HOT NEWS

Pelanggan Tetap Spanar Buruk

Rabu, 28 Mac 2012

Contest : Cerita Seram...

,
Assalamualaikum semua hola hola apa khabar..Rindu rasanya pada semua orang..Kamu semua rindu kat saya tak (soalan minta perhatian dan simpati,konon2 ada la orang nak sayang kat Spanar Buruk kan?)..Muahahahaha lawak la Spanar Buruk ni..Kali ni apa pulak la Spanar Buruk nak dari korang kan?..Ada la,kalau nak tau sila baca entry ni sampai habis.Tolong jangan baca sekerat jalan,karang Spanar Buruk kerat sape yang baca separuh tu hahahaha..Hari ni Spanar Buruk nak join kontes dari blog seorang kawan baik Spanar Buruk yang dah lama hilangkan diri..Rindu banget deh sama kamu,baru sekarang ni kamu mau keluar ya pak..Dah lama tak muncul,tiba2 keluar dengan kontes pulak..Hebat la kawan kita sorang ni..Nak tau apa kontes dia buat..Sila baca sampai bawah..


Ada seram tak tajuk dia?..Eleh korang tipu tak seram lagi..Tu baru permulaan ayat je,korang tak baca lagi isi dia macam mana..Memandangkan Spanar Buruk pun memang ada pengalaman seram sepanjang hidup Spanar Buruk,so tu la yang Spanar Buruk nak join..Nak share dengan korang semua bagi naik bulu roma,bulu tengkok dengan bulu kaki korang..Nak tau pengalaman Spanar Buruk masa di tingkatan 6?..Jom kita ikuti berita seram ni sampai habis..


Kisahnya bermula macam ni..Masa tu Spanar Buruk dapat sambung belajar tingkatan 6 di sebuah sekolah di Kulai..Al maklumla,tak dapat bljr kat university,permohonan kena tendang dalam longkang hehehe..Spanar Buruk pun mintak la nak duk kat asrama memandangkan rumah Spanar Buruk dengan sekolah tu adala mencecah 20 km..Giler ke hape tiap2 hari nak ulang alik,terkujat kejong kang Spanar Buruk..Dulu Spanar Buruk ada la gak dengar2 yang asrama tempat Spanar Buruk nak duduk berhantu tapi Spanar Buruk kurang kepercayaan..Ni pun dengar cerita daripada budak2 lama asrama tu..Tak tau la nak percaya ataupun tidak..Lama-lama Spanar Buruk dah duduk situ,baru la Spanar Buruk ada rasa sesuatu yang kurang kesedapan ketelingaan setiap hari..

Nak dijadikan cerita,ada satu hari ni sekitar jam 11 lebih,mata budak2 pun dah tak tahan dan masing2 cepat2 nak tido..Tiba2 masa Spanar Buruk tengah sedap tido sampai termimpi2 tu,Spanar Buruk dikejutkan dengan bunyi,bunyi yang membuatkan bulu roma Spanar Buruk meremang (bukan memerang tau)..Bunyi orang menggerakkan katil..Siapa yang buat tu?..Bunyi tu kedengaran dari dorm A4,bilik sebelah dorm tempat Spanar Buruk menginap..Spanar Buruk ada dengar hantu2 ni suka kacau dorm yang bernombor genap..Spanar Buruk fikir balik,betul ke apa budak ni cakap..Tapi bila fikir betul2,ada betul gak budak tu cakap..Semua budak2 yang duduk kat dorm nombor genap ni seringkali kena kacau tak kira masa..Dan masa tu pulak tahun ganjil,perghhhh lagi suka pulak la hantu2 ni smua..


Ramai kawan2 Spanar Buruk yang duk kat dorm nombor genap ni kena usik dan ada yang hampir2 histeria..Eh bukan hampir tapi memang kena histeria pun budak ni..Tambahan pulak,dia kawan 1 batch tingkatan 6 sama dengan Spanar Buruk jadi Spanar Buruk blh nmpk la dengan mata kepala Spanar Buruk yang dia kna ganggu ni..Kira dan banyak kali gak la dia kna ganggu ni sampai tak turun prep(atau dalam bahasa melayunya waktu belajar)..Kesian kitorang semua tengok kat dia tu..Dorm nombor genap ni pun adakalanya kedengaran pintu bilik tertutup terbuka sendirinya dengan kuat sampai rasa macam nak roboh pintu tu tapi padahal bila tanya esoknya siapa yang main pintu,diorang kata takde pape pun diorang buat malam tdi..Adoi seram sejuk Spanar Buruk masa tu tak tau nak kata apa..

Sebenarnya Spanar Buruk ada banyak cerita hantu nak ceritakan kat korang smua tapi memandangkan tuan punya kontes hanya bagi setiap peserta cerita 1 aje cerita hantu,jadi setakat ni jela yang dapat Spanar Buruk ceritakan kat semua k..Kalau ada kontes lain yang minta ceritakan pasal hantu,Spanar Buruk akan bawa cerita hantu tu ke dalam entry kontes berkenaan ye..Harap2nya entry Spanar Buruk ni dapatla diterima dengan jayanya oleh semua orang especially tuan kontes tu..Tak menang pun takpe la,janji seronok Spanar Buruk dapat join..Ok la,bye semua muah muah muah..

1 Comment:

Blogger Chat Room


Mari Tukar Link

Samseng FaceBook


Ai, Takkan Tengok Je.:)
 

~Spanar Buruk~ Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger