HOT NEWS

Pelanggan Tetap Spanar Buruk

Ahad, 5 Ogos 2012

Petua Kecantikan Semulajadi

,
Assalamualaikum semua. Hari ini Spanar Buruk ada tips dan petua kecantikan untuk Spanar Buruk kongsikan dengan kawan blogger sekalian. Biarpun tips ni nampak seciput jek, tapi tips ni memberi kesan yang luar biasa malah lebih elok dari kita membeli produk kecantikan di luar dan ia jauh lebih murah daripada barangan kecantikan di luar.

Ia juga 100% halal dan tiada kesan sampingan sebab semua bahannya mudah di dapati. Dah macam jual barang kecantikan pulak Spanar Buruk ni hahaahaha. Nak tahu apa petuanya?. Jum baca sampai habis entri ni.

Petua 1 : Menghilangkan Parut Di Kulit
Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yang mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah anda.


Petua 2 : Memerahkan Bibir
Sapukan madu asli pada bibir setiap malam sebelum tidur. Amalkan selalu. Bibir anda akan merah seperti memakai gincu.


Petua 3 : Mencerahkan Kulit Muka
Petuanya mudah sahaja, ,urah dan yang paling penting, anda akan dapat melihat hasilnya dalam masa yang singkat. Caranya sediakan kuning telur, sedikit air limau nipis dan parutan lobak merah. Campurkan kesemua bahan tersebut dan kacau sehingga sebati. Kemudian sapukan pada muka dan biarkan ia kering. Cuci muka anda dengan air tnapa menggunakan sebarang pembersih muka.


Lihat,mudah bukan?. Tak payah nak beli produk mahal sangat untuk muka. Lebih baik kita gunakan petua turun temurun untuk kesan yang lebih baik tanpa sebarang kesan sampingan yang teruk. Selamat mencuba semua kawan-kawan Spanar Buruk. Jaga diri bebaik dan Assalamualaikum semua.
Read more

Sabtu, 4 Ogos 2012

Sedekah Yang Pahalanya Terus Mengalir

,
Dari Abu Hurairah RA, bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda : ”Bila seorang hamba telah meninggal, segala amalnya terputus , kecuali tiga hal  : amal jariyah , ilmu yang bermanfaat  atau anak shalih yang mendo’akannya ”  (HR. Bukhari, dalam Adabul Mufrad).Berikut contoh konkrit, sadaqah (amal) jariah, yang pahalanya terus mengalir  walaupun si pemberi sadaqah telah wafat :


SADAQAH JARIAH –
KEBAIKAN YANG TAK BERAKHIR
AL SADAQAT AL JARIYAH –
THE ACTIONS WHICH OUTLIVES YOU !
1.       Berikan Al-Quran pada seseorang , setiap saat Al-Quran tersebut dibaca, anda mendapatkan kebaikan.
Give Quran to someone and each time they read from it, you will gain hasanaat.
2.       Ajarkan seseorang sebuah do'a . Pada setiap bacaan do'a itu, anda mendapatkan kebaikan.
Teach someone to recite a dua. With each recitation, you will gain hasanaat.
3.       Sumbangkan kerusi roda ke Hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, anda mendapatkan kebaikan.
Donate a wheel chair to a hospital and each time a sick person uses it, you will gain hasanaat.
4.       Tanam sebuah pohon . Setiap seseorang atau hewan berlindung dibawahnya atau makan buahnya, anda dapat kebaikan..
Plant a tree. Each time any person or an animal sits under its shade or eats from the tree, you will gain hasanaat.
5.       Tempatkan pendingin air di tempat awam .
Place a water cooler in a public place.
6.       Edarkan bacaan yang membangun  dengan seseorang.
Share constructive reading material with someone.
7.       Libatkan diri dalam pembangunan masjid .
Participate in the building of a mosque.
8.       Edarkan CD Quran atau Do'a .
Share a dua or Quran CD.
9.       Bantulah pendidikan seorang anak .
Help in educating a child.
10.   Edarkan pengetahuan ini dengan orang lain . Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal diatas, Anda dapat kebaikan sampai hari Qiamat.
Share this with someone. If one person applies any of the above you will receive your hasanaat until the Day of Judgment.


 Jadilah dai “ sejuta artikel ” dengan meneruskan artikel  ini kepada saudara-saudara kita sesama muslim yang barangkali belum mengetahuinya, sehingga kita tidak dilaknat Allah dan seluruh mahluk kerana tidak menyampaikan (menyembunyikan) apa yang telah kita ketahui, sebagaimana dinyatakan dalam Al-Quran surah Al-Baqarah Ayat 159 :

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan   dari keterangan-keterang an dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk  .
Dari Abdullah bin 'Amru ra, RasulAllah S.A.W bersabda: 
" Sampaikanlah pesanku walaupun hanya satu ayat ”.


Read more

Khamis, 2 Ogos 2012

Segmen : Kad Hari Raya Eksklusif By MrPetak.Com

,
Assalamualaikum pembuka bicara sambil bersengkang mata buat entri ni dengan harapan menggunung tinggi nak dapatkan hadiah 10 peserta terawal dari Blog Mr Petak dot Com ni. Harap-harapnya dapat la Amin. By da way thanks Blog Mr Petak dot Com sebab sudi jemput Spanar Buruk untuk turus serta dalam segmen kali ini. Segmen kedua Spanar Buruk join selepas join segmen dari Blog Mr Phat.




Nak tau pengalaman yang paling seronok Spanar Buruk lalui sepanjang bulan Ramadan?. Nak kata seronok bagi korang, Spanar Buruk tak pasti la. Tapi bagi Spanar Buruk pengalaman yang paling seronok masa bulan Ramadan tu adalah bila Spanar Buruk di tingkatan 6 di sebuah sekolah di Kulai. Memang best sangat pengalaman tu sebab masa tu la Spanar Buruk dapat bersahur dan berbuka bersama rakan-rakan asrama. Kira pertama dan terakhir jela dalam hidup Spanar Buruk ni. Masa tu kami bangun sama-sama, berbuka bersama,berterawih bersama. Tapi itu sekali je la dalam hidup dan takkan dapat dilakukan lagi pada masa akan datang.

Paling seronok tu kan masa Spanar Buruk dan kawan-kawan pergi bazaar Ramadan berdekatan sekolah tu. Masa tu nak balik ke asrama, singgah jap la ke bazar tu pastu kan sepatutnya Spanar Buruk dan rakan-rakan berbuka bersama bukan kat dewan makan macam kebiasaan tapi kan tapi kan, kami berbuka dalam bilik belajar. Melampau tak Spanar Buruk masa tu?.

Nakal sedikit tapi tak jahat la sebab masa tu kan, warden kami pun boleh tumpang sekaki bila berbuka dan bila tiba berbuka tu bising macam kat pesta je hahahaa. Tak pasal-pasal jek kena marah dengan budak-budak kecik kat asrama tu. Memang seronok dan kelakar juga la. Bila membeli tu, perghhh mcm nak buat jamuan untuk 1 asrama tapi yg tukang makan tu cuma 8 orang je. Biasa la, perut gajah semua hehe. Tapi sekarang semua tu tinggal kenangan je la sebab kami dah tinggalkan sekolah berkenaan.

Erm, rasanya setakat ini sahaja dari Spanar Buruk untuk dikongsikan bersama rakan-rakan hope tuan blog bernama Mr Petak ni suka la ye hehehe. Ok bye semua Assalamualaikum.
Read more

Segmen Di Mana Anda Beraya Pada Tahun Ini Bersama Phat Corner

,
Assalamualaikum semua. Apa khabar tuan yang terutama Encik Phat. Beta dengan ini ingin mengumumkan bahawa beta yang bernama Spanar Buruk mahu juga menyertai segmen yang tuan yang dirasakan sangat seronok ini. Beta dah lama tidak menyertai apa-apa segmen di mana blogger lain anjurkan. Alhamdulillah dengan penuh kerajinan, beta dengan ini bersungguh-sungguh nak join kerana mahu mensapotkan tuan hamba hehehe..

Pertama sekali, beta nak beritahu yang beta sudah pun mengelike page Facebook tuan hamba. Sungguh kacak dan bergaya tuan hamba di atas motor kapcai itu ye. Sudahlah, malas beta nak membebel panjang lagi. Adalah dengan ini, silalah baca entri yang telah disiapkan dengan jayanya ye dan diharap tuan hamba menyukainya.





Pada tahun ini, beta dengan gembiranya mahu buat pengumuman kepada semua bahawa beta akan pulang berhari raya bersama keluarga dan sanak saudara yg dikasihi di Negeri Jelapang Padi iaitu Negeri Kedah Darul Aman. Sudah lama tidak pulang berhari raya di kampung sejak beta bekerja ni. Kampung beta terletak di dua tempat, satu di Alor Setar dan satu lagi di Sik. Jadi tiada la pergaduhan berlaku antara dua jiwa kerana masing-masing dapat berhari raya bersama adik beradik. Sungguh lega rasanya.

Beta akan berangkat pulang ke kampung pada 15 haribulan ni (perghhh siap bagitau tarikh sekali) dan akan jumpa jalan pulang ke Johor pada 30 haribulan. Sungguh lama dan tidak terperi sukanya dapat balik lama-lama. Kampung beta tu bernama Kampung Kemelong di Sik dan Bukit Besar berdekatan dengan Pekan Kota Setar. Oleh kerana beta malas nak bagitau kat belah mana, maka dengan ini silalah menggoogle mapkan tempat tu ye.

Baiklah setakat ini sahaja perutusan dari beta kepada kamu wahai tuan hamba bernama Phat. Semoga anda terhibur dengan entri yang telah beta siapkan ini. Beta dengan bangga diri nak mentag kawan-kawan seperjuangan di medan perang yang setia bersama beta. Dengan ini diumumkan bahawa:




Telah dilantik untuk menjawab tag daripada beta ini. Silakanlah menjawab mudah-mudahan anda akan menjumpai jawapan yang bernas untuk tag ini. Sekian wassalam.

Read more

Rabu, 1 Ogos 2012

Tolak Bala dengan Sedekah

,
Orang-orang yang beriman sangat sedar dengan kekuatan sedekah untuk menolak bala, kesulitan dan berbagai macam penyakit, sebagaimana sabda RasulAllah SAW , sbb :
  •    Bersegeralah bersedekah, sebab yang namanya bala tidak pernah mendahului sedekah  .
  •          Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah  .
  •           Ubatilah penyakitmu dengan sedekah  .


Banyak dari kita yang sudah mengetahui dan memahami perihal anjuran bersedekah ini, namun persoalannya seringkali kita teramat susah untuk melakukannya kerana kekhuatiran bahawa kita salah memberi, sebagai contoh kadang kala kita enggan memberi sedekah kepada pengemis yang kita temui ditepi jalan dengan anggapan bahawa mereka (pengemis/peminta tsb) menjadikan meminta-minta sebagai pekerjaannya, malas, dll. 

Padahal sesungguhnya prasangka kita yang demikian adalah bisikan-bisikan syaitan laknatullah yang tidak rela melihat kita berbuat baik (bersedekah) , sebaiknya mulai saat ini hendaknya kita hilangkan prasangka-prasangka yang demikian kerana seharusnya sedekah itu kita niatkan sebagai bukti keimanan kita atas perintah Allah dan rasul-Nya yang menganjurkan umatnya untuk selalu bersedekah,


Masalah mungkin timbul apabila ternyata kemudiannya bahawa sedekah yang kita beri kepada pengemis/peminta tadi tidak tepat sasaran, bukan lagi urusan kita , kerana sedekah hakikatnya adalah ladang amal bagi hamba-hamba Allah yang bertakwa. Pengemis/peminta/ fakir miskin lainnya adalah ladang amal bagi orang yang berkemampuan, dapat kita bayangkan andaikata tidak ada lagi orang-orang tersebut, kepada siapa lagi kita dapat beramal (bersedekah) ???

 Walaubagaimanapun dalam dunia yang semakin gawat dan gayat ini pemberian sedekah Atau kalau kita termasuk orang yang tidak suka memberi sedekah (kepada pengemis/peminta/ fakir miskin) dengan berbagai alasan dan pertimbangan maka biasakanlah bersedekah dengan menyiapkan sejumlah wang sebelum sholat Jum’at dan memasukkan ke kotak-kotak sumbangan yang tersedia danbiasakan dengan memberi sejumlah minima setiap Jum’at , misalnya Jum’at ini kita menyumbang RM5 kekotak amal tersebut maka sebaiknya Jum’at berikutnya harus dengan jumlah yang sama, syukur jika boleh diberi lebih dan yang terpentingnya harus diiringi dengan keikhlasan.


Sedekah anda, walaupun kecil tetapi amat berharga disisi Allah Azza Wa Jalla. Orang yang bakhil dan kikir dengan tidak menyedekahkan sebahagian hartanya akan rugi didunia dan akhirat kerana tidak mendapat keberkatan. Jadi, sebenarnya orang yang bersedekah adalah untuk kepentingan dirinya. 

Sebab menginfakkan (belanjakan) harta akan memperoleh berkah dan sebaliknya menahannya adalah celaka . Tidak menghairankan jika orang yang bersedekah diibaratkan orang yang melabur (invest) dan menabung disisi Allah dengan jalan meminjamkan pemberiannya kepada Allah. Balasan yang akan diperolehnya berlipatganda. Mereka tidak akan rugi meskipun pada awalnya mereka kehilangan sesuatu.

Read more

Blogger Chat Room


Mari Tukar Link

Samseng FaceBook


Ai, Takkan Tengok Je.:)
 

~Spanar Buruk~ Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger