HOT NEWS

Pelanggan Tetap Spanar Buruk

Sabtu, 8 Oktober 2011

Bila Kita Berusaha,Apa Pun Boleh Jadi.

,
Hati Badrul benar2 terluka.Ptg itu stlh lelah dgn tugasan,pihak sekolah anak lelakinya menelefon agar dia bertemu dgn guru disiplin sekolah.

"Encik......anak encik terpaksa kami buang dari sekolah kerana masalah disiplin yg serius"ujar guru disiplin dlm bilik yg sunyi.Patah bicara itu umpama bunyi ledakan letupan untuk Badrul.Rasa marah,malu,kecewa berbaur didlm dada.Mukanya terasa panas,mukanya spt tertempel arang hitam.Dirinya terasa aib.




Tiada rayuan dibuat,anaknya dibawa pulang ke rumah.
Atas rasa kecewa,Badrul dan isteri mengambil keputusan menghantar anaknya ke sebuah sekolah tahfiz al Quran.

Pada hari anak dihantar ke asrama,tanpa mahu menoleh wajah,anaknya ditinggalkan.Badrul tidak mempedulikan perasaan anaknya kerana perasaannya sendiri sarat dgn kesal dan kecewa yg teramat....Pada setiap bulan,Badrul ke sekolah anaknya utk membayar yuran tetapi dia tidak mahu berjumpa dgn anaknya.Dia serik menaruh harapan pada anaknya itu.

Sehinggalah lapan bulan berlalu,ketika dia menjelaskan bayaran yuran spt biasa,dtg seorg guru meminta agar dia menemui anaknya.

"Encik....silalah berjumpa dgn anak encik,kami rasa sudah lama benar dia menyebut ingin bertemu dgn ayahnya...."bicara ustaz dlm nada merayu.

"Tak mengapalah,saya rasa tidak ada keperluan utk itu.Biarlah dia di sini dan saya akan terus membayar yuran yg sepatutnya."Tegas jwpn Badrul.

"Tapi tidakkah pada hari ini encik ingin berjumpa dgn seorg al-hafiz?"bisik ustaz ke telinga Badrul."Hari ini anak encik telah hafaz keseluruhan al Quran.Dia telah habis menghafaz dlm tempoh 8 bulan!"sepatah sepatah bicara ustaz kpd Badrul.Badrul kehairanan."Tidakkah encik mahu mengucapkan sedikit tahniah kepadanya?"tanya ustaz mengakhir bicara.Badrul tergamam dn terdiam.Dia tak percaya dgn apa yg dia dengar .

Saat itu anaknya masuk dgn ragu2.wajahnya sarat menanggung rasa rindu hati seorg anak.Tanpa sedar,Badrul menangis dgn kuat.esakannya memenuhi ruang bilik.Dia meluru memeluk anaknya.Badrul tidak percaya bhw dia memeluk anaknya seorg al-hafiz dgn cahaya al Quran melimpah di wajah.Begitu lama si anak dlm dakapan ayahnya....hati terasa damai..




Si anak lapan bulan dulu...telah menanam tekad utk berubah.ALLAH telah memberikan hidayah.didikan ustaz dan siraman cahaya al Quran memberikannya kekuatan utk meninggalkan sejarah lampaunya.

Moral: walau apapun sejarah lampau kita,itu bukan apa2 utk masa depan kita.Org lain berhak berfikir apa shj tetapi segalanya terletak pd diri kita sendiri.Kita boleh buat apa saja utk jadi baik.Kesukaran paling besar ialah ketika ingin memulakannya.Kita perlu berani memulakan langkah...kelak nanti pasti dibantu ALLAH.Jgn bertangguh lagi utk berubah menjadi baik,yg lebih baik dan jadi yg terbaik.segalanya demi meraih KEREDHAAN ALLAH.


3 Comments:

  • 8 Oktober 2011 pada 2:13 PTG
    Tanpa Nama says:

    didikan al-Quran didikan terbaik =)

  • 9 Oktober 2011 pada 12:04 PTG

    rsa sebak pulak.... T_T

    hidayah Allah.. siapa tahu..

  • 10 Oktober 2011 pada 3:03 PTG
    Admin says:

    hidayah ni Allah bagi kepada siapa yang Dia hendak..tp mmg betul dalam apa2 pun usaha adalah tangga kejayaan...sama mcm Ramli yg berjaya di manchester united ;-)

Blogger Chat Room


Mari Tukar Link

Samseng FaceBook


Ai, Takkan Tengok Je.:)
 

~Spanar Buruk~ Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger