HOT NEWS

Pelanggan Tetap Spanar Buruk

Selasa, 31 Mei 2011

`Maafkan Aku~

,
Maafkan aku wahai teman,
Andai diri ini hadir tanpa diundang,
Andai diri ini datang tanpa dijemput,
Aku hadir umpama pengemis jalanan yang meminta simpati.

Maafkan aku wahai teman,
Andai diri ini ibarat taufan,
Yang datang memberi ribut dalam hidupmu,
Yang telah merobohkan segala impian yang telah kau bina.


Maafkan aku wahai teman,
Andai kehadiranku ini umpama ombak
Yang datang memberi badai dalam hidupmu,
Hingga menenggelamkan seluruh istana cinta dalam hidupmu.

Maafkan aku wahai teman,
Kerana aku amat menyayangi dirimu,
Aku undur diri dan biarkan aku pergi,
Demi kau teman yang aku sayangi..

p/s : Buat insan yang pernah bertandang ke dalam jiwa ini..

4 Comments:

Blogger Chat Room


Mari Tukar Link

Samseng FaceBook


Ai, Takkan Tengok Je.:)
 

~Spanar Buruk~ Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger