HOT NEWS

Pelanggan Tetap Spanar Buruk

Jumaat, 27 Mei 2011

~Biar Saya Pendam Duka Ini~

,
Semenjak awak hadir dalam hidup saya
Seluruh dunia saya berubah
Jiwa saya menjadi ceria kerana awak
Hati ini gembira bila bersama awak.

Saban hari saya menunggu berita dari awak
Mengharap agar awak turut seperti saya
Merindui dan terus merindui diri ini
Menghadirkan rasa sayang dalam diri.


Tapi sayangnya
Semenjak kehadiran insan yang awak sayangi
Seluruh hidup saya menjadi sepi
Jiwa saya menjadi kacau bilau
Apakah ini yang dinamakan cinta baru berputik?.

Kenapa saya cemburu bila sidia hadir dalam hidup awak
Adakah sebuah perasaan kawan telah bertukar menjadi cinta dalam diri ini
Apakah saya perlu melihat awak bahagia 
Sedangkan saya perlu membiarkan diri ini terus menderita.


Saya berharap agar saya dapat mencari jawapan
Pada sebuah persoalan yang membelenggu dalam diri
Hanya DIA memahami apa yang ada dalam diri ini
Kerana saya menyukai awak.

7 Comments:

  • 27 Mei 2011 pada 9:24 PG
    witLURVE says:

    sbk jiwang~~~ kweng kwenggg

  • 27 Mei 2011 pada 9:33 PG

    Sabar ye sbk..jodoh pertemuan di tgn Allah..kalau kita redha dengan pertemuan yg Allah dah tentukan, kita juga kena redha dgn perpisahan yg dah ditakdirkan..bila bertemu & berpisah krn Allah, insyaAllah hati akan sntiasa tenang :)

  • 27 Mei 2011 pada 10:03 PG
    feeza macho says:

    siapekahh ?? JT ? SYAF ? BRO ? MASK ?

    penatnye nak teka ramai sgt :majuk

  • 27 Mei 2011 pada 12:26 PTG
    naqiah says:

    sabar eh.. bykkan doa.. kalu org kite nk btol2 boleh buat suami.. :)

  • 27 Mei 2011 pada 12:32 PTG
    Spanar Buruk says:

    witLURVE : mmg ni tgah nagau wl syg.
    zie ; insyAllah hrap2nya smua ok tapi dlm diam lak suka kat dia.
    si macho : ada la sape2..jt? : hah..hahaha
    naqiah : sabar jela naqiah..lgipun dia sndri ckp dia suka kat org tu..sbk redha je la..mula2 bca msj dia,hti terus berubah..

  • 30 Mei 2011 pada 5:51 PTG

    mende pulak aku yg temasok tampo kang feeza

  • 31 Mei 2011 pada 12:40 PTG
    adamzico says:

    super bk: apekah apakah sapekah siapakah.. xoxo <--- Gossip boi.. Wink!

Blogger Chat Room


Mari Tukar Link

Samseng FaceBook


Ai, Takkan Tengok Je.:)
 

~Spanar Buruk~ Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger