HOT NEWS

Pelanggan Tetap Spanar Buruk

Rabu, 21 Mac 2012

Kisah Encik Zainal Dan Kaunselornya

,
Mari kita ikuti perbualan di antara seorang kaunselor dengan Encik Zainal :

Apakah pekerjaan Encik Zainal?


Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.


Halimah pula?


Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.


Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?


Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.


Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??


Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.


Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??


Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.


Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?


Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.


Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?


Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.


Apa Halimah buat?


Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.



Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?? Rutin seharian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!

7 Comments:

Blogger Chat Room


Mari Tukar Link

Samseng FaceBook


Ai, Takkan Tengok Je.:)
 

~Spanar Buruk~ Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger