HOT NEWS

Pelanggan Tetap Spanar Buruk

Khamis, 9 Ogos 2012

Cara Untuk Mengekalkan Kesihatan Yang Optimum

,
Assalamualaikum semua. Hello hello, rindunya pada korang ni. Apa khabar semua?. Selamat berpuasa ye kepada rakan blogger sekalian. Dalam tidak sedar, dah masuk 3 minggu umat Islam berpuasa. Anda masih okay?. Jangan ada yang tertonggeng lagi waktu-waktu mcm ni hehehehe. Sabar,sabar lagi seminggu je nak berhari raya. Mesti mood raya tu dah membuak-buak dalam hati.

Okay la, sebenarnya Spanar Buruk bukan nak bercerita tentang hari raya tapi Spanar Buruk ada terjumpa tips dan cara yang Spanar Buruk patut kongsikan bersama kawan-kawan semua. Dah lama sebenarnya artikel ni dijumpai tapi tak tersempat nak berkongsi bersama anda =) Kat sini Spanar Buruk ada cara untuk dikongsi bagaimana untuk mengekalkan kesihatan yang optimum. Nak tau apa dia, jum baca dengan lebih lanjut.

Langkah Pertama : Jaga kesihatan Tulang Anda
Kajian mendapati, wanita lebih cenderung untuk mendapat osteoporosis berbanding kaum lelaki. Sebagai langkah dari awal, cuba tingkatkan kesihatan tulang anda dengan mengikut 2 langkah berikut :


©       Kalsium, Kalsium dan Kalsium
1.   Lebihkan pengambilan susu, produk tenusu, ikan, kekacang, sayur misalnya kalian, bayam dan brokoli.
2.   Selain itu, makanan yang diperkaya dengan khasiat kalsium juga bagus untuk kesihatan.
3.   Sebagai tambahan, anda boleh mengmbil vitamin D dan magnesium kerana ia berkesan dalam penyerapan kalsium yang lebih baik untuk tubuh.

©       Bersenam Dengan Lebih Kerap
1.   Lakukanlah latihan kekuatan dan senaman misalnya berlari, lompat tali, aerobik dan berjalan perlahan.
2.   Latihan ini bagus untuk melatih otot dan menguatkan tulang.
  
Langkah Kedua : Pastikan Darah Anda Juga Sihat
Apabila sel darah merah tidak membekalkan oksigen yang mencukupi pada tubuh, di sinilah bermulanya risiko penyakit anemia. Anemia yang biasa berlaku ialah ‘iron deficiency anemia’. Ia terjadi disebabkan oleh kehilangan darah yang banyak pada wanita khususnya semasa melahirkan anak dan pengeluaran darah haid. Di Malaysi,a kira-kira 25 % wanita dan 30 - 40 % ibu hamil mengalami masalah anemia. Sebagai membantu anda terhindar daripada masalah anemia, lebihkan pengambilan zat besi dan asid folik di dalam diet harian.


©       Pastikan Anda Mendapat Zat Besi Yang Mencukupi
1.   Anda boleh makan kerang segar, paru, daging tanpa lemak, bayam dan kangkung.
2.   Selain itu, lebihkan pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin C kerana ia membantu penyerapan zat besi yang lebih baik.

©       Tambahkan Asid Folik Dalam Menu Harian
1.   Sayur-sayuran berdaun hijau, bendi dan kekacang mempunyai nilai asid folik yang tinggi. Pilihlah makanan yang berkualiti tinggi misalnya yang mempunyai kandungan gandum.

Langkah Ketiga : Sentiasa Memantau Kesihatan Jantung
Merujuk kepada Yayasan Jantung Wanita, satu pertiga daripada punca kematian wanita disebabkan oleh penyakit jantung. Fakta menunjukkan bahawa penyakit jantung mampu membunuh wanita enam kali lebih tinggi berbanding kanser payudara. Jumlah kolesterol yang tinggi terutamanya kolesterol yang tidak baik adalah punca utama yang meninggikan risiko menghidap penyakit ini. Berikut adalah beberapa langkah mudah merendahkan tahap kolesterol di dalam badan anda :


©       Jangan Abaikan Pemeriksaan Kolesterol
1.   Tahap kolesterol darah yang sesuai untuk wanita ialah di bawah 5.2 mmol/L. Tahap kolesterol tidak baik yang disyorkan mestilah di bawah 2.6 mmol/L dan kolesterol baik pula mestilah melebihi 1.3 mmol/L.

©       Makan Oat Setiap Hari
1.   US Food and Drug Administration (FDA) menyatakan. Diet yang tinggi dengan oat dan bran serta rendah kolesterol mampu merendahkan risiko penyakit jantung.
2.   Oat mengandungi serat larut yang telah diuji secara klinikal mampu merendahkan paras kolesterol. Serat ini akan mengumpulkan kolesterol dan menghalangnya daripada memasuki saluran darah.
3.   Factor inilah juga yang menghalang pertambahan jumlah kolesterol di dalam darah.

©       Mulakan Senaman Ringan Mulai Hari Ini
1.   Kalau anda sering memandang remeh kepentingan senaman, ubahlah persepsi anda mulai hari ini. Tidak perlu lakukannya secara mendadak. Anda boleh mulakannya dalam sesi 20 minit sebagai permulaan.
2.   Bahkan, anda boleh membahagikan sesi senaman ini kepada beberapa bahagian kecil misalnya selama 10 minit. Lakukan secara berperingkat dalam masa yang kerap. Apa yang penting, anda perlulah bergerak aktif.

Okay la setakat itu sahaja untuk kali ini. Semoga segala tips dan cara yang Spanar Buruk kongsikan ini dapat dimanfaatkan oleh semua kawan Spanar Buruk. Nak share dengan orang lain pun buleh. Semoga berjumpa lagi pada entri Spanar Buruk yang akan datang. Salam Ukhwah untuk semua rakan blogger (^_^)

2 Comments:

Blogger Chat Room


Mari Tukar Link

Samseng FaceBook


Ai, Takkan Tengok Je.:)
 

~Spanar Buruk~ Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger