HOT NEWS

Pelanggan Tetap Spanar Buruk

Sabtu, 22 Oktober 2011

Ikuti Cara Nabi Menjaga Kesihatan Diri

,
Assalamualaikum semua..Panas panas dari bengkel spanar..Spanar nk kongsi artikel yang bermanfaat untuk kita tau tentang cara Nabi menjaga kesihatan beliau..Artikel ni spanar baca dari Harian Metro tapi lupa hari apa..Spanar rasa entry ni bermanfaat untuk kita..Jom kita baca satu persatu macam mana Nabi kita menjaga kesihatan diri supaya kita pun boleh sihat seperti Nagi juga..Antara cara-cara Nabi menjaga kesihatan ialah:

1)Selalu bangun sebelum subuh 
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah. 

Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran. 


2)Aktif menjaga kebersihan 
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi. 

“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim) 





3)idak pernah makan berlebihan 
Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih) 

Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.  Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat. 

4)Gemar berjalan kaki 
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar. 

Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi. 


5)Tidak pemarah 
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa. 

Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.  Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilangkan gundah  di hati. 




6)Optimis dan tidak putus asa 
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t. 

7)Tidak pernah iri hati 
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.” 

8)Pemaaf 
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan. 

Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat. 


Dah baca dan dah fahami?..Jadi inilah masa kita untuk mengamalkan cara-cara yang spanar dah kongsi ni..Semoga kita juga akan sihat fizikal dan mental seperti Nabi kita insyAllah..Ok la,jumpa lagi di entry akan datang Assalamualaikum semua..





3 Comments:

  • 22 Oktober 2011 pada 12:06 PTG
    farz zull says:

    terima kasih berkongsi dan saling memperingati...:)

  • 26 Oktober 2011 pada 6:44 PG
    Nida says:

    Salam..

    Indahnya akhlak nabi....

    p/s; Macam mana Kak Nida buat backgroun hijau tu ek... ermmmmm, kak nida ni main pakai hentam je..hehe. Guna photoscape, pastu buat speech bubble pada imej tu... kalau nak insert gambar dalam speech bubble tu klik pada objek, pastu tekan gambar gunung... then masukkanlah imej apa yang nak dimasukkan dalam tu.. pastu adjust saiz yang berkenan...

    Cubalah... kalau berjaya, belanja akak makan ek...hahahaha.

    Sekian dari saya:
    http://alongnidar.blogspot.com/2011/10/angry-birds-giveaway-by-spanar-buruk.html

  • 28 Oktober 2011 pada 3:14 PG
    kyo_9 says:

    rambut halus pada pipi tu jambang la ek?

Blogger Chat Room


Mari Tukar Link

Samseng FaceBook


Ai, Takkan Tengok Je.:)
 

~Spanar Buruk~ Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger