HOT NEWS

Pelanggan Tetap Spanar Buruk

Isnin, 9 Julai 2012

Kekuatan Sedekah

,
Diceritakan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Turmudzi dan Ahmad, seperti berikut : Tatkala Allah Ta’ala menciptakan bumi, maka bumipun bergetar. Lalu Allah menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata bumipun terdiam.Para malaikat kehairanan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka bertanya ”Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada gunung ?”


 Allah menjawab, ”Ada, iaitu besi” (kita mafhum bahawa gunung batupun boleh menjadi rata ketika dikorek/bore dan diratakan oleh buldozer atau sejenisnya yang dibuat dari besi),Para malaikat bertanya lagi ”Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada besi ?”Allah yang Maha Suci menjawab, ”Ada, iaitu api” (besi walau sekeras manapun boleh menjadi cair dan hancur setelah dibakar api),Para malaikat kembali bertanya ”Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api ?”Allah yang Maha Agung menjawab, ”Ada, iaitu air” (api membara sedahsyat apapun niscaya akan padam jika disiram air),Para malaikatpun bertanya kembali ”Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air ?”


Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab, ”Ada, iaitu angin”   (air disamudera yang luas akan serta merta terangkat, bergulung-gulung dan menjelma menjadi gelombang raksasa yang dahsyat, tiada lain kerana kekuatan angin. Angin ternyata memiliki kekuatan yang teramat dahsyat),Akhirnya para malaikatpun bertanya lagi ”Ya Allah, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dahsyat dari itu semua ?”Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab, ”Ada, iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya ”.


 Ertinya, yang paling hebat, paling kuat dan paling dahsyat sebenarnya adalah orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga sedekah yang dilakukannya bersih , tulus  dan ikhlas   tanpa ada unsur menunjuk-nunjuk ataupun supaya diketahui orang lain .Berkaitan dengan ikhlas ini, RasulAllah SAW mengingatkan dalam pidatonya ketika beliau sampai di Madinah pada waktu hijrah dari Makkah : ”Wahai segenap manusia ! Sesungguhnya amal itu tergantung kepada niat , dan seseorang akan mendapatkan (pahala) sesuai dengan apa yang diniatkannya” .Oleh kerana itu hendaknya kita selalu mengiringi sedekah kita dengan niat yang ikhlas hanya kerana Allah semata , tanpa berasa ingin dipuji, dianggap dermawan, dihormati, dll yang dapat menjadikan sedekah kita menjadi sia-sia.


Read more

Ahad, 8 Julai 2012

Mari Kita Kenali IBLIS Dengan Lebih Dekat

,
Nama sebenar : IBLIS LAKNATULLAH.

Nama glamour : hantu,syaitan,pelesit,jembalang,langsui dll

Kelahiran : Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s

Status diri : Fasik kelas pertama

Agama :   Kufur

Tempat Tinggal :   Di hati-hati mereka yang lalai

Alamat Tetap :   Neraka jahanam

Kawasan :   Di Setiap penjuru yang di dalamnya tiada usaha langsung untuk mengingati Allah


Arah perjalanan :   Tiada haluan dan bengkang-bengkok

Isteri :   Setiap wanita yang tidak menutup aurat, tidak mentaati Allah, Rasul dan suaminya

Kaum kerabat :   Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah

Tempat pertemuan :   Konsert-konsert hiburan,Pasar-pasar dan di semua tempat jual beli

Musuh ketat :   Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa

Sahabat karib :  Anak-anak Adam

Motto kerja :  ' Hipokrasi asas akhlak'

Hobi :  Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda manusia lalu menyesatkannya

Cita cita :  Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir



Sukan (yg tidak digemari) :  Acara Langkah seribu (Semasa Malaikat Maut ingin mencabut nyawa)

Kelemahan diri :  Bila Manusia membaca istighfar

Mentor yg dikagumi :  Manusia yg mempunyai berkelebihan lebih dari dirinya

Logo :  Sebarang tatu

Pejabat operasi :  Tandas, bilik air,  tempat yang bernajis dan kotor serta tempat-tempat maksiat

Rakan kongsi :  Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia

Sumber pendapatan :  Segala harta yang diperoleh dengan jalan haram dan riba

Jenis perkhidmatan :  Menggalakkan manusia mengerjakan kemungkaran dan derhaka terhadap Allah SWT

Tempoh perkhidmatan :  Sehingga hari khiamat


Matlamat Sebenar :  Membawa Anak cucu Adam bersama-sama ke Neraka Jahanam

Teman sejawat :  Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran

Ganjaran :  Dosa-dosa kecil/besar dan kemurkaan Allah

Pembantu setia :  Orang yang suka mengumpat, mencaci, memaki hamun, menghasut, pendengki dan pendendam

Peristiwa yg tak dapat dilupakan :  Allah menjadikan Nabi Adam a.s

Kenangan manis :  Di waktu manusia diambang shakratulmaut,  mati dalam kekafiran

Kenangan pahit :  Manusia yg digodanya mati dalam keimanan

Makanan kegemaran :  Daging orang mati, segala najis dan kotoran


Minuman yg digemari :  Wiski, brandi, teqila, todi, wine, arak dan semua minuman yg
memabukkan 

Yang paling ditakuti :  Orang mukmin yang bertakwa

Yang paling dibenci :  Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah

Alat perangkap :  Wanita-wanita cantik, model, pelacur, pragawati,dan sebagainya

Saat ajal :  Bila tiba waktu yang ditentukan Allah di hari kiamat kelak

Yg paling membosankan :  Bila tiada lagi manusia yg mahu mengikuti kemahuannya

Tugas yg paling meletihkan :  Menganggu manusia kearah kebaikkan kerana Allah Taala

Tugas yang paling disukai :  Mengajak melakukan Homoseks, lesbian dan berzina

Janji kepada manusia :  Janji janji kosong, angan angan dan tipu daya

Yang membuatnya gembira :  Manusia yg mengikut jejak langkahnya

Saat yg mendukacitakannya :  Manusia yg mempunyai cita cita untuk bertaubat

Yang membuatnya menangis :  Bila Manusia yg disayanginya sujud kepada Allah SWT 

Read more

Jumaat, 6 Julai 2012

Jangan Suka Mengeluarkan Perkataan “Saya Kecil Hati”

,
Membina personaliti yang menawan: 
Pernah dengar "Saya kecik hati dengan anda kerana ..... ................ ".. Buang lah perkataan kecil hati dari kamus hidup kita..

Jangan mempunyai hati yang kecil, jiwa yang kecil.. Sentiasa mempunyai hati(jiwa) yang besar.. Besar kan hati kita setiap hari.. Setiap hari kita bergaul dengan orang di sekeliling kita, kadang2 ada orang yang mengeluarkan kata2 yang menyinggung perasaan kita..

©       Kadang2 anda mendapat tahu ada orang yang mengata di belakang kita..

©       Kadang2 kita membuat sesuatu yang baik, tetapi orang tidak hargai kita..

©       Kadang2 ibu bapa memuji anak yang lain, tetapi lupa memuji kita..

©       Kadang2 kena marah dengan boss..

©   Kadang2 kawan terlupa nak menjemput kita ke birthday anaknya, memang betul2 terlupa, tertinggal nama kita..

©       Kadang2 kawan kita tak balas sms/inbox kita kerana bulan itu dia terSANGAT busy, atau tidak pergi jemputan birthday kita..


Apa sahaja yang berlaku dalam hidup kita, kita janganlah mudah mengambil hati.. Jangan keluarkan perkataan 'kecil hati' dari mulut kita atau walaupun dalam hati kita!.. Orang yang mudah kecil hati, jika selalu terasa...tersinggung.. penyakit itu boleh melarat jika tidak terkawal, mungkin boleh menjadi geram, memendam perasaan, stress, dan menjadi dendam..

Seharusnya, apa sahaja yang terjadi, katakan dalam hati, pujuk hati anda, katakan "tak apa, tak menjejaskan aku pun.. kerana aku mempunyai HATI yang besar.. Hati aku sentiasa semakin membesar dan bertambah besar setiap hari..." Amalkan ini... InsyaAllah...hati akan sentiasa gembira dan tenang....

Read more

Khamis, 5 Julai 2012

Legoland Nusajaya – Berbaloi Tak Nak Ke Sana?..

,
LEGOLAND MALAYSIA merupakan taman tema yang ke-6 di dunia dan merupakan LEGOLAND pertama di Asia. Ianya terletak di Medini, Nusajaya, Johor, Malaysia. Dengan keluasan 76 ekar, LEGOLAND Malaysia mempunyai lebih 40 jenis permainan, persembahan, dan tarikan. Taman ini dibahagikan kepada tujuh bahagian dengan tema yang berlainan. Antaranya:

§  MINILAND
§  THE BEGINNING
§  IMAGINATION
§  LEGO TECHNIC
§  LEGO KINGDOM
§  LAND OF ADVENTURE
§  LEGO CITY

LEGOLAND Malaysia mengumumkan tarikh pembukaan rasminya pada 15 September 2012 (Sabtu). Menariknya, pengumuman ini dilakukan di Vivo City Singapura. Mungkin strategi mereka adalah untuk menarik lebih ramai pengunjung dari negara jiran ini untuk berkunjung ke LEGOLAND Malaysia memandangkan kuasa berbelanja dan pastinya untuk bersaing dengan Universal Studio yang terdapat di Pulau Sentosa.

















Cantik tak legoland yang bakal dibuka pada bulan September ni?.. Jadi apa perasaan korang semua lagi-lagi warga Johor?.. Mesti korang semua teruja termasuk Spanar Buruk sekali tapi sayang ada 1 penghalang kenapa Spanar Buruk terpaksa batalkan hasrat nak masuk Legoland.. Nak tau sebab apa?..Cuba korang tengok di bawah ni..Di bawah ni merupakan senarai harga untuk masuk ke sana..


Dari sumber yang Spanar Buruk dapat la, itu adalah harga pass untuk masuk sana..Memang sampai bila-bila la Spanar Buruk takkan masuk ke sana.. Mahal woo.. Kalau g sorang tu okayla kot tapi kalau dah bawa saudara mara sekampung semua?.. Mana nak cekau duit nak bayar pass tu semua.. Alamaknya buat legoland sendiri belakang rumah je la..


Read more

Ahad, 1 Julai 2012

Spontaneous Sunday - Kisah Si Loyar Buruk Dan Kawan-Kawannya

,
Suatu malam, seorang budak loyar buruk sedang lepak sambil pekena nasi lemak dan teh tarik gelas besar bersama dua orang rakannya di mana seorang daripada rakannya mengaku bahawa dirinya kacak dan seorang lagi yang mengaku dirinya pandai di warung Mak Temah..Si Loyar Buruk cuba untuk menguji sejauh mana kemampuan doa orang kawannya itu dalam menjawab soalan yang diberikan olehnya..Jom kita ikuti selanjutnya perbualan di antara Si Loyar Buruk,Si Perasan Kacak dan Si Perasan Pandai.



Loyar Buruk : Wei perasan kacak dan perasan pandai, aku     nak tanya satu soalan ni..

Perasan Kacak & Perasan Pandai : Apa dia?..

Loyar Buruk : Kalau korang memang teramat pandai la, cuba bagitau kat aku apa Rukun Negara Malaysia (Si Loyar Buruk sudah mengetahui jawapan itu lebih awal)?..

Perasan Kacak dengan bagi muka bangga diri dan penuh kesungguhan terus menjawab soalan yang diberikan oleh Si Loyar Buruk tu..

Perasan Kacak : Eleh, senang je la kacang goring jek..Jap jap aku jawab dulu k.. Beriman kepada Allah, Beriman kepada Malaikat, Beriman kepada Kitab, Beriman kepada Rasul, Beriman kepada Hari Akhirat and last sekali Beriman kepada Qada’ dan Qadar..

Memang kembang kuncup la hidung Si Perasan Kacak tu menjawab dengan penuh keunggulan soalan daripada Si Loyar Buruk yang sedang tersengih macam siput sedut..Pastu tiba2 je belum sempat Si Loyar Buruk tu member ulasan, Si Perasan Pandai pun nak menjawab juga soalan daripada Si Loyar Buruk tu..


Perasan Pandai : Eh jap jap, aku pun nak jawab gak la soalan ko tu Loyar Buruk..Mana boleh Si Perasan Kacak je jawab..

Loyar Buruk : Ok la jawab cepat aku nak tengok betapa pandai ke tak korang berdua ni..

Perasan Kacak : Ehem ehem (sambil menunjukkan muka bangga)..Mengucap dua kalimah syahadah, solat 5 waktu, berpuasa di bulan ramadhan, menunaikan zakat dan last skali menunaikan haji bagi yang berkemampuan.

Si Loyar Buruk dah buat muka macam kerang busuk tersengih dengan jawapan kedua orang kawannya itu lalu memberi komen kepada dua2 jawapan kawannya..

Loyar Buruk : Ok dah?..Takde jawapan lain lagi yang korang nak bagi (sambil kedua-dua kawannya menggelengkan kepala tanda tiada jawapan lagi)?..

Perasan Kacak : Cepatla komen betul ke tak jawapan ktorang ni?..

Loyar Buruk : Ok2 sebenarnya jawapan korang ni semua salahhhhhhh!!!!!!..Yang ko Perasan Kacak, pesal ko bagi rukun iman dan ko pulak Perasan Pandai, nape ko bagi jawapan rukun iman?..Pastu buat muka bangga lak tu korang ni..Korang ni tak belajar Rukun Negara ke?..

Sambil Perasan Kacak dan Perasan Pandai membuat muka terkejut dan akhirnya akur dan malu dengan jawapan masing2, mereka terus bertanya kepada Si Loyar Buruk apa jawapannya..



Loyar Buruk : Jawapannya ialah Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang and last sekali Kesopanan dan Kesusilaan..Aku sebenarnya saje nak uji korang,nak tengok korang mampu tak jawab soalan aku ni (sambil tergelak2 kecil..Nak gelak besar takut orang sekeliling kata dia gila)..

Yang terkena dua orang tu terasa macam nak sekeh-sekeh je kepala Si Loyar Buruk tu tapi sudahnya mereka semua tergelak bersama..

Sekian, tamat.
Read more

Blogger Chat Room


Mari Tukar Link

Samseng FaceBook


Ai, Takkan Tengok Je.:)
 

~Spanar Buruk~ Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger