Berbalik kepada topik utama kita iaitu MALU,perlukah kita untuk malu pada setiap keadaan dan tempat?..Perlukah kita malu untuk bertanya jika kita tersesat jalan?..Perlukah kita untuk malu bila kita menghadapi masalah dan perlukan bantuan?..Rasanya bila kita berdepan dengan perkara macam ni,malu tu tak perlulah wujud kan?..Tapi adakalanya timbul juga perasaan malu tu kerana rasa mulut terlalu berat untuk bertanya atau lain2 kan?..
Pada pendapat Spanar Buruk,ada faktor mengapa perasaan malu tu boleh wujud tanpa mengira tempat dan masa..Salah satunya adalah kerana mungkin sesetengah orang itu mempunyai sifat malu yang telah wujud sejak mereka kecil lagi barangkali mungkin kerana sudah terbiasa segan untuk bertanya kepada orang lain atau berjumpa orang lain sejak kecil,maka perkara itu sudah terbiasa bagi diri mereka malu untuk bertanya atau memerlukan pertolongan bila berdepan dengan masalah..Mereka mungkin adakalanya suka mengambil jalan mudah dengan mendiamkan diri sahaja dan cuba untuk menyelesaikan masalah mereka sendiri tanpa perlu bertanya atau mengharapkan bantuan daripada orang lain atau bila berjumpa orang lain..
Kadangkala malu ini boleh kita nampak bila mana di majlis-majlis seperti majlis keramaian,majlis formal,parti harijadi atau yang seumpama dengannya..Ada segelintir merasakan diri mereka malu untuk berjumpa atau bersembang dengan orang lain atas faktor kurang keyakinan untuk berbual serta alasan tiada topik seronok yang perlu untuk mereka perbualkan..Pada pendapat Spanar Buruk,hal ini tidak perlu la terjadi kerana parti atau majlis yang kita hadiri itu bukanlah majlis yang tidak senonoh kerana dari majlis sebegini la kita belajar untuk mendapatkan ramai kawan-kawan baru dan boleh saling2 bertukar pendapat dan boleh berkongsi ilmu secara amnya..
Belajarlah untuk membiasakan diri berbual atau bersembang dengan orang pada majlis seperti ini dengan penuh keyakinan dan semangat kerana sudah pastinya kita tidak mahu orang menggelarkan diri kita sebagai orang yang bodoh sombong atau seperti katak di bawah tempurung bukan?..Kalau nak ikutkan,banyak tips yang boleh kita pelajari dan kita ambil dari buku2 ilmiah dan majalah yang ada banyak perkongsian tentang cara untuk mengatasi diri kita daripada malu dalam setiap keadaan dan tempat..Spanar Buruk akui yang Spanar Buruk pun masih lagi dalam proses pembelajaran tentang cara untuk mengatasi masalah malu ini..
Baiklah semua,setakat ini dahulu perkongsian Spanar Buruk dengan yang lain pada waktu ini dan pada sesiapa yang tak berapa setuju dengan Spanar Buruk,sila komen kat bawah ni k..Jumpa lagi Spanar Buruk pada entri-entri akan datang dan pastikan diri anda sentiasa setia bersama Spanar Buruk..Ingat Spanar Buruk selalu ye..Bye guyz I love you hehehehehe ..
welll..malu tu kan sifat smljdi..
mmg semua perkara tu smts kita kena malu...tp kena bertempat...
ingt lagu bila berpacaran
'malu itu perisai org beriman"
ngee