HOT NEWS

Pelanggan Tetap Spanar Buruk

Khamis, 11 Ogos 2011

SEGMEN PECAH PERUT ALEPRIDZ

,




 Assalam semua..
Spanar dapat jemputan khas dari Alepridz dotCom 
untuk mengejoin segmen terbaru beliau..
Jadi dengan besar hatinya Spanar nk join gak segmen ni..
Saja untuk hiburkan hati korang semua..
Kalau korang nak gelak,korang gelak la sepuas hati..

Ayat berdasarkan tarikh lahir Spanar Buruk:

November - Aku jerit dekat
24 - Cristiano Ronaldo
Coklat - Sebab aku tak tentu arah


Jadi jawapannya ialah :
Aku Jerit Dekat Cristiano Ronaldo Sebab Aku Tak Tentu Arah


Kat sini Spanar nak ngetag kawan2 baik Spanar iaitu: 
 



Read more

Rabu, 10 Ogos 2011

Kemaafan Dari Hati Yang Ikhlas Membuat Ku Bahagia

,
Assalam semua..
Ini entry paling ringkas dari Spanar..


Semua orang pernah melakukan kesilapan..
Tak salah untuk kita meminta maaf dan memaafkan 
seseorang dengan hati terbuka..
Allah suka pada orang yang saling maaf 
memaafi antara satu sama 
lain tanpa ada dendam dihati..

 
Orang yang memohon keampunan dari seseorang 
serta bersedia untuk memaafkan 
orang lain belum jatuh martabatnya 
malah Allah sayangkan dia..
Jadi minta maafla antara kita sebelum kita terlambat..
Spanar nak minta maaf kat semua la sekarang..

Read more

Ahad, 7 Ogos 2011

Tempahan Baju T-Shirt BCR Kini Dibuka

,
Assalam semua..bagi pihak warga kerja BCR Room,spanar dengan ini ingin mengumumkan bahawa BCR Room telah pun menjual secara rasmi T-Shirt Geng BCR bagi sesi 2011 ini..Jadi sesiapa yang ingin memiliki Baju Geng BCR 2011,sila berbuat demikian dengan mengklik Sini Aje..



Di bawah ini adalah design baju yang telah direka khas dan telah mendapat persetujuan ramai pihak..Tempahan boleh dilakukan oleh sesiapa tak kira blogger dari geng mana sekalipun ataupun blogger persendirian..Spanar cuma membantu menjual tanpa mengharapkan komisen ok..Ikhlas membantu amalan mulia..

Bagi sesiapa yang mahu mendapatkan T- Shirt Geng BCR 2011,boleh berbuat demikian dengan meninggalkan mesej di inbox Facebook Jejaka Terhangat untuk sebarang pertanyaan dan segala lain-lain urusan berkenaan tempahan kerana tempahan baju hanya sah laku sehingga 7 Ogos 2011 ini sahaja..Sebarang tempahan selepas tarikh ini tidak dilayan sama sekali..Cepat2 sebelum terlambat..

Harga Baju T-Shirt Geng BCR telah pun dipersetujui dan harganya adalah bersesuaian dengan bajet korang..Tak mahal sangat la rasanya kan..Tapi kalau korang rasa mahal,eden tak tau nk cakap pe la..Kat bawah ni adalah harga baju beserta postege mengikut area perumahan korang:

1. RM32 termasuk kos penghantaran (Bagi Orang Kat Semenanjung)
2. RM35 termasuk kos penghantaran (Bagi Orang Kat Sabah Dan Sarawak)

 Jadi pada sesiapa yang berminat nak beli tu,korang semua boleh Klik Sini untuk pembelian tetapi peringatan telah pun dikeluarkan oleh Admin BCR Room bahawa 
Anda hanya boleh mengisi borang tempahan selepas pembayaran dibuat.
Jadi maksudnya:
Hanya Orang Yang Dah Bayar Je Boleh Order
 ..Diulangi, 
Hanya Orang Yang Dah Bayar Je Boleh Order 
OK..FAHAM TAK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Target tempahan Baju Geng BCR Room 2011 adalah sebanyak 50 helai..

Read more

Rabu, 3 Ogos 2011

Wordless Wednesday #7 Sejauh Mana Fokus Kita

,



ialah hari di mana seorang 
blogger hanya perlu meletakkan gambar 
di dalam entry mereka tanpa perlu 
menceritakan apa pun tentang gambar itu..
Biar gambar yang menceritakan segalanya..


Read more

Selasa, 2 Ogos 2011

Tips Kawalan Dan Cara Memegang Kamera Dengan Betul

,
Assalam semua..hari ni spanar nk share tips dan rahsia memegang kamera dengan betul..Selalu spanar tgk macam2 cara orang pegang kamera sampai senget badan pun ada..Ada yang spanar tengok macam dah professional..Ada yang spanar tengok macam takut2 dengan kamera tu..hehehe..Spanar bukan nk kritik cara kamu semua pegang kamera ok tapi kat sini spanar cuma nk bagi tips untuk kawalan dan cara memegang kamera dengan betul..

Nak pegang kamera pun kena pndai,bukan asal tangkap siap pastu cuci gambar..Kadang2 korang semua sedar tak adakalanya cara korang pegang kamera tu tak betul walaupun pada hakikatnya korang rasa itu cara terbaik pegang kamera..Pada yang tau tu,ok la tapi pada yang tak tau,spanar nk bagi tips sikit..Kat bawah ni spanar nk bagtau cara mengawal kamera dengan betul dan cara memegangnya dengan betul..baca untuk tambah pengetahuan..

Tips Kawalan Kamera Dengan Betul
 
 
1)Kamera hendaklah dipegang dengan cermat dan berhati-hati kerana kesan gegaran,ketukan dan hentakan yang kuat akan merosakkan kamera dan lensa yang digunakan.Gegaran kuat pada lensa akan menyebabkan kedudukan kanta dalam lensa menjadi tidak stabil..Akibatnya imej yang dirakam tidak lagi menjadi tajam dibahagian tertentu sama ada di tengah,kiri atau kanan imej yang dirakam.

2)Elakkan kamera terdedah kepada sinaran cahaya matahari yang berpanjangan begitu juga elakkan kamera daripada terkena habuk dan debu.Pancaran matahari secara terus ke LCD menyebabkan ia gagal berfungsi dengan baik dan tulisan di dalamnya akan menjadi kabur.Untuk menghilangkan habuk dan kekotoran yang melekat pada lensa,gunakan berus pembersih (blower brush),kain lembut atau cecair pembersih yang dibuat khas untuk peralatan kamera.
 
3)Elakkan terkena hujan atau memegang kamera dengan tangan basah bagi mengelakkan litar pintas (short circuit)pada panel penting yang ada pada bahagian badan kamera.
 
4)Apabila tidak menggunakan kamera atau lampu denyar(flash)dalam jangka waktu yang agak lama,keluarkan bateri yang ada di dalamnya untuk mengelakkan kerosakan pada sistem peranti elektroniknya.
 
5)Elakkan kesan jari finger(finger print)pada cermin lensa.Kesan cap jari mengandungi unsur minyak yang boleh merosakkan lapisan coating atas cermin lensa yang begitu sensitif.Untuk mengelakkan risiko kecacatan lapisan coating,gunakan filter (penuras)bagi mencegah calar pada permukaan cermin hadapan lensa.Selalunya penuras yang digunakan ialah UV(Ultra Violet),skylight atau penuras jenis 1A atau 1B.

Cara Memegang Kamera Dengan Betul
 
 
 
1) Kedudukan badan yang stabil aakn memastikan kesempurnaan dan mutu gambar yang dirakamkan.Posisi tangan dan kaki boleh mengurangkan gegaran atau goncangan pada kamera,begitu juga teknik menahan nafas sebelum menekan butang shutter.

2)Gunakan tangan kiri untuk memegang kamera atau pergelangan lensa dan tangan kanan untuk mengawal setting atau menekan butang shutter.Kedua-dua siku dirapatkan ke badan bagimenguatkan lagi keseimbangan kamera yang dipegang.

3)Pastikan tangan tidak mengepak bila mengambil gambar,memegang kamera dengan sebelah tangan atau meletakkan tangan kiri di atas lensa kerana cara ini boleh menambahkan lagi bebanan kamera yang dipegang menjadi tidak stabil,boleh bergoyang atau bergegar.
 
 
 

4)ketika mengambil gambar,pastikan juga tali kamera disangkut ke leher kita dan dililit sedikit pada tangan bagi mengelak kemungkina kamera dari terjatuh.

5)Jika mengambil gambar cara berdiri,kaki kiri diunjurkan sedikit ke depan seolah-olah sedang memasang kuda-kuda supaya imbangan badan menjadi stabil dan kita tidak mudah tumbang bila mengambil gambar.

Ok,sekian itu sahaja spanar nak share kali ni..semoga kita berjumpa lagi..

 
Read more

Blogger Chat Room


Mari Tukar Link

Samseng FaceBook


Ai, Takkan Tengok Je.:)
 

~Spanar Buruk~ Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger