HOT NEWS

Pelanggan Tetap Spanar Buruk

Selasa, 31 Mei 2011

`Maafkan Aku~

,
Maafkan aku wahai teman,
Andai diri ini hadir tanpa diundang,
Andai diri ini datang tanpa dijemput,
Aku hadir umpama pengemis jalanan yang meminta simpati.

Maafkan aku wahai teman,
Andai diri ini ibarat taufan,
Yang datang memberi ribut dalam hidupmu,
Yang telah merobohkan segala impian yang telah kau bina.


Maafkan aku wahai teman,
Andai kehadiranku ini umpama ombak
Yang datang memberi badai dalam hidupmu,
Hingga menenggelamkan seluruh istana cinta dalam hidupmu.

Maafkan aku wahai teman,
Kerana aku amat menyayangi dirimu,
Aku undur diri dan biarkan aku pergi,
Demi kau teman yang aku sayangi..

p/s : Buat insan yang pernah bertandang ke dalam jiwa ini..
Read more

Jumaat, 27 Mei 2011

~Tak Elok Mencarut~

,
Assalam semua..hari ni spanar blur sikit..tak tau nk buat entry pe sekarang ni..
Ha,ada idea..tgah fikir2 ni,terkeluar idea dari kepala otak spanar..
nk tau spanar nk buat entry pe?..

Hari ni spanar nk buat entry sikit je,tak panjang sangat dan tak pendek pasal mencarut..korang selalu tak mencarut bila berdepan dengan perkara yang tak korang duga?..mesti ada gak kan walaupun sikit..



spanar pun tak pernah lari dari mencarut ni..kadang2 tu teruk mencarut pastu ditambah maki hamun orang pulak..kesian orang yang kena tu..yela,kalau kita berada di dalam situasi tertekan sampai rasa macam nak terajang je semua orang,msti akan terkeluar gak perkataan tu dari bibir kita ni.

Kenapa emosi kita,kita sendiri tak mampu untuk mengawalnya?..kenapa kita perlu mencarut?..seronok ke mencarut?..tapi kadang2 bila dah mencarut tu,rasa macam perrrrggghhhh puas hati dapat lepas geram kat seseorang tu kan?..tapi ita ada rasa tak orang yang kena carut tu sakit hati kat kita?..



Korang kalau tercarut,pe perkataan yang seringkali korang pakai?..tak payah kot spanar cakap kat sini..korang mesti tau perkataan pe korang pakai kan?..spanar pun ada perkataan sendiri..hahahaha..ish ko ni spanar,tak baik la mencarut..dosa dosa..

Orang selalu kalau dah marah melampau,macam2 perkataan akan keluar..cer bawak bersabar sikit..macam2 pulak perkataan tak sedap didengar..cuba kalau korang tukar perkataan yang tak seronok di dengar tu dengan perkataan seperti :

1) Asam rebus punya budak.
2) Kangkung goreng belacan betul la dia ni.
3) Betik betol kamu ni la..

Ha,kan elok tu ayat tu..perkataan tntg mknan lgi sbb msa kat sekolah dulu spanar suka carut org pastu org mrh,dia ajar suh ckp mcm ni..terus spanar belajar cakp mcm ni walaupun tgah marah orang..hahaha..amende spanar cakap ni?..spanar buat tutorial ckp leklok ke?..hahaha..ok bai semua..
Read more

~Biar Saya Pendam Duka Ini~

,
Semenjak awak hadir dalam hidup saya
Seluruh dunia saya berubah
Jiwa saya menjadi ceria kerana awak
Hati ini gembira bila bersama awak.

Saban hari saya menunggu berita dari awak
Mengharap agar awak turut seperti saya
Merindui dan terus merindui diri ini
Menghadirkan rasa sayang dalam diri.


Tapi sayangnya
Semenjak kehadiran insan yang awak sayangi
Seluruh hidup saya menjadi sepi
Jiwa saya menjadi kacau bilau
Apakah ini yang dinamakan cinta baru berputik?.

Kenapa saya cemburu bila sidia hadir dalam hidup awak
Adakah sebuah perasaan kawan telah bertukar menjadi cinta dalam diri ini
Apakah saya perlu melihat awak bahagia 
Sedangkan saya perlu membiarkan diri ini terus menderita.


Saya berharap agar saya dapat mencari jawapan
Pada sebuah persoalan yang membelenggu dalam diri
Hanya DIA memahami apa yang ada dalam diri ini
Kerana saya menyukai awak.

Read more

Jumaat, 20 Mei 2011

~5 Tabiat Lelaki Malas~

,
Hai semua..Assalamualaikum allz...lma spanar tak update entry kan kan kan?..dah 4 atau 5 hari rsanya kan?..hari ni spanar ade citer best nk kongsi dgn korang semua para blogger..tapi jap jap jap..citer ke ni?...adoi,spanar typo la..bkn citer tapi artikel ni..muahahahahaha...

Spanar ada ternampak satu artikel ni,seronok baca dan apa salahnya klau spanar kongsi dgn korang semua kan?..bukan niat spanar nk jatuhkan lelaki ye tapi cuma nk share aje..maaf whai kaum adam mrh..jgn slhkan spanar tpi slhkan org yg kuarkan artikel tu..artikel tajuk tabiat lelaki malas..nak baca tak?..cer baca cer baca..hahahaha..


5 Tabiat Lelaki Malas.

1)Tidak Mencuci Pakaian.
Rata-rata lelaki zaman sekarang ni lebih senang nk hntar pakaian kotor tu kat kedai dobi.Tapi tak kurang juga yg basuh pakaian sndiri tapi hnya selepas persalinan bersih dalam almari jadi kurang.Seeloknya pakaian perlu dicuci setiap 3 hari bagi mengelak bau yang kurang menyenangkan dan kemungkinan akan menjadi sarang bakteria atau kuman..busuk ler baju korang tu byk kuman..hahahaha..

2)Mengemas Rumah.
Percaya atau tidak,hampir kebanyakan lelaki bujang tidak mengemas rumah selama berbulan-bulan..mereka tidak mengambil kira kebersihan rumah kerana bgi mereka itu hnya tmpat untuk tidor je..tapi spanar tak percaya bab ni..ada lelaki rajin kemas rumah smpai siap mop lntai lgi tu..

3)Menggosok Baju.
Pasti semua pernah melakukan habit ni,pakai baju saja tanpa perlu gosok.Mungkin kerana tak cukup masa kerana dah lambat atau memang lelaki malas nk gosok sebenarnya.Seharusnya lelaki perlu mengambil waktu sikit untuk gosok baju tu pada waktu malam atau gosok semua baju untuk dipakai ke pejabat.Sesekali apa salahnya buat senaman dan keluarkan peluh kan?..


4)Bercukur.
Bukan menjadi masalah untuk tidak bercukur kerana ada lelaki beranggapan bahawa jambang dan bermisai adalah lebih menarik perhatian..ye ke????..Cuma apa yag perlu dilakukan adalah menjaga kebersihan diri dan jika ingin simpan misai sekalipun,kemaskan bagi nmpk menarik ye.

5)Tidak Mencuci Pinggan.
Sampai berulat dan berbau busuk pinggan mangkuk tu bertimbun dalam sinki,tak cukup dengan itu kadang2 sampah pun malas nk buang.Bagi lelaki sebegini,elok makan diluar aje atau pakai je pinggan mangkuk pkai buang tu..hahahaha..

Kalau ada yang rasa macam nak percaya atau tidak terpulang pada individu ye..
atau ada yang nak bangkang,sila kemukakan aduan dan persoalan ke spanar ye..sila taip persoalan anda seperti ini---> s b k tnpa jarak utk Spanar Buruk ke 32476..hahaha..
Read more

Isnin, 16 Mei 2011

~Akan Ku Ingat Dirimu~

,
Bila lagu ni keluar di corong radio,tiba-tiba aku teringat pada dirinya:

Dikau,pergi tanpa pesan,
tinggalkanku dalam kepasrahan,
cintaku yang suci bagai tak kesampaian,
terbuku di tengah jalan,
hanya,air mata doa,
yang dapat ku iringkan bersama,
kepada yang ESA ku pohonkan semoga,
tempatmu disisinya..

masuk 18 FEBRUARI hari tu,maka dah genap lah 3 tahun arwah tinggalkan 
aku untuk selamanya..
terlalu banyak kenangan yang dia tinggalkan untuk aku..
terlalu pilu untuk aku ingtkan kmbali segala phit mnis bersamanya..
senyumannya sentiasa terukir dihatiku biarpun dia sudah tiada lagi..

hadiah smpena hari lahirku pada 2007 msih ada dalam 
simpananku dan itulah hdiah terakhir daripadanya..
sebak hatiku sekarang bila sedang menaip entry ini 
seperti seolah baru semalam dia baru meninggalkan aku..



belum puas rasanya kami bercinta,terlalu banyak hajat 
antara kami yang belum kesampaian lagi..
kadang2 aku teringat akan dirinya secara tiba2,
aku teringat senyumannya sewaktu tidurku dan 
dalam tidak sedar,air mataku berguguran satu persatu..

YA ALLAH,terlalu berat dugaan yang KAU berikan kepada hambamu ini..
tidak tertanggung rasanya bila dia pergi dengan tiba2..
tapi aku sedar,ada hikmah disebalik dugaanmu ini..
aku masih ingt lagi sewaktu aku menjenguknya di ICU,
hiba bila melihat arwah menanggung segala kesakitan yang dialaminya..


aku tahu dia mampu mendengar suaraku sewaktu namanya dipanggil 
tapi apakan daya,kemampuannya untuk menyahut panggilan itu terbatas..
Aku tahu dia tak mampu untuk menanggung segala keperitan ini..

andai dapat aku selami perasaannya pada ketika itu..


Tanggal 18 FEBRUARI 2011 pada jam 11 pagi,
segala keperitan yang dialaminya telah berakhir
apabila dia telah dijemput untuk menghadap ILAHI..
Moga roh arwah tenang di sana..
hanya kenangan yang ditinggalkan olehnya akan sentiasa
bersemadi dalam hati ini sampai bila-bila..

Read more

~Saya Tetap Tunggu Awak Sampai Bila-Bila~

,
Awak,tiap bait ayat ini khas buat awak:
Awak,
Hari-hari saya tunggu mesej dari awak,
Hari-hari saya tunggu awak telefon saya,
Hari-hari saya terfikir tentang awak,
Awak ada kat mana sekarang ni??

Awak,
Awak sihat tak sekarang ni??
Awak ingat kat saya tak??
Awak rindu kat saya tak??
Awak sayang kat saya tak??


Awak,
Saya selalu mendoakan agar awak sihat selalu,
Saya selalu berharap agar awak faham isi hati saya,
Saya selalu fikirkan tentang awak,
Saya selalu berharap agar awak akan cari saya,

Awak,
Ketahuilah isi hati yang saya pendamkan selama ini untuk awak,
Awak,
Ingatlah bahawa saya akan tetap tunggu awak sampai bila-bila,

Read more

Blogger Chat Room


Mari Tukar Link



Ai, Takkan Tengok Je.:)
 

~Spanar Buruk~ Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger