sini spanar cuma nk bagi tips untuk kawalan dan cara memegang kamera dengan betul..
Nak pegang kamera pun kena pndai,bukan asal tangkap siap pastu cuci gambar..Kadang2 korang semua sedar tak adakalanya cara korang pegang kamera tu tak betul walaupun pada hakikatnya korang rasa itu cara terbaik pegang kamera..Pada yang tau tu,ok la tapi pada yang tak tau,spanar nk bagi tips sikit..Kat bawah ni spanar nk bagtau cara mengawal kamera dengan betul dan cara memegangnya dengan betul..baca untuk tambah pengetahuan..
Tips Kawalan Kamera Dengan Betul
1)Kamera hendaklah dipegang dengan cermat dan berhati-hati kerana kesan gegaran,ketukan dan hentakan yang kuat akan merosakkan kamera dan lensa yang digunakan.Gegaran kuat pada lensa akan menyebabkan kedudukan kanta dalam lensa menjadi tidak stabil..Akibatnya imej yang dirakam tidak lagi menjadi tajam dibahagian tertentu sama ada di tengah,kiri atau kanan imej yang dirakam.
2)Elakkan kamera terdedah kepada sinaran cahaya matahari yang berpanjangan begitu juga elakkan kamera daripada terkena habuk dan debu.Pancaran matahari secara terus ke LCD menyebabkan ia gagal berfungsi dengan baik dan tulisan di dalamnya akan menjadi kabur.Untuk menghilangkan habuk dan kekotoran yang melekat pada lensa,gunakan berus pembersih (blower brush),kain lembut atau cecair pembersih yang dibuat khas untuk peralatan kamera.
3)Elakkan terkena hujan atau memegang kamera dengan tangan basah bagi mengelakkan litar pintas (short circuit)pada panel penting yang ada pada bahagian badan kamera.
4)Apabila tidak menggunakan kamera atau lampu denyar(flash)dalam jangka waktu yang agak lama,keluarkan bateri yang ada di dalamnya untuk mengelakkan kerosakan pada sistem peranti elektroniknya.
5)Elakkan kesan jari finger(finger print)pada cermin lensa.Kesan cap jari mengandungi unsur minyak yang boleh merosakkan lapisan coating atas cermin lensa yang begitu sensitif.Untuk mengelakkan risiko kecacatan lapisan coating,gunakan filter (penuras)bagi mencegah calar pada permukaan cermin hadapan lensa.Selalunya penuras yang digunakan ialah UV(Ultra Violet),skylight atau penuras jenis 1A atau 1B.
4)Apabila tidak menggunakan kamera atau lampu denyar(flash)dalam jangka waktu yang agak lama,keluarkan bateri yang ada di dalamnya untuk mengelakkan kerosakan pada sistem peranti elektroniknya.
5)Elakkan kesan jari finger(finger print)pada cermin lensa.Kesan cap jari mengandungi unsur minyak yang boleh merosakkan lapisan coating atas cermin lensa yang begitu sensitif.Untuk mengelakkan risiko kecacatan lapisan coating,gunakan filter (penuras)bagi mencegah calar pada permukaan cermin hadapan lensa.Selalunya penuras yang digunakan ialah UV(Ultra Violet),skylight atau penuras jenis 1A atau 1B.
Cara Memegang Kamera Dengan Betul
1) Kedudukan badan yang stabil aakn memastikan kesempurnaan dan mutu gambar yang dirakamkan.Posisi tangan dan kaki boleh mengurangkan gegaran atau goncangan pada kamera,begitu juga teknik menahan nafas sebelum menekan butang shutter.
2)Gunakan tangan kiri untuk memegang kamera atau pergelangan lensa dan tangan kanan untuk mengawal setting atau menekan butang shutter.Kedua-dua siku dirapatkan ke badan bagimenguatkan lagi keseimbangan kamera yang dipegang.
3)Pastikan tangan tidak mengepak bila mengambil gambar,memegang kamera dengan sebelah tangan atau meletakkan tangan kiri di atas lensa kerana cara ini boleh menambahkan lagi bebanan kamera yang dipegang menjadi tidak stabil,boleh bergoyang atau bergegar.
4)ketika mengambil gambar,pastikan juga tali kamera disangkut ke leher kita dan dililit sedikit pada tangan bagi mengelak kemungkina kamera dari terjatuh.
5)Jika mengambil gambar cara berdiri,kaki kiri diunjurkan sedikit ke depan seolah-olah sedang memasang kuda-kuda supaya imbangan badan menjadi stabil dan kita tidak mudah tumbang bila mengambil gambar.
Ok,sekian itu sahaja spanar nak share kali ni..semoga kita berjumpa lagi..
hehehehe... tq sbk... nice entry