HOT NEWS

Pelanggan Tetap Spanar Buruk

Sabtu, 30 Jun 2012

Perlu Ke Kita Menceritakan Keburukan Orang Di Laman Sosial????

,
Assalamualaikum semua.. Hari tu Spanar Buruk buka 1 laman sosial, Spanar Buruk dikejutkan dengan 1 gambar.. Seorang kawan Spanar Buruk post gambar bekas kekasihnya bersama isteri beliau di wall laman sosial Spanar Buruk.. Terkejut dengan komen dan reaksi kawan-kawannya.. Banyak yang like gambar berkenaan tapi pada Spanar Buruk, tak perlu rasanya untuk Spanar Buruk like gambar berkenaan dan memberi komen gambar berkenaan dan akhirnya orang lain tahu mengenai komen berkenaan..


Spanar Buruk buat entri ni bukan sebab kepentingan diri sendiri atau mahu menjatuhkannya, tapi sebagai 1 pengajaran yang Spanar Buruk nak ambil dan harus untuk Spanar Buruk kongsikan dengan kawan-kawan semua.. Spanar Buruk tak mahu mendedahkan siapa kawan Spanar Buruk.. Spanar Buruk ambil inisiatif untuk tidak memberi kenyataan di gambar berkenaan sebaliknya Spanar Buruk memberi komen di private message laman sosial beliau sahaja jadi dari situ hanya dia yang tahu apa yang Spanar Buruk nak perkatakan.. Mungkin juga dia khilaf dengan tindakannya tu..

Kalau nak diikutkan, Spanar Buruk pun ada bekas kekasih dan kedua-dua bekas kekasih Spanar Buruk dahulu dah banyak menyakiti hati Spanar Buruk.. Mereka bertanyakan khabar di Facebook Spanar Buruk namun Spanar Buruk mengambil inisiatif untuk tidak mempedulikan kedua-duanya kerana pada fikiran Spanar Buruk, mereka sudah tiada kaitan dengan Spanar Buruk lagi dan mungkin jika dilayan, mereka berfikir bahawa ada second chance untuk mereka.. Spanar Buruk juga rasa tak perlu la untuk menceritakan tentang kehidupan mereka sekarang di laman sosial..


Berbalik kepada tajuk yang Spanar Buruk nak perbincangkan ini lebih terbuka kepada umum dan bukan Spanar Buruk nak tertumpu hanya pada kawan Spanar Buruk tu, pada pendapat Spanar Buruk la tak perlu rasanya untuk kita menceritakan kepada orang lain hal yang pernah berlaku pada diri kita sebelum ini.. Kalau nak diikutkan perkara yang dah lepas umpamanya kita ditinggalkan kekasih, kita bergaduh dengan kawan baik kita atau apa jua perkara yang tidak baik tu sepatutnya kita jadikan sempadan dan pengajaran dalam kita meniti arus kehidupan tetapi bukan dengan mengambil tindakan dengan mendedahkan siapa orang yang pernah menyakiti hati kita.. Seharusnya kita simpan sahaja semua itu..

Tidakkah kita seharusnya berfikir panjang dahulu dalam melakukan sesuatu perkara itu sebelum kita mendedahkannya kepada umum sehingga orang lain memberi komen dan tanggapan negatif terhadap orang yang pernah melakukan salah terhadap kita?.. Sudah pasti orang yang diceritakan kisahnya tu bila sudah mengetahui bahawa dirinya telah dimalukan dan kisah lamanya telah diketahui orang lain, dia juga akan berfikir bahawa semua salah hanya terletak pada dirinya sahaja.. Tidak ke kesian orang tu?..



Ermm rasanya cukup la setakat itu sahaja apa yang Spanar Buruk nak kongsi dengan kawan-kawan semua.. Yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan dan pengajaran supaya kita juga tidak melakukan hal sedemikian di kemudian hari nanti.. Takut nanti 1 hari, Allah akan balas balik perbuatan kita dengan cara kita menceritakan keburukan itu.. Mana tahu bukan dengan orang yang kita selalu berjumpa, mungkin orang lain ke.. Jadi sentiasa la berwaspada.. Wassalam..
Read more

Khamis, 28 Jun 2012

Wanita Meminati Bola Sepak – Disebabkan Pemain Atau Kekuatan Pasukan

,
Assalamualaikum semua..Musim EURO 2012 sudah pun bermula..Yeeeeeehhhaaaaaa, bersorak gumbira la para peniaga kedai makan terutamanya restoran mamak kerana kedai makan mereka dipenuhi dengan peminat yang fanatik lagi taksub pada EURO 2012 dan poket mamak tersebut dipenuhi duit daripada penyokong EURO 2012 yang melepak selepas Isyak sampai 3,4 pagi serta yang sibuk mengakses internet sebab nak publish kat Facebook masing2 kakakakaka..Maka masing-masing pun yang tengah tengok game akan ada yang bertekak sesama sendiri dan memuji kekuatan pasukan pilihan mereka hahahaha..


Dalam ramai-ramai penyokong fanatik bola sepak luar negara ni kan, pasti ada antara kaum adam yang sedang membaca entri ni bersetuju dengan Spanar Buruk 80 %..Setuju dengan Spanar Buruk untuk apa?..Setuju sebab kedai mamak bertambah kaya ke?..Bukan sebab tu la, tapi bersetuju dengan Spanar Buruk kerana pasti akan terselit awek-awek disebalik keghairahan dan ramainya penyokong lelaki..Betul tak?..Setuju tak dengan apa yang Spanar Buruk perkatakan ni?..Kalau tak 10 orang,5 atau 6 orang tu mesti ada punya la kan kan kan?..

Tapi perkara tu tak pelik pun bagi Spanar Buruk..Apa la yang nak dipelikkan sangat kalau ada 5 atau 6 orang perempuan terselit disebalik ramai-ramai lelaki dalam restoran mamak tu..Biasa la tu kan kalau tengok kat mana-mana kedai makan yang ada wifi dan ada astro umpamanya, tapi kan 1 je yang Spanar Buruk pelik ni..Memang pelik amat sangat..Ada antara wanita-wanita ni minat bola sepak kerana apa?..Minat kerana pasukan tu memang hebat dan terbaik atau ada sebab disebaliknya?..Hahahahaha..Kalau dulu-dulu kita pasti perasan mak-mak kita pasti marah bila kita tengok game lalu berkata,”Apa la yang korang minat sangat tengok bola ni..Kalau setakat bola sebijik smpai 22 orang kejar,tak ke kesian bola tu?..Ayat tu dah biasa da tapi sekarang,wanita minat bola sebab apa yerk?..



Tak dinafikan bila dibuat tinjauan tentang bola sepak dan ditanya anda minat bola kerana apa, pasti awek-awek ini akan ada yang berkata “saya tengok bola sebab nak tengok pemain kesukaan saya aje bukan sebab game tersebut atau sebab kekuatan pasukan berkenaan”..Ayat biasa la tu kita selalu dengar kan?..Tak dinafikan juga ramai pemain bola sepak ni kacak-kacak belaka dan menjadi kegilaan ramai wanita sampai ada penyokong wanita dari negeri lain umpamanya sanggup memakai jersi pasukan pemain kesukaan mereka, tapi mereka menyokong pemain sahaja bukan kerana pasukan berkenaan hahahahaha..



Tapi tak semua la macam di atas ni..Zaman dah moden, sekarang ni ramai wanita dah pandai dalam bola sepak la..Ada juga sekarang ni yang minat bola sepak kerana kekuatan yang ada pada pasukan yang mereka pilih tu dan ada juga bila ditanya tentang bola sepak atau kekuatan satu-satu pasukan berkenaan, mereka lebih banyak tahu dan mungkin juga kepandaian mereka dalam bercerita tentang 1 pasukan tu boleh mengalahkan lelaki hehehe..Lelaki semua jangan marah ye kalau situasi ini berlaku pada diri anda..

Tak kira apa pun situasi dan cara wanita ini meminati bola sepak, itu hak individu dan terpulang pada masing-masing..Nak paksa sesetengah daripada mereka tengok game bola sepak macam lelaki yang sanggup tengok sampai 3,4 pagi ni pun tak boleh gak sebab tugas mereka sebagai wanita lagi-lagi seorang ibu,takkan nak pulak tengok bola sampai waktu macam tu, nanti kang anak tu hari-hari makan bola, mandi dengan bola hahahaha..Okay la, Spanar Buruk beransur dulu..Jumpa Spanar Buruk lagi untuk entri akan datang..
Read more

Isnin, 25 Jun 2012

Liniey Berjaya Menaikkan Nama Sendiri Selepas Terlibat Dengan Kontroversi

,
Wow mengalahkan retis terhebad abad ini..Sekali kontroversi keluar berkaitan dirinya dengan salah seorang penjaga gol kebangsaan tak lain dan tak bukan iaitu Khairul Fahmi Che Mat @ Apex, namanya terus meniti di bibir setiap wartawan dan peminat dan ada pula syarikat mahu menggunakan khidmatnya untuk menjadi model..Syabas dan tahniah kepada Liniey..Disebalik terpalitnya kontroversi mengenai dirinya dengan Apex yang mengatakan Apex putus tunang disebabkan olehnya, ada rezeki datang bergolek untuknya.

Baru-baru ini, kita dapat melihat wajahnya terpampang di kaca tv menjadi model untuk produk minyak wangi keluaran Simply Siti..Mulanya Spanar Buruk ingtkan model mana la tu tak pernah nampak pun selama ini tapi setelah Spanar Buruk baca kisah mengenai Liniey, barulah Spanar Buruk tahu bahawa model dalam iklan minyak wangi keluaran syarikat Dato’ Siti Nurhaliza itu adalah gadis yang dikaitkan dengan Khairul Fahmi Che Mat..Jom kita baca kisah mengenainya dalam surat khabar Berita Harian Edisi 8 Jun lalu:



KOTA BHARU: Usahawan dan model jelita, Nur Eilunie Natasha Nazri, 21, atau Leuniey yang namanya menjadi sebutan gara-gara dikaitkan dengan penjaga gawang pasukan bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat, 23, Februari lalu, mengakui berdepan dilema sama ada mahu bergelar pelakon selepas ‘diburu’ produser yang menawarkannya berlakon.


Anak kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang yang disifatkan bertuah oleh banyak pihak kerana kini semakin dikenali selepas terpilih menjadi model untuk klip video iklan minyak wangi ‘SimplySiti Eau De Parfum’ milik penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, sudah mendapat tawaran berlakon daripada produser Global Station Sdn Bhd, Datin Zaiton Mohd Jiwa dan produser Metrowealth International Group (MIG), David Teo.





Menurut Leuniey, dua produser terkenal itu menawarkan sendiri peluang untuk dia berlakon baru-baru ini, tetapi terpaksa ditolak buat sementara waktu.
“Memang saya ada menerima tawaran untuk berlakon, tetapi terpaksa menolaknya buat sementara waktu berikutan perlu menguruskan perniagaan butik pengantin yang diusahakan.

“Pada masa sama, saya duduk di Kota Bharu dan jika hendak berlakon perlu ke Kuala Lumpur menyebabkan sukar untuk saya membuat keputusan,” katanya ketika ditemui kelmarin.


Leuniey berkata, selepas terpilih menjadi model iklan produk SimplySiti, dia bersedia untuk ‘terjun’ ke ‘dunia glamor’ namun memerlukan masa dan perancangan yang rapi.
Sebelum ini, nama Leuniey menjadi sebutan apabila didakwa putus tunang selepas jatuh cinta dengan Khairul Fahmi, membuatkan dia tampil memberi penjelasan dengan menafikan dirinya ada kaitan dengan penjaga gawang skuad bola sepak negara itu.




Selepas wajah Leuniey terpampang di hampir semua akhbar arus perdana, dia mula menjadi sebutan, malah namanya yang dulu tidak popular di Internet kini menjadi popular apabila mencatatkan ribuan carian menggunakan namanya.
Sementara itu, Zaiton ketika dihubungi berkata, dia mengakui menawarkan peluang berlakon kepada Leuiney.

Katanya, Leuniey tidak dapat menerima tawarannya itu kerana perlu menguruskan perniagaannya, apatah lagi ketika musim cuti sekolah ini, dia menerima banyak tempahan untuk majlis perkahwinan.
“Leuniey ada rupa dan ada pakej untuk bergelar pelakon. Pada masa sama, dia juga semakin dikenali kerana menjadi model untuk klip video produk minyak wangi SimplySiti.“Kita pada bila-bila masa bersedia menerima Leuniey untuk berlakon jika dia sudah bersedia,” katanya.


sumber : Berita Harian Edisi 8 Jun 2012


Spanar Buruk mendoakan agar Liniey akan terus berjaya di masa akan datang dan segala kontroversi yang keluar mengenai dirinya selama ini akan menjadikan dirinya lebih kuat untuk mnempuh arus kehidupan yang penuh mencabar ini..Syabar dan tahniah Spanar Buruk ucapkan untuk Liniey..


Read more

Ahad, 24 Jun 2012

Kisah Pengajaran - Koperal Kritikal Dilibas Mat Rempit

,




KLANG: “Saya yakin suspek akan ditahan. Klang bukan besar sangat. Diharapkan dia insaf dan menyerah diri kepada polis,” kata Mohd Hafiz, 21, anak sulung Koperal Mustaghni Tabri, 48, yang koma akibat dilibas dengan topi keledar oleh Mat Rempit, kelmarin.

Mustaghni, anggota polis trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan dilibas dengan topi keledar di belakang kepalanya oleh Mat Rempit ketika operasi mencegah lumba haram di Lorong Bunga Raya berhampiran Kampung Raja Uda, di sini, jam 1.45 pagi kelmarin.

Mohd Hafiz yang ditemui di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, di sini, semalam berkata, doktor memaklumkan ayahnya masih kritikal dan memerlukan bantuan mesin hayat.



“Doktor memberitahu ayah diberi perhatian rapi berikutan kurang tindak balas termasuk jantung, organ perkumuhan dan pengaliran darah.


“Perbuatan suspek sangat kejam. Apapun kami sekeluarga berharap ayah kuat dan sembuh,” katanya yang juga juruteknik bunyi di sebuah syarikat di Petaling Jaya.


Apa punya manusia la,kejam betul..Tergamak budak tu menghentam polis berkenaan sampai kritikal polis tu dikerjakannya..Padahal salah sendiri,tak sedar diri lagi..Aishhhhhh,sabar jela banyak2 dengan budak zaman sekarang ni..Tak reti hormat orang lebih dewasa dan tak reti hormat masyarakat sekililing..Mereka sepatutnya fikir dulu salah mereka sebelum mereka nak mencari kesalahan orang lain..




Spanar Buruk tak mahu taip panjang2 tentang perkara ini,cukup sekadar untuk berkongsi dengan kawan-kawan semua tentang insiden ini..Memang cukup untuk dijadikan pengajaran dan iktibar kepada kita semua bahawa dalam Negara ni,bukan kita seorang sahaja yang ada..Fikir la tentang orang lain sama..Jangan Jadi hero di jalan raya kerana jalan raya adalah untuk semua orang tau..Jom la komen,kita share2 pendapat kita..

Read more

Rabu, 20 Jun 2012

Khidmat Zizan Raja Lawak Digunapakai Untuk Mael Lambung

,
Assalamualaikum semua..Hari ni Spanar Buruk bukan nak review pasal filem sebab Spanar Buruk ni bukanlah selalu turun panggung pun tengok wayang macam sesetengah blogger lain seperti Kaki Wayang dotcom tu umpamanya yang rajin review tentang filem terbaru..Spanar Buruk nak story mory sikit kat korang tentang filem terbaru arahan pengarah dikatakan hebat gak iaitu Ahmad Idham iaitu filem Mael Lambung..Spanar Buruk baru je tengok dia punya cover untuk filem Mael Lambung dalam surat khabar Berita Harian minggu lepas tak salah Spanar Buruk, boleh tahan juga la gambar tu seolah2 rasa macam nak paksa je panggung wayang tayangkan filem tu sekarang gak wakakakakaka…

Filem Mael Lambung kali ini menggunakan kembali khidmat Zizan Raja Lawak & Pemenang Super Spontan untuk menjadi teraju utama filem ini dengan membawa watak sebagai Mael Lambung selepas khidmatnya telah digunakan untuk filem Ahmad Idham sebelumnya iaitu Hantu Bonceng yang telah mencapai kutipan sehingga RM 8 Juta, suatu pencapaian yang amat membanggakan untuk Ahmad Idham..Mungkin juga ada pengharapan besar disebalik filem itu daripada pengarah Ahmad Idham untuk mensasarkan kutipan melebihi daripada filem Hantu Bonceng tu..



Spanar Buruk ada terbaca dalam surat khabar minggu lepas tapi terlupa dah surat khabar apa..Dalam satu artikel tu ada mengatakan bahawa filem terbaru arahan Ahmad Idham iaitu Gerimis Mengundang yang menggunakan khidmat pelakon muda Kamal Adli serta menggunapakai khidmat pelakon dari Indonesia iaitu Olivia Jensen Lubis dikatakan kurang memberangsangkan dari segi kutipan jualan tiket..Dalam masa 4 hari sehingga 31 Mei yang lepas, kutipan hanya mampu mencecah RM 130, 000 sahaja dan dalam masa seminggu hanya mampu mencecah RM 230, 000 sahaja..Sangat kurang memberangsangkan..



Tak tahu di mana salah silap filem ini sehingga kutipan jualan tiket tak sampai RM 500,000 langsung sejak filem Gerimis Mengundang ditayangkan..Adakah salah dalam pemilihan pelakon atau salah penyampaian cerita, itu Ahmad Idham sahaja mampu menjawabnya..Berbalik kepada cerita mengenai filem Mael Lambung yang bakal ditayangkan pada 21 Jun ini, Spanar Buruk mengharapkan yang terbaik juga la untuk filem ini sama seperti filem Ahmad Idham yang sebelumnya iaitu Hantu Bonceng..Spanar Buruk berdoa agar filem ini mendapat kutipan tertinggi atau mungkin juga boleh mengatasi kutipan daripada filem Hantu Bonceng..Semoga syabas Ahmad Idham =)..
Read more

Selasa, 19 Jun 2012

Peraduan Jom Tambah Geng Blog By Encik Zahirin

,
Assalamualaikum pembuka bicara pemanis rasa sesedap makan kurma bila tiba puasa.. Bukan apa, Spanar Buruk buat ayat macam tu sebab nak bodek korang semua supaya like entri ni banyak2 wakakakakaka.. Kalau korang ada banyak akaun facebook mesti korang tak henti2 like entri ni kan?..

Kepada pesaing dan pencabar terdekat Spanar Buruk iaitu Abang JejakaTerhangat, jangan ingat kamu je nak hadiah tu k.. Spanar Buruk takkan nak duduk diam terlentang menengok kemenangan Abang Jejaka Terhangat nanti.. Ini tidak adil tidak adil bagiku (tu lagu Yuna sebenarnya hehehe)..

Prom prem pom pom pom tin tunnnnn tin (sambil membaca jampi serapah supaya bila ada orang tengok sekali pandang trus mengelike tanpa banyak soal).. Almaklumlah, Spanar Buruk kali ni nak main cara jahat nak menang hahahaha biar biar apa Spanar Buruk kesahhhhhhh wakakakakaka (banyak gelak betul budak sekor ni sepak kang lelaju)..

Ekceli Spanar Buruk nak join Peraduan Jom Tambah Geng Blog By EncikZahirin salah satu nak sapot kawan blogger baru Spanar Buruk.. Hope ramai la yang join nanti k Encik Zahirin..


Lari lari dan lari ke Blog Encik Zahirin, Spanar Buruk dah jadi pempollower Encik Zahirin yang ke teeeeetttt.. Oppppp jap jap jap,wawawawawwwww ada header mat moto la.. Tu Encik Zahirin ke masa muda ke?.. Lalalalalala.. Tengok la kat bawah ni Spanar Buruk dah jadi pempollower yang ke berapa kakaka..

Spanar Buruk Follower Ke 139 =)

Spanar Buruk dah menjadi kawan kepada Encik Zahirin.. Harap kawan ni pun bukan hanya kerana nak masuk Peraduan Jom Tambah Geng Blog By Encik Zahirin pastu bila peraduan ni dah tamat, Spanar Buruk remove balik diri jadi kawan.. Tak baik macam tu..

Spanar Buruk juga dalam proses memaksa kawan-kawan Facebook Spanar Buruk untuk mengelike entry yang penat Spanar Buruk buat sampai berpeluh 3 hari 3 malam buat tak tido ni.. Kalau korang tak mahu like?.. Apakan dayaku ini hanya insan biasa tidak bisa berbuat apa pun..

Ok la Spanar Buruk nak balik rumah Spanar Buruk la.. Dah puas melepak rumah Encik Zahirin ni lelama, baik blah sebelum Encik Zahirin menghalauku lalalala.. Bye semua, sila like ye entri ni.. Undi anda eh silap like anda amat dihargai, semoga Allah dapat membalas jasa baik kamu semua.. Like la untuk entri saya, bukan untuk diri saya yang dah sedia sengal ni lalalala..
Read more

Isnin, 18 Jun 2012

Segmen : Follower Pilihan Niera

,
Assalamualaikum semua hola hola.. Pertama sekali Spanar Buruk nak ucapkan ribuan, jutaan, lemonan terima kasih yang tak terhingga kepada Mrs. BuduBilis kerana beliau telah member Spanar Buruk idea untuk join segmen kali ini.. Terima kasih sekali lagi Mama Budu (opppsss dia belum jadi mama, Cuma on the way je =)).. Kerana Mama Budu la, Spanar Buruk tergerak hati nak join segmen ini..

Spanar Buruk tak mahu copy paste segala terma dan syarat yang diberikan sebab korang pun boleh baca sendiri kan syarat yang diberikan tu?.. Jadi malas Spanar Buruk nak penuhkan ruangan dengan mengopy pastekan segala syarat berkenaan.. Pada sesiapa yang nak join tu boleh àKLIK SINI AJE untuk join dan untuk tahu segala terma dan syaratnya ok..


Nak kata blog Spanar Buruk ni berat, tah la Cik Aisya Humaira.. Spanar Buruk timbang macam beratnya 10 tan je.. Takpe la, Cik Aisya Humaira  kira sendiri la berat ke tak.. Tapi tak salah mencuba, tak dapat takpe la.. Sebelum Spanar Buruk undurkan diri, Spanar Buruk nak tag la kawan-kawan Spanar Buruk ni mana tahu mereka akan tergerak hati untuk join sama ke :

Read more

Jumaat, 15 Jun 2012

Segmen : Jom Tingkatkan Follower Anda Dengan Mendadak Bersama Izzati

,
Assalamualaikum semua.. Spanar Buruk nak join segmen ni.. Bukan sebab nak jadi top referral ke apa tapi sebagai nak support kawan blogger baru Spanar Buruk bernama Cik Izzati ni.. Spanar Buruk kena tag ni pun dari kawan baik Spanar Buruk gak yang bernama Mr. Petak Tak Tau Berapa Segi.. kakakakaka saje Spanar Buruk tukar nama jadi panjang.. Sori bro =P..



Cantik banner Cik Izzati buat ni kan?.. Tapi maafkan Spanar Buruk ye Cik Izzati kerana mungkin telah menjadi orang terakhir masuk segmen anda ni.. Spanar Buruk dapat tahu ni pun last minit dati Mr. Petak tu huhuhuhuhuh.. Sian Spanar Buruk kan?.. Tapi takpe la, Spanar Buruk masuk bukan nak menang top referral ke apa tapi macam Spanar Buruk kata tadi nak support kawan blogger Spanar Buruk..

Spanar Buruk tak nak ngomel panjang sangat.. Kat sini Spanar Buruk nak tag kawan-kawan Spanar Buruk yang comel dan baik hati : 

Read more

Segmen : Doodle Jersey Euro Saya

,
Mulanya ingt masuk blog FizGraphics dot Com ni nak cari tutorial untuk pasang Churp-Churp kat Belog Spanar Buruk tapi lain pulak ceritanya.. Spanar Buruk ternampak 1 tajuk ni à BACA SINI yang buatkan Spanar Buruk teruja nak join.. Apa lagi, tanpa berlengah terus Spanar Buruk klik link berkenaan..

Kalau nak tahu terma dan syaratnya, sila la klik pada banner ataupun tajuk di bawah ni ye:


Dah pergi ke Belog FizGraphics dot Com lom?.. Dah baca syaratnya?.. Perggghhhhh syarat dia, tak macam senang banget pulok kan?.. Tak pyah nak sakit kepala sendiri buat entri.. Tq FizGraphics dot Com untuk link tu.. Memang dah bagi Spanar Buruk idea untuk buat entri dan sekaligus nak dapatkan hadiah doodle @ org biasa pgil dodol dengan cara paling mudah je wakakakaka..

Spanar Buruk nak minta FizGraphics dot Com buatkan Spanar Buruk Doodle Pemain Bola Sepak EURO berwarganegara BELANDA @ HOLLAND dan memakai baju jersi bernombor 24.. Tapi ekceli ada ke pemain BELANDA pakai jersi no 24?.. Wakakaka apa Spanar Buruk kesah.. Spanar Buruk nak kasut pemain tu berwarna putih dan ada line oren di tepi kasut berkenaan.. Yela, sah-sah la pilih BELANDA, takkan nak kasut warna biru pulak hahahahaha.. Baru matching dan ada gaya seorang bintang doodle..

Malas dah nak bebel panjang lagi, nanti FizGraphics dot Com marah kang langsung tak mau buatkan doodle untuk saya padan muka kau Spanar Buruk.. Spanar Buruk nak tag kawan-kawan hebad yang memang sehati & sejiwa ni.. Maka yang terpilih adalah jeng jeng jeng :


Read more

Rabu, 13 Jun 2012

Memahami Konsep Doa Minta Allah Tunjukkan Kita Jalan Yang Lurus

,
Assalamualaikum semua para blogger yang dikasihi sekalian..Kali ni Spanar Buruk nak berbicara dan berkongsi tentang doa..DOA kadang-kadang minta lain tapi buat lain malah ada juga bertentangan dengan apa yang kita minta tapi kita sebut ‘aamiin’.Bila imam baca doa kita di belakang main sebut saja, aamiin tapi tak tahu dan tak faham apa yang imam baca. Doa sebenarnya permintaan, kalau kita meminta sesuatu kita mesti faham, barulah masuk ke hati dan sedar apa yang kita minta. Bila faham semasa berdoa sangat menolong kita mencarinya selepas berdoa dalam kehidupan seharian.Kalau main minta atau main angkat tangan saja sedangkan tak faham apa-apa boleh dianggap bermain-main dengan doa.




Sudah puluhan tahun kita meminta perkara sama tapi tak dapat-dapat. Sebenarnya bukan Allah tak perkenankan tapi kita sendiri yang hanya pandai minta tetapi tak pandai cari. Minta tapi tak cari sama seperti berangan-angan. Antara yang kita mesti minta setiap hari sebanyak 17 kali sehari semalam ialah ‘ihdinassiratal mustaqim’ ataupun maksudnya ‘ tunjukilah kami jalan yang lurus.’ Besarnya doa ini, kita diwajibkan membacanya setiap kali di dalam sembahyang sebanyak 17 kali sehari. Doa ini tidak didahulukan melainkan selepas kita memuji Allah dahulu bahawa segala pujian itu meliputi pada-Nya dan Dia adalah Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Besarnya juga doa ini ia tidak didahulukan melainkan kita berikrar mengaku sebenar-benarnya hanya Allah, Tuhan yang kita sembah dan tempat kita meminta pertolongan. Setiap hari minta ‘jalan yang lurus’. Tahukah kita apa jalan yang lurus itu? kalau tak tahu kena belajarlah sebab jalan yang lurus itu sangat penting. Sesetengah remaja hanya tahu jalan betul, jumpa jalan betul terus merempit. Orang Palestin mati di jalan Allah kita mati jalan raya.Kalau kita perhatikan sebaik sahaja kita meminta jalan yang lurus, ‘ihdinassiratal mustaqim’ Allah mentafsirkan jalan lurus itu Tuhan terangkan jalan yang Allah sudah berikan nikmat-Nya kepada orang-orang yang terdahulu. 


Siapakah orang-orang ini? Mereka adalah rasul, nabi, sahabat-sahabat dan aulia’. Mereka kekasih Allah, Tuhan yang menganugerahkan nikmat besar kepada mereka. Nikmat pula ialah nikmat iman, Islam dan ihsan. Hanya dengan jalan iman, Islam dan ihsan, barulah kita dapat mengikut jalan yang lurus, jalan yang sama dilalui oleh kekasih Allah iaitu rasul, nabi dan wali Allah. Mereka melalui jalan itu dan Allah tunjukkan jalannya. Maka yang kita minta itu adalah untuk mengikut jalan seperti mereka supaya kita benar-benar sampai kepada Allah. 

Jalan yang lurus itulah yang akan sampai kepada Allah. Selain itu, ada juga jalan tetapi tidak sampai kepada Allah. Allah terangkan lagi dalam surah Al-Fatihah, minta dijauhkan kita daripada dua jalan yang tidak sampai kepada Allah iaitu jalan orang yang Allah murkai dan jalan orang-orang yang sesat. Jalan orang yang Allah murkai adalah jalan orang-orang yang tidak percaya Tuhan seperti Namrud dan Firaun. Mereka menolak Allah dan mereka adalah orang yang mendapat laknat Allah. Jalan orang yang sesat pula ialah seperti Yahudi dan Nasrani (kristian). Walaupun mereka percaya Tuhan, tetapi jalan yang mereka lalui bertentangan dengan kehendak Tuhan. 


Justeru, mereka tidak akan sampai kepada Tuhan. Orang yang boleh sampai kepada Tuhan adalah orang yang mengikuti jalan lurus. Jalan itu ditempuh oleh rasul, nabi, sahabat, tabiin dan wali Allah sebelum ini. Maka, kita mengharapkan belas kasihan supaya Allah tunjukkan kita jalan yang sampai kepada-Nya. Dinyatakan tadi jalan itu adalah iman, Islam dan ihsan. Ketiga-tiganya adalah nikmat besar Tuhan kepada kita jika kita mendapatkannya. Namun, ketiga-tiganya mestilah difahami dan dihayati seterusnya menjadi amalan dan perjuangan hidup kita. 

Barulah kita mendapat jalan yang lurus. Kalau sekadar slogan atau cakap-cakap saja, itu dikira belum dapat lagi. Cubalah muhasabah diri kita sejauh mana kita bersungguh-sungguh ketika berkomunikasi dengan Allah. Paling kurang ayat al-Fatihah yang kita baca seharian, antara faham, kehendak dan realiti biarlah selari seiring dan sejalan. Fahamilah, hayatilah, amalkanlah serta perjuangkanlah!


Read more

Isnin, 11 Jun 2012

Memilih Kawan – Salah Pilih Kawan Boleh Memakan Diri.

,

Assalamualaikum semua..Remaja dan remaja,perkara yang membimbangkan dan seringkali kita melihat di mana sahaja mereka ini terjerumus dengan perkara yang berada di luar jangkauan kita sebagai rakyat Malaysia..Melihat gelagat remaja dewasa kini memang amat membimbangkan..Memang bukan semua remaja di negara kita bermasalah namun ramai remaja yang nampak tidak kena dengan cara dan perilaku mereka..Apa yang kita dapat lihat di sini,terdapat beberapa faktor yang membuatkan kita rosak,antaranya teman dan salah memilih sahabat..



Carilah teman baik yang dapat membantu kita kearah kebaikan..Teman paling baik juga ialah apabila kita melihat wajahnya, kita akan teringat kepada Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya kita akan sentiasa mengingati kepada mati.“Sebaik-baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (Hadis riwayat al-Hakim).Allah s.w.t mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, mereka tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari daripada berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. 



Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, mereka dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri sebagai seorang manusia normal. Itulah antara hikmah kenapa Allah mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah s.w.t dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain)..Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuan-Nya.” 



Dalam Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada sahabat yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi suka duka bersama kita dan tidak kurang juga sahabat yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan saja. Pendek kata, sahabat boleh menentukan corak hidup seseorang. 


Justeru, jika salah pilih sahabat pasti kita akan merana dan menerima padahnya..Selari dengan hadis Rasulullah yang bermaksud: “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (Hadis riwayat Abu Daud). Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.” Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut: 


  •   Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu. 
  •   Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu. 
  •   Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu. 
  •   Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik. 
  •   Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu. 
  •   Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya. 
  •   Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya. 
  •   Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu. 
  •   Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu. 
  •   Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu. 
  •   Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu. 
  •   Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan. 
  •  Dia membantu kamu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat 
  •   Dia mendorong kamu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. 


Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ibu bapa berhati-hatilah jika memilih sahabat kerana sahabat kita boleh bahagia dan sahabat juga mampu menjahanamkan kita. Berhati-hatilah atau tinggalkan saja sahabat seperti di bawah:

  • Ø  Sahabat yang tamak iaitu hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak dan mereka hanya mementingkan diri sendiri. 
  • Ø  Sahabat hipokrit iaitu menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal lampau, atau hal mendatang. Dia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong. Jika ada kesempatan membantu, dia tidak sanggup. 
  • Ø  Sahabat pengampu. Mereka setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah. Yang parahnya, dia setuju dengan hal yang dia tidak berani menjelaskan kebenaran. Di depan dia memuji dan apabila di belakang dia merendahkan diri atau mengkhianati amanah kamu. 
  • Ø  Sahabat yang boros dan suka berhibur. Golongan itu menjadi kawan jika kamu suka berpesta, berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya.
Okayla,setakat itu dulu perkongsian Spanar Buruk dengan kawan-kawan semua..Diharapkan agar kawan2 pandai dalam memilih sahabat ye..



Read more

Ahad, 10 Jun 2012

Lelaki Bila Mengalirkan Air Mata – Apa Yang Kamu Fikirkan?..

,
Assalamualaikum semua..Hari ni Spanar Buruk ada tajuk yang Spanar Buruk rasakan sesuai untuk Spanar Buruk kongsikan bersama dengan rakan blogger sekalian..Entri ini bukanlah bertujuan untuk menjatuhkan atau pun merendahkan martabat kaum ini,tetapi sekadar untuk pengetahuan dan perkongsian ilmu antara kita semua sebagai seorang hamba..Spanar Buruk sebenarnya tertarik pada topik yang dibincangkan di dalam Rancangan Bual Bicara Nasi Lemak Kopi O di TV9 pagi semalam berkisahkan tentang air mata seorang lelaki..


 Berbalik kepada tajuk yang hendak Spanar Buruk perbincangkan tadi,apa yang kamu fikirkan wahai seorang wanita apabila kamu berhadapan dengan situasi di mana seorang lelaki yang kamu harapkan akan menjadi kekuatan pada diri kamu mengalir air mata di hadapan kamu?..Sudah pasti ada juga di antara kamu yang mengatakan bahawa lemahnya dia menangis di hadapan kamu..Tapi perkara tu tak salah pun sebenarnya..Kena jugalah kita tengok pada tempat,masa dan perkara apa yang perlu si lelaki itu tangisi..Lelaki juga manusia wahai wanita,mereka juga pasti ada ‘soft side’ dalam hati mereka tu..Jadi tak salah mereka menangis..


Dulu,tak dinafikan Spanar Buruk juga pernah memeperlekehkan seorang lelaki bila dia menangis di hadapan Spanar Buruk..Spanar Buruk terfikir juga,apa la dia ni lemah betul nak nangis bagai ni cuba la kuatkan sedikit hati tu..Tapi setelah lama kelamaan Spanar Buruk didedahkan dengan situasi sebegini,barulah Spanar Buruk faham kerana lelaki tidak seharusnya perlu menunjukkan kekuatan mereka di khalayak semua sehingga cuba untuk menepis soft side mereka tu..


Lelaki bila mengalirkan air mata,tak semestinya mereka itu lemah sepanjang masa dan hanya tahu untuk menagih simpati dan perhatian dari orang lain serta tidak mempunyai kekuatan dalam diri mereka sendiri..Kena fikir juga la apa sebab mereka mengalirkan air mata,mungkin kehilangan ahli keluarga atau mereka mempunyai masalah yang tertentu yang dirasakan perlu untuk mereka menangis..Tak seharusnya kita perlu memperlekehkan seorang lelaki bila dia mengalirkan air mata..Bak kata orang,give and take each other is more better la kan?....Bila perempuan menangis,lelaki akan menyokong dan begitu juga lelaki bila mengalirkan air mata dan memerlukan sokongan,seorang perempuan itu perlu berada disisinya kan?..


Tapi kalau nak menangis hanya untuk perkara yang remeh temeh seperti ditinggalkan kekasih seperti mana seorang gadis atau menangis kerana diberhentikan kerja,itu tak sepatutnya berlaku..Mereka perlulah mengawal emosi mereka supaya orang di sekeliling tak perasan akan perkara itu..Kalau perempuan buat macam tu,dimaafkan la kot sebab diorang ni always soft je memanjang hehehe..


Okay la semua,cukup setakat ini sahaja..Tunggu entri dari Spanar Buruk pada masa yang akan datang pula..Rajin-rajinkanlah diri untuk komen berkenaan entri ni ye..Sambil-sambil tu korang cuba la cari tajuk yang korang rasakan sesuai untuk Spanar Buruk buat entri pada masa akan datang pula..Ada hadiah menanti korang yang bertuah tu..


Read more

Jumaat, 8 Jun 2012

Berdosa Kita Mengasari Orang Tua

,
KUALA LUMPUR: “Memukul nenek, hukumnya berdosa besar sama seperti mengasari dan menderhaka ibu bapa,” kata Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Noh Gadut mengulas kebiadaban seorang lelaki di Serian, Sarawak, yang menendang serta memijak neneknya hingga tangan wanita itu patah, selain lebam di beberapa anggota badan.

Menurutnya, kurang didikan yang sempurna daripada awal pembesaran anak punca utama berlakunya kejadian seperti itu sedangkan warga emas, apatah lagi darah daging sendiri sepatutnya dihormati, disayangi dan dilindungi.





SERIAN: Seorang nenek menerima penghinaan dan penganiayaan yang tidak pernah terfikirnya apabila disepak dan dipijak cucu sendiri hingga patah tangan kanan dalam kejadian di Balai Ringin, di sini.
Dalam kejadian jam 7.30 pagi 1 Jun lalu, warga emas berusia 87 tahun itu diserang cucu lelakinya yang berusia awal 20-an ketika dia memberi makan ayam peliharaan di halaman rumahnya.

Cucu mangsa bagaikan dirasuk apabila menyepak neneknya hingga tersungkur. 
Mangsa cuba bangun semula, tetapi belum sempat berbuat demikian, cucunya memijaknya beberapa kali.


Lelaki itu hanya menghentikan perbuatan zalimnya itu selepas mangsa menjerit kesakitan dan merayu tidak disakiti sebelum dia diselamatkan seorang ahli keluarga lain yang menyaksikan kejadian.

Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Superintendan Jamali Umi berkata, mangsa membuat laporan di Balai Polis Serian pada hari kejadian dan mengesahkan mangsa patah tangan kanan selain cedera di lutut akibat terjatuh, disepak dan dipijak.

Ikuti sambungan kisah ini di 
untuk mengetahui kisah selanjutnya..





Beliau berkata, ibu bapa lelaki terbabit perlu muhasabah diri dan bukan menjadi batu api melagakan anak dengan nenek sehingga tercetusnya pergaduhan.“Walaupun dalam apa juga keadaan dan masalah yang timbul, tidak seharusnya warga emas dikasari, sama ada anak atau cucunya,” katanya.


Sementara itu, pakar motivasi, Datuk Dr Fadzilah Kamsah berkata, kejadian cucu memukul nenek sendiri berlaku mungkin disebabkan kurang atau tiada aktiviti keislaman dalam sesebuah keluarga.


“Setiap kejadian pasti ada punca dan situasi cucu memukul nenek mungkin boleh berlaku akibat didikan yang salah daripada kedua-dua orang tua serta pergaulan yang tidak sihat sehingga mendorongnya bertindak kasar.

“Mungkin juga kejadian berpunca disebabkan cucu berada dalam keadaan tidak normal iaitu rohaninya sakit seperti mengalami masalah mental atau masalah ketagihan di luar kawalan.

“Seharusnya ibu bapa memperbanyakkan bacaan al-Quran, solat sunat dan hajat, mengadakan majlis kesyukuran di rumah serta kurangkan menonton televisyen dan melayari internet,” katanya ketika dihubungi.


Read more

Spanar Buruk Muncul Kembali Setelah Lama Meninggalkan Dunia

,
Wah opocot omak ekau..Ganas giler tajuk..Mesti korang semua terkujat dengan tajuk yang korang baca tadi kan?..Apa kena la dengan Spanar Buruk ni hehehe..Assalamualaikum para kawanku yang dikasihi..Apa khabar semua?..Sihat tak?..Sabar ye,jangan terkujat sangat dengan tajuk tu..Takde apa-apa pun sebenarnya hahaha...


Sebenarnya Spanar Buruk saje buat saspen sikit dan ekceli Spanar Buruk rindu pada korang semua..Do you miss me?..Hehehe..Ada ke orang nak rindu kat saya ni,mesti takde kan?..Siapa la nak rindukan Spanar Buruk yang poyo ni..Setelah lama Spanar Buruk menghilangkan diri dari blog dan di dalam membuat entri,akhirnya muncul juga dia ni..

Muncul Spanar Buruk kali ini dengan membawa seribu harapan dan impian agar boleh menjadi blogger yang berjaya,gemilang dan terbilang secara sepenuh masa ni..Almaklumlah,dulu Spanar Buruk terlalu kepemalasan untuk buat entry dan kekeringan kekontangan idea untuk meluahkan apa pun di dalam blog sampai terpaksa membiarkan blog bersawang dengan sendirinya selama sebulan..Hahahaha jahatnya Spanar Buruk ni kan?..Kesian blog Spanar Buruk kan?..Tuan blog ni kejam tak ambil peduli kat blog sendiri..Hai anak siapa la tu pemalas..Ni dia tuan blog dah datang kembali untuk membersihkan segala habuk yang memenuhi setiap ruang blog Spanar Buruk dot Blogspot dot Com ni..


Kali ini Spanar Buruk tak mahu buat entry tentang apa pun dan anggaplah entri ini merupakan entri pembuka bicara daripada Spanar Buruk untuk korang semua..Entri ni pun Spanar Buruk tak mahu buat terlalu panjang takut nanti tiba2 je terblank kepala otak hahaha..Cukuplah untuk Spanar Buruk meluahkan apa yang terbuku di dalam isi hati Spanar Buruk untuk korang semua..


Diharapkan agar kawan-kawan blogger Spanar Buruk yang dikasihi sudi untuk menerima diriku ini setelah lama daku menyepikan diri(konon dengan harapan ada la orang nak terima saya)..Spanar Buruk juga mengharapkan agar ada di antara kawan-kawan Spanar Buruk yang akan dan terus menyokong serta sentiasa berada di belakang Spanar Buruk dalam Spanar Buruk berblogging ini..Spanar Buruk juga amat mengalu-alukan jasa baik daripada kamu semua dalam memberikan idea menghasilkan entri yang bernas supaya Spanar Buruk tidak mati kutu dalam menyediakan entri untuk sesi akan datang (eh macam berserabut je ayat ni) hehehehe..


Sebelum Spanar Buruk mengundurkan diri,di sini Spanar Buruk ada cadangan untuk kawan2 semua..Mungkin kawan-kawan berminat rasanya..Spanar Buruk terfikir nak buat pertandingan setiap minggu..Spanar Buruk minta korang semua cadangkan tajuk apa yang sesuai untuk Spanar Buruk buat entri..Kalau tajuk tu terpilih,Spanar Buruk akan bagi hadiah misteri kepada mereka yang berjaya..Takpe2,tunggu je nanti korang tengok Spanar Buruk buat k..Okay,Spanar Buruk pergi dulu..Assalamualaikum semua kawanku sayang..


Read more

Blogger Chat Room


Mari Tukar Link



Ai, Takkan Tengok Je.:)
 

~Spanar Buruk~ Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger