HOT NEWS

Pelanggan Tetap Spanar Buruk

Rabu, 13 Jun 2012

Memahami Konsep Doa Minta Allah Tunjukkan Kita Jalan Yang Lurus

,
Assalamualaikum semua para blogger yang dikasihi sekalian..Kali ni Spanar Buruk nak berbicara dan berkongsi tentang doa..DOA kadang-kadang minta lain tapi buat lain malah ada juga bertentangan dengan apa yang kita minta tapi kita sebut ‘aamiin’.Bila imam baca doa kita di belakang main sebut saja, aamiin tapi tak tahu dan tak faham apa yang imam baca. Doa sebenarnya permintaan, kalau kita meminta sesuatu kita mesti faham, barulah masuk ke hati dan sedar apa yang kita minta. Bila faham semasa berdoa sangat menolong kita mencarinya selepas berdoa dalam kehidupan seharian.Kalau main minta atau main angkat tangan saja sedangkan tak faham apa-apa boleh dianggap bermain-main dengan doa.




Sudah puluhan tahun kita meminta perkara sama tapi tak dapat-dapat. Sebenarnya bukan Allah tak perkenankan tapi kita sendiri yang hanya pandai minta tetapi tak pandai cari. Minta tapi tak cari sama seperti berangan-angan. Antara yang kita mesti minta setiap hari sebanyak 17 kali sehari semalam ialah ‘ihdinassiratal mustaqim’ ataupun maksudnya ‘ tunjukilah kami jalan yang lurus.’ Besarnya doa ini, kita diwajibkan membacanya setiap kali di dalam sembahyang sebanyak 17 kali sehari. Doa ini tidak didahulukan melainkan selepas kita memuji Allah dahulu bahawa segala pujian itu meliputi pada-Nya dan Dia adalah Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Besarnya juga doa ini ia tidak didahulukan melainkan kita berikrar mengaku sebenar-benarnya hanya Allah, Tuhan yang kita sembah dan tempat kita meminta pertolongan. Setiap hari minta ‘jalan yang lurus’. Tahukah kita apa jalan yang lurus itu? kalau tak tahu kena belajarlah sebab jalan yang lurus itu sangat penting. Sesetengah remaja hanya tahu jalan betul, jumpa jalan betul terus merempit. Orang Palestin mati di jalan Allah kita mati jalan raya.Kalau kita perhatikan sebaik sahaja kita meminta jalan yang lurus, ‘ihdinassiratal mustaqim’ Allah mentafsirkan jalan lurus itu Tuhan terangkan jalan yang Allah sudah berikan nikmat-Nya kepada orang-orang yang terdahulu. 


Siapakah orang-orang ini? Mereka adalah rasul, nabi, sahabat-sahabat dan aulia’. Mereka kekasih Allah, Tuhan yang menganugerahkan nikmat besar kepada mereka. Nikmat pula ialah nikmat iman, Islam dan ihsan. Hanya dengan jalan iman, Islam dan ihsan, barulah kita dapat mengikut jalan yang lurus, jalan yang sama dilalui oleh kekasih Allah iaitu rasul, nabi dan wali Allah. Mereka melalui jalan itu dan Allah tunjukkan jalannya. Maka yang kita minta itu adalah untuk mengikut jalan seperti mereka supaya kita benar-benar sampai kepada Allah. 

Jalan yang lurus itulah yang akan sampai kepada Allah. Selain itu, ada juga jalan tetapi tidak sampai kepada Allah. Allah terangkan lagi dalam surah Al-Fatihah, minta dijauhkan kita daripada dua jalan yang tidak sampai kepada Allah iaitu jalan orang yang Allah murkai dan jalan orang-orang yang sesat. Jalan orang yang Allah murkai adalah jalan orang-orang yang tidak percaya Tuhan seperti Namrud dan Firaun. Mereka menolak Allah dan mereka adalah orang yang mendapat laknat Allah. Jalan orang yang sesat pula ialah seperti Yahudi dan Nasrani (kristian). Walaupun mereka percaya Tuhan, tetapi jalan yang mereka lalui bertentangan dengan kehendak Tuhan. 


Justeru, mereka tidak akan sampai kepada Tuhan. Orang yang boleh sampai kepada Tuhan adalah orang yang mengikuti jalan lurus. Jalan itu ditempuh oleh rasul, nabi, sahabat, tabiin dan wali Allah sebelum ini. Maka, kita mengharapkan belas kasihan supaya Allah tunjukkan kita jalan yang sampai kepada-Nya. Dinyatakan tadi jalan itu adalah iman, Islam dan ihsan. Ketiga-tiganya adalah nikmat besar Tuhan kepada kita jika kita mendapatkannya. Namun, ketiga-tiganya mestilah difahami dan dihayati seterusnya menjadi amalan dan perjuangan hidup kita. 

Barulah kita mendapat jalan yang lurus. Kalau sekadar slogan atau cakap-cakap saja, itu dikira belum dapat lagi. Cubalah muhasabah diri kita sejauh mana kita bersungguh-sungguh ketika berkomunikasi dengan Allah. Paling kurang ayat al-Fatihah yang kita baca seharian, antara faham, kehendak dan realiti biarlah selari seiring dan sejalan. Fahamilah, hayatilah, amalkanlah serta perjuangkanlah!


Read more

Isnin, 11 Jun 2012

Memilih Kawan – Salah Pilih Kawan Boleh Memakan Diri.

,

Assalamualaikum semua..Remaja dan remaja,perkara yang membimbangkan dan seringkali kita melihat di mana sahaja mereka ini terjerumus dengan perkara yang berada di luar jangkauan kita sebagai rakyat Malaysia..Melihat gelagat remaja dewasa kini memang amat membimbangkan..Memang bukan semua remaja di negara kita bermasalah namun ramai remaja yang nampak tidak kena dengan cara dan perilaku mereka..Apa yang kita dapat lihat di sini,terdapat beberapa faktor yang membuatkan kita rosak,antaranya teman dan salah memilih sahabat..



Carilah teman baik yang dapat membantu kita kearah kebaikan..Teman paling baik juga ialah apabila kita melihat wajahnya, kita akan teringat kepada Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya kita akan sentiasa mengingati kepada mati.“Sebaik-baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (Hadis riwayat al-Hakim).Allah s.w.t mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, mereka tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari daripada berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. 



Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, mereka dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri sebagai seorang manusia normal. Itulah antara hikmah kenapa Allah mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah s.w.t dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain)..Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuan-Nya.” 



Dalam Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada sahabat yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi suka duka bersama kita dan tidak kurang juga sahabat yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan saja. Pendek kata, sahabat boleh menentukan corak hidup seseorang. 


Justeru, jika salah pilih sahabat pasti kita akan merana dan menerima padahnya..Selari dengan hadis Rasulullah yang bermaksud: “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (Hadis riwayat Abu Daud). Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.” Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut: 


  •   Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu. 
  •   Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu. 
  •   Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu. 
  •   Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik. 
  •   Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu. 
  •   Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya. 
  •   Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya. 
  •   Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu. 
  •   Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu. 
  •   Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu. 
  •   Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu. 
  •   Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan. 
  •  Dia membantu kamu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat 
  •   Dia mendorong kamu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. 


Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ibu bapa berhati-hatilah jika memilih sahabat kerana sahabat kita boleh bahagia dan sahabat juga mampu menjahanamkan kita. Berhati-hatilah atau tinggalkan saja sahabat seperti di bawah:

  • Ø  Sahabat yang tamak iaitu hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak dan mereka hanya mementingkan diri sendiri. 
  • Ø  Sahabat hipokrit iaitu menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal lampau, atau hal mendatang. Dia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong. Jika ada kesempatan membantu, dia tidak sanggup. 
  • Ø  Sahabat pengampu. Mereka setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah. Yang parahnya, dia setuju dengan hal yang dia tidak berani menjelaskan kebenaran. Di depan dia memuji dan apabila di belakang dia merendahkan diri atau mengkhianati amanah kamu. 
  • Ø  Sahabat yang boros dan suka berhibur. Golongan itu menjadi kawan jika kamu suka berpesta, berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya.
Okayla,setakat itu dulu perkongsian Spanar Buruk dengan kawan-kawan semua..Diharapkan agar kawan2 pandai dalam memilih sahabat ye..



Read more

Ahad, 10 Jun 2012

Lelaki Bila Mengalirkan Air Mata – Apa Yang Kamu Fikirkan?..

,
Assalamualaikum semua..Hari ni Spanar Buruk ada tajuk yang Spanar Buruk rasakan sesuai untuk Spanar Buruk kongsikan bersama dengan rakan blogger sekalian..Entri ini bukanlah bertujuan untuk menjatuhkan atau pun merendahkan martabat kaum ini,tetapi sekadar untuk pengetahuan dan perkongsian ilmu antara kita semua sebagai seorang hamba..Spanar Buruk sebenarnya tertarik pada topik yang dibincangkan di dalam Rancangan Bual Bicara Nasi Lemak Kopi O di TV9 pagi semalam berkisahkan tentang air mata seorang lelaki..


 Berbalik kepada tajuk yang hendak Spanar Buruk perbincangkan tadi,apa yang kamu fikirkan wahai seorang wanita apabila kamu berhadapan dengan situasi di mana seorang lelaki yang kamu harapkan akan menjadi kekuatan pada diri kamu mengalir air mata di hadapan kamu?..Sudah pasti ada juga di antara kamu yang mengatakan bahawa lemahnya dia menangis di hadapan kamu..Tapi perkara tu tak salah pun sebenarnya..Kena jugalah kita tengok pada tempat,masa dan perkara apa yang perlu si lelaki itu tangisi..Lelaki juga manusia wahai wanita,mereka juga pasti ada ‘soft side’ dalam hati mereka tu..Jadi tak salah mereka menangis..


Dulu,tak dinafikan Spanar Buruk juga pernah memeperlekehkan seorang lelaki bila dia menangis di hadapan Spanar Buruk..Spanar Buruk terfikir juga,apa la dia ni lemah betul nak nangis bagai ni cuba la kuatkan sedikit hati tu..Tapi setelah lama kelamaan Spanar Buruk didedahkan dengan situasi sebegini,barulah Spanar Buruk faham kerana lelaki tidak seharusnya perlu menunjukkan kekuatan mereka di khalayak semua sehingga cuba untuk menepis soft side mereka tu..


Lelaki bila mengalirkan air mata,tak semestinya mereka itu lemah sepanjang masa dan hanya tahu untuk menagih simpati dan perhatian dari orang lain serta tidak mempunyai kekuatan dalam diri mereka sendiri..Kena fikir juga la apa sebab mereka mengalirkan air mata,mungkin kehilangan ahli keluarga atau mereka mempunyai masalah yang tertentu yang dirasakan perlu untuk mereka menangis..Tak seharusnya kita perlu memperlekehkan seorang lelaki bila dia mengalirkan air mata..Bak kata orang,give and take each other is more better la kan?....Bila perempuan menangis,lelaki akan menyokong dan begitu juga lelaki bila mengalirkan air mata dan memerlukan sokongan,seorang perempuan itu perlu berada disisinya kan?..


Tapi kalau nak menangis hanya untuk perkara yang remeh temeh seperti ditinggalkan kekasih seperti mana seorang gadis atau menangis kerana diberhentikan kerja,itu tak sepatutnya berlaku..Mereka perlulah mengawal emosi mereka supaya orang di sekeliling tak perasan akan perkara itu..Kalau perempuan buat macam tu,dimaafkan la kot sebab diorang ni always soft je memanjang hehehe..


Okay la semua,cukup setakat ini sahaja..Tunggu entri dari Spanar Buruk pada masa yang akan datang pula..Rajin-rajinkanlah diri untuk komen berkenaan entri ni ye..Sambil-sambil tu korang cuba la cari tajuk yang korang rasakan sesuai untuk Spanar Buruk buat entri pada masa akan datang pula..Ada hadiah menanti korang yang bertuah tu..


Read more

Jumaat, 8 Jun 2012

Berdosa Kita Mengasari Orang Tua

,
KUALA LUMPUR: “Memukul nenek, hukumnya berdosa besar sama seperti mengasari dan menderhaka ibu bapa,” kata Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Noh Gadut mengulas kebiadaban seorang lelaki di Serian, Sarawak, yang menendang serta memijak neneknya hingga tangan wanita itu patah, selain lebam di beberapa anggota badan.

Menurutnya, kurang didikan yang sempurna daripada awal pembesaran anak punca utama berlakunya kejadian seperti itu sedangkan warga emas, apatah lagi darah daging sendiri sepatutnya dihormati, disayangi dan dilindungi.





SERIAN: Seorang nenek menerima penghinaan dan penganiayaan yang tidak pernah terfikirnya apabila disepak dan dipijak cucu sendiri hingga patah tangan kanan dalam kejadian di Balai Ringin, di sini.
Dalam kejadian jam 7.30 pagi 1 Jun lalu, warga emas berusia 87 tahun itu diserang cucu lelakinya yang berusia awal 20-an ketika dia memberi makan ayam peliharaan di halaman rumahnya.

Cucu mangsa bagaikan dirasuk apabila menyepak neneknya hingga tersungkur. 
Mangsa cuba bangun semula, tetapi belum sempat berbuat demikian, cucunya memijaknya beberapa kali.


Lelaki itu hanya menghentikan perbuatan zalimnya itu selepas mangsa menjerit kesakitan dan merayu tidak disakiti sebelum dia diselamatkan seorang ahli keluarga lain yang menyaksikan kejadian.

Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Superintendan Jamali Umi berkata, mangsa membuat laporan di Balai Polis Serian pada hari kejadian dan mengesahkan mangsa patah tangan kanan selain cedera di lutut akibat terjatuh, disepak dan dipijak.

Ikuti sambungan kisah ini di 
untuk mengetahui kisah selanjutnya..





Beliau berkata, ibu bapa lelaki terbabit perlu muhasabah diri dan bukan menjadi batu api melagakan anak dengan nenek sehingga tercetusnya pergaduhan.“Walaupun dalam apa juga keadaan dan masalah yang timbul, tidak seharusnya warga emas dikasari, sama ada anak atau cucunya,” katanya.


Sementara itu, pakar motivasi, Datuk Dr Fadzilah Kamsah berkata, kejadian cucu memukul nenek sendiri berlaku mungkin disebabkan kurang atau tiada aktiviti keislaman dalam sesebuah keluarga.


“Setiap kejadian pasti ada punca dan situasi cucu memukul nenek mungkin boleh berlaku akibat didikan yang salah daripada kedua-dua orang tua serta pergaulan yang tidak sihat sehingga mendorongnya bertindak kasar.

“Mungkin juga kejadian berpunca disebabkan cucu berada dalam keadaan tidak normal iaitu rohaninya sakit seperti mengalami masalah mental atau masalah ketagihan di luar kawalan.

“Seharusnya ibu bapa memperbanyakkan bacaan al-Quran, solat sunat dan hajat, mengadakan majlis kesyukuran di rumah serta kurangkan menonton televisyen dan melayari internet,” katanya ketika dihubungi.


Read more

Spanar Buruk Muncul Kembali Setelah Lama Meninggalkan Dunia

,
Wah opocot omak ekau..Ganas giler tajuk..Mesti korang semua terkujat dengan tajuk yang korang baca tadi kan?..Apa kena la dengan Spanar Buruk ni hehehe..Assalamualaikum para kawanku yang dikasihi..Apa khabar semua?..Sihat tak?..Sabar ye,jangan terkujat sangat dengan tajuk tu..Takde apa-apa pun sebenarnya hahaha...


Sebenarnya Spanar Buruk saje buat saspen sikit dan ekceli Spanar Buruk rindu pada korang semua..Do you miss me?..Hehehe..Ada ke orang nak rindu kat saya ni,mesti takde kan?..Siapa la nak rindukan Spanar Buruk yang poyo ni..Setelah lama Spanar Buruk menghilangkan diri dari blog dan di dalam membuat entri,akhirnya muncul juga dia ni..

Muncul Spanar Buruk kali ini dengan membawa seribu harapan dan impian agar boleh menjadi blogger yang berjaya,gemilang dan terbilang secara sepenuh masa ni..Almaklumlah,dulu Spanar Buruk terlalu kepemalasan untuk buat entry dan kekeringan kekontangan idea untuk meluahkan apa pun di dalam blog sampai terpaksa membiarkan blog bersawang dengan sendirinya selama sebulan..Hahahaha jahatnya Spanar Buruk ni kan?..Kesian blog Spanar Buruk kan?..Tuan blog ni kejam tak ambil peduli kat blog sendiri..Hai anak siapa la tu pemalas..Ni dia tuan blog dah datang kembali untuk membersihkan segala habuk yang memenuhi setiap ruang blog Spanar Buruk dot Blogspot dot Com ni..


Kali ini Spanar Buruk tak mahu buat entry tentang apa pun dan anggaplah entri ini merupakan entri pembuka bicara daripada Spanar Buruk untuk korang semua..Entri ni pun Spanar Buruk tak mahu buat terlalu panjang takut nanti tiba2 je terblank kepala otak hahaha..Cukuplah untuk Spanar Buruk meluahkan apa yang terbuku di dalam isi hati Spanar Buruk untuk korang semua..


Diharapkan agar kawan-kawan blogger Spanar Buruk yang dikasihi sudi untuk menerima diriku ini setelah lama daku menyepikan diri(konon dengan harapan ada la orang nak terima saya)..Spanar Buruk juga mengharapkan agar ada di antara kawan-kawan Spanar Buruk yang akan dan terus menyokong serta sentiasa berada di belakang Spanar Buruk dalam Spanar Buruk berblogging ini..Spanar Buruk juga amat mengalu-alukan jasa baik daripada kamu semua dalam memberikan idea menghasilkan entri yang bernas supaya Spanar Buruk tidak mati kutu dalam menyediakan entri untuk sesi akan datang (eh macam berserabut je ayat ni) hehehehe..


Sebelum Spanar Buruk mengundurkan diri,di sini Spanar Buruk ada cadangan untuk kawan2 semua..Mungkin kawan-kawan berminat rasanya..Spanar Buruk terfikir nak buat pertandingan setiap minggu..Spanar Buruk minta korang semua cadangkan tajuk apa yang sesuai untuk Spanar Buruk buat entri..Kalau tajuk tu terpilih,Spanar Buruk akan bagi hadiah misteri kepada mereka yang berjaya..Takpe2,tunggu je nanti korang tengok Spanar Buruk buat k..Okay,Spanar Buruk pergi dulu..Assalamualaikum semua kawanku sayang..


Read more

Blogger Chat Room


Mari Tukar Link

Samseng FaceBook


Ai, Takkan Tengok Je.:)
 

~Spanar Buruk~ Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger