HOT NEWS

Pelanggan Tetap Spanar Buruk

Isnin, 4 Julai 2011

~GA CEKODOK ENSEM~

,
Assalam semua..
Ni dah masuk bulan 7 kan?..
Jap je rasa,jadi ni adalah kontes dan GA pertama 
spanar join utk kali ni..
spanar dah lama tak join kontes pe pun..
tak de mood nak buat tapi sebenarnya 
tak de idea pun nk buat ayat pe..
hehehehe..
tapi atas permintaan Cekodok,spanar buat gak..
tapi ni spanar buat ikhlas tau..
hope ada chance kn menang..
plesss la Cekodok tolong bgi spanar menang tau..
Cekodok kan ensem..






Sempena besday mama kamu Cekodok,
spanar nk wish hepi besday 
to mama kamu tapi umur yang ke berapa ni?..
why u tak mention ha Cekodok?..
hehehehe..tak kisah la yang ke berapa pun 
umur mama kamu tapi spanar 
nk wish semoga kehidupan mama kamu diberkati ILAHI..


Cekodok kalau nk bgi hadiah tu kat spanar,
msti bgi yg cntik2 tau..hahahaha..
spanar dah lama tak dpt hdiah dari orang ni..
Cekodok kan mmg budak ensem..
lagipun Cekodok dah mention kat 
entry tu kan yg Cekodok mmg ensem..


dah la spanar tak mau bebel pnjang..
nti Cekodok pening nak bca lak..
kat sini spanar nk tag insan2 
yang begitu spanar sayang..
bukan bermakna yang spanar tak tag tu,spanar tak syg tau..

Spanar nak tag:


Read more

~Keranamu Hatiku Malaysia~

,
Assalam semua..hari ni spanar nk memperkenalkan pada korang semua Kesebelasan Utama Skuad Harimau Malaya supaya korang mengenali dengan lebih dekat siapa insan disebalik Skuad Harimau Malaya ini..Mereka ini di antara orang yang telah berjaya mengharumkan nama negara pada Piala AFF Suzuki 2010 lalu..Mereka terdiri daripada:




  • MOHD ASRARUDDIN PUTRA OMAR
  • MOHAMAD AIDIL ZAFUAN ABD RAZAK
  • SAFIQ RAHIM
  • NORSHAHRUL IDLAN TALAHA
  • AMAR ROHIDAN
  • KUNANLAN SUBRAMANIAM
  • MAHALLI JASULI
  • IZZAQ FARIS RAMLAN
  • MOHD AMIRULHADI ZAINAL
  • KHAIRUL FAHMI CHE MAT
  • MOHAMAD FADHLI MOHD SHAS

Jadi selamat berkenalan ye semua..jangan tak kenal pulak siapa orang yang telah mengharumkan nama Malaysia masa Piala AFF Suzuki dulu tu..

Read more

Ahad, 3 Julai 2011

~Super Sunday Nak Disamakan Dengan WW?~

,

Assalam semua..
hari ni spanar nk try buat buh 
gambar macam mana spanar join utk  
pulak la..mmg tak sama macam wordless 
la sbb ada ayat kan?..
hehehe..gambar ni semua spanar amik 
dari dalam simpanan spanar di
Facebook Spanar dan kawan sekadar 
untuk kongsi dengan korang je..



Gambar ni pada 7 April tahun 
lepas masa tu kawan baik 
Spanar Buruk kawen..
suwetnya dia tu..
dia yang pempuan tu tau..



Gambar ni Spanar Buruk amik dari 
Facebook Hyda Rafie iaitu kawan baik  
rasanya korang faham kan nape  
Spanar Buruk letak 2 gambar 
orang kawen ni..
komen la kat bawah ye..


Read more

Sabtu, 2 Julai 2011

~Terapi Teh Hitam Dan Kelebihannya Part 1~

,
Assalam semua..hari ni spanar nk kongsi satu rahsia mengenai teh hitam..mesti korang tak tau kan pe tu teh hitam..tah2 korang pun tak pernah tengok macam mana..sebab tak pernah dan tak tau mengenai teh hitam ni la,spanar nk kongsi dengan korang semua..

Kat sini spanar nk bagitau dulu kelebihan teh hitam untuk kecantikan..so pas baca ni,ramai yang sibuk mencari teh hitam kan untuk kesihatan..nak remind gak pada Jejaka Terhangat suh cuba benda ni mana tau nti Jejaka Terhangat jadi cantik pastu ramai orang tergoda..hahahaha...

Kelebihan Teh Hitam Untuk Kecantikan


Melembapkan Bibir.
Yang mana bibir selalu kering dan merekah tu,elok korang cuba..tak salah mencuba benda baru kan?.. Gunakan uncang teh untuk membersihkan bibir selama 5 minit dan bibir tidak perlu dibilas..Biarkan je teh tu melekap kat bibir korang tau..

Mengatasi bau mulut.
Pernah tak korang jumpa seseorang yang bila sekali dia buka mulut,perghhhhh tak boleh blah ayat dia...tetibe rasa macam nk pengsan..spanar bukan nk cakap sesape tpi bnda ni kemungkinan besar terjadi pada diri kita kan?..
Korang guna cara ni,jadikan teh tu macam listerine yang selalu korang basuh mulut tiap pagi..amalkan selalu tau..

Menyejukkan kulit.
Ni rasanya sesuai untuk orang-orang yang tak tahan panas macam Siti Safiyyah..betul tak spanar cakap ni?..Siti Safiyyah pun bukan suka sangat berjemur kat luar lama sangat kan?..hehehehehe..
Kat sini korang boleh cuba try dengan rendamkan beberapa uncang teh dan biarkan dia sejuk seketika pastu korang cuba tampal uncang teh tu kat bahagian yang korang rasa terbakar tu tau..cuba dalam masa 2 hari atau seminggu terus lgi elok..heheheh..


Mengatasi luka terbakar ringan.
Caranya lebih kurang sama je dengan step untuk menyejukkan kulit tau..pastu tak reti2 nak baca sendiri ke?..hehehehe..

Mengatasi uban.
Yang ni spanar selalu gak dengar kan ramai orang muda sudah ada uban macam umur dia dah tua padahal dia tu muda lagi..kawan spanar pun ada gak yang sudah ada uban kat kepala sampai malu nk keluar jumpa kawan dah..
Cara nk atasi senang je..tak payah sampai nk buat treatment mahal macam dalam tibi tu kan?..rendam 3 uncang teh hitam dalam satu cawan air mendidih..pastu tambah 1 senduk makan rosemary,rosemary korang blh cari di pasaraya berlambak la..pas korang dah tambah rosemary dalam air teh tu,guna macam korang syampu rambut setiap hari tu..pastu tuangkan campuran teh tu kat atas kepala..pastikan semua rambut kena dengan air teh berkenaan ye..jangan miss walau sehelai pun..
Selepas semua rambut kena dengan air teh tu,jangan bilas dengan air tapi lap je macam biasa dengan tuala kering..kalau bilas kang,habis la nutrien air teh dalam rambut tu..cuba lakukan bbrapa kali untuk dapatkan hasil yang terbaik..


Meredakan gusi berdarah.
Jika gusi anak berdarah kerana gigi sulungnya patah,hentikan pendarahan dan redakan kesakitan tu dengan cara basahi uncang teh dengan air sejuk.tekankan pada bahagian yang berdarah tapi bukan untuk kanak2 je,orang dewasa macam Sy@f pun boleh try gak..mana tau ada gigi bedarah macam pakcik Jejaka Terhangat pun boleh cuba gak..


Ok,Assalam dan selamat mencuba.. 


Read more

Jumaat, 1 Julai 2011

~Kelebihan Bulan Syaaban~

,
Assalam semua..hari ni spanar nk cerita sedikit tentang kelebihan pada bulan syaaban yang bakal tiba tak lama lagi ni..harap2nya boleh share dengan korang ye..sebenarnya banyak kelebihan yang boleh kita dapat dari bulan syaaban ni..nk tau,cuba korang baca artikel kat bawah ni..

Kelebihan Bulan Syaaban

Kelebihan yang Allah berikan dalam bulan Syaaban amat bermakna bagi para hamba yang ikhlas. Banyak hadis Rasul S.A.W yang diriwayatkan menceritakan kelebihan bulan ini. Antaranya ialah sabda Rasul S.A.W bermaksud: Bulan Rejab adalah bulan Allah, bulan Syaaban adalah bulanku, dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah bulan untuk menghapuskan dosa dan Ramadhan ialah bulan menyucikan diri dari dosa. Nabi S.A.W. memberikan simbolik bahawa bulan Syaaban sebagai bulan baginda. Ini diertikan sebagai bulan di mana baginda banyak melakukan amal ibadah. Simbolik ini juga bererti umatnya sepatutnya melakukan banyak amal ibadah sebagaimana yang banyak dilakukan oleh baginda.


Antara amalan yang amat digalakkan dilakukan dalam bulan ini ialah puasa. Amalan ini bolehlah dianggap sebagai satu amalan yang agak sukar, kerana ia benar-benar menguji ketahanan mental, emosi dan fizikal seseorang. Bagaimanapun, inilah antara amalan yang banyak ganjarannya jika dilakukan dalam bulan ini. Ini bertepatan dengan sabda Rasul S.A.W bermaksud, Barangsiapa berpuasa sehari dalam bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi rakan taulan Nabi Allah Yusuf di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Ayub dan Nabi Daud. Jika dia berpuasa sebulan dalam bulan ini, dimudahkan Allah akan saat matinya, dan terlepas dari kegelapan alam kubur, bebas dari hura-hara munkar dan nankir, ditutup Allah akan aibnya, dan diwajibkan syurga ke atasnya.



Dalam sebuah hadis lain, baginda Rasul S.A.W. bersabda yang bermaksud, Sesungguhnya bagi sesiapa yang berpuasa selama tiga hari pada permulaan Syaaban, tiga hari di pertengahan dan tiga hari di akhir Syaaban, akan mendapat pahala 70 orang nabi, dan seperti orang beribadah 70 tahun dan sekiranya dia mati pada tahun itu, matinya seperti mati syahid. Itulah antara kelebihan berpuasa dalam bulan Syaaban. Di samping itu, berpuasa dalam bulan ini juga adalah sebagai persediaan untuk melakukan ibadah puasa selama sebulan dalam bulan Ramadhan.

Seterusnya bulan Syaaban ini juga merupakan bulan di mana setiap doa orang-orang beriman akan dimakbulkan Allah. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Umar, Rasul S.A.W bersabda bermaksud, Dalam solat lima waktu yang doanya tidak ditolak ialah semasa malam Jumaat, pada malam 10 Muharram, pada malam pertengahan bulan Syaaban dan pada dua malam raya, iaitu malam hari raya Aidilfitri dan Aidiladha.



Di samping memohon doa, umat Islam juga digalakkan untuk bertaubat dan memohon keampunan di atas keterlanjuran mereka dalam bulan ini. Rasul S.A.W bersabda bermaksud, Apabila tiba malam nisfu Syaaban, telah datang malaikat Jibril lalu berkata, pada malam ini, pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka. Maka dirikanlah solat dan pohonlah doa, sesungguhnya pada malam itu telah dibuka 300 pintu rahmat. Maka Allah mengampuni orang-orang yang tidak menyekutuiNya kecuali ahli sihir dan dukun, orang yang bermusuhan, peminum arak, pezina, orang yang memakan riba�, orang yang derhaka kepada ibubapanya, orang yang suka mengadu domba atau batu api, dan orang yang memutuskan persaudaraan. Sesungguhnya mereka itu tidak akan diampun sehinggalah mereka benar-benar bertaubat dan tidak akan mengulanginya.



Inilah antara beberapa kelebihan yang Allah kurniakan untuk para hambaNya dalam bulan Syaaban. Allah yang bersifat Maha Pemurah akan tetap memberi semua kelebihan ini bagi mereka yang benar-benar ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam amalan mereka. Semua ganjaran ini juga adalah sebagai perangsang kepada mereka untuk melipatgandakan amalan dan usaha mereka. Mereka hendaklah merebut peluang keemasan ini untuk kejayaan mereka di dunia dan di akhirat selagi hayat di kandung badan. Ini juga bertepatan dengan maksud hadis Rasul S.A.W bermaksud, Rebutlah peluang lima perkara sebelum datangnya lima perkara, masa muda sebelum datangnya masa tua, masa lapang sebelum datangnya masa sibuk, masa senang sebelum datangnya masa susah, masa sihat sebelum datangnya sakit dan masa hidup sebelum datangnya mati.

Selamat membaca ye semua dan harap artikel ini dapat dikongsi bersama dengan rakan blogger yang lain k..Assalam..
Read more

Blogger Chat Room


Mari Tukar Link

Samseng FaceBook


Ai, Takkan Tengok Je.:)
 

~Spanar Buruk~ Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger